View: 1156|Reply: 1
|
Golf tak banyak kerenah berbanding takraw - Suhaimi
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Muak, menyampah dan jelek dengan isu sepak takraw yang belum selesai menyebabkan bekas pemain negara, Suhaimi Yusof berubah 360 darjah beralih ke sukan golf.
Bagaimanapun, beliau mengakui bukan disebabkan merajuk berkenaan isu Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) yang belum selesai tapi mahu menjadi golf sebagai batu loncatan untuknya memburu tempat selaku presiden badan induk itu satu masa nanti.
"Dalam sepak takraw orang tak pandang saya walaupun 'melalak' untuk mempertahankan sukan warisan ini. Sekarang walaupun Datuk Ahmad Ismail sudah tidak ada, namun perkara ini belum selesai hingga hendak diwujudkan dua persatuan pula," katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Ujar Suhaimi, dua-dua kem berkenaan sama sahaja, gilakan jawatan dan nama sekali gus menyebabkan beliau membuat keputusan untuk berkecimpung dalam dunia golf.
"Main golf senang, tidak ada budaya yang sama seperti sepak takraw, tidak banyak kerenah. Malah ia juga dipertandingkan di Sukan Olimpik. Saya mahu jadi seseorang yang dikenali dan satu hari nanti mana tahu rezeki boleh memegang jawatan sebagai presiden PSM.
"Sekarang ini saya kecewa dengan sepak takraw, walaupun individu berkenaan sudah jatuh, tapi keadaan serupa itu juga. Jiwa, kelebihan saya adalah dalam sepak takraw. Itu identiti saya," katanya.
Suhaimi yang juga Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakraw Daerah Klang akan menganjurkan Kejohanan Golf Sahabat Sepaktakraw Malaysia yang akan berlangsung pada 16 Disember ini di Bukit Kemuning Golf & Country Resort.
Kejohanan berkenaan dijangka disertai lebih 40 pemain dengan yuran penyertaan sebanyak RM150 seorang termasuk pakej makan tengah hari.
Ditanya mengenai dua kem berkenaan yang terbahagi kepada dua, bekas pemenang pingat emas di Sukan Asia Beijing 1990 dan Sukan Sea Manila 1991 dalam acara berpasukan itu mahu kedua-dua kumpulan itu bermuafakat.
"Apa tujuan dan matlamat asal mereka dalam PSM, kalau disebabkan jawatan ia memang satu masalah. Sampai bila-bila tidak akan selesai. Sebelum ini sibuk asyik berkata Datuk Ahmad Ismail tidak bagus, namun bila sudah tiada individu berkenaan keadaan masih sama juga. Sekarang ini siapa yang tidak bagus sebenarnya.
"Apa tujuan mereka sekarang? Ini sukan warisan. Sepak takraw di Malaysia sudah cantik, tapi kalau masih tidak berpuas hati takut dengan bayang-bayang 'Tok Mat' saya nasihatkan kepada mereka baik undur diri sahaja dalam sukan ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ding-takraw-suhaimi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BEKAS pemain sepak takraw kebangsaan, Suhaimi Yusof. FOTO Ihsan Stadium Astro |
|
|
|
|
|
|
| |
|