CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1012|Reply: 1

Skuad wanita, lelaki bermula garang

[Copy link]
Post time 30-11-2021 09:48 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Skuad wanita negara memulakan kempen Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia dengan langkah kanan apabila mudah menewaskan Iran dengan keputusan 3-0 dalam aksi pertama peringkat Kumpulan B, hari ini.

Pasukan wanita negara yang merehatkan juara Terbuka Malaysia, Aifa Azman menurunkan Rachel Arnold, 25, selaku perseorangan pertama.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu tidak berdepan masalah apabila mudah menewaskan Fereshteh Eghtedari 11-5, 16-14,11-2.

Chan Yiwen menggalas tugas selaku perseorangan kedua menewaskan Aliee Nayeri 11-4, 11-9, 11-5 manakala Ainaa Ampandi menundukkan Sogol Samoudi 11-5, 11-4, 6-11,11-6.

Bagi Rachel dia bertekad untuk tampil lebih bertenaga selepas terkandas di suku akhir Terbuka Malaysia minggu lalu.

"Biarpun skuad negara diletakkan sebagai pilihan kedua, namun saya percaya peluang untuk muncul juara tetap cerah kerana kita mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri.

"Saya harap kali ini, saya akan dapat membantu skuad negara untuk merangkul kejuaraan selepas tewas minggu lalu di Terbuka Malaysia. Saya tetap bersemangat untuk beraksi minggu ini," katanya.

Skuad wanita akan meneruskan cabaran bertemu India untuk aksi kedua Kumpulan B, esok.

Sementara itu dalam aksi lelaki, skuad negara turut merehatkan pemain utama Ng Eain Yow melakarkan kemenangan ke atas Singapura 3-0 dalam aksi pertama peringkat Kumpulan B.

Ivan Yuen turun selaku pemain pertama mudah menewaskan Chua Man Tong 11-7, 11-7, 11-2 manakala Mohd Syafiq Kamal menundukkan Kojiro Tan 11-3, 11-4, 11-5 Sementara Addeen Idrakie tidak berdepan masalah membelasah Jerome Aw Jin Ming 11-3, 11-6, 11-1.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... laki-bermula-garang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2021 09:49 PM | Show all posts

AIFA tidak beraksi ketika menentang Iran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.474004 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list