CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2941|Reply: 45

Kailan Ikan Masin RM18 -Restoran Kata Mungkin Silap Letak Harga Atau Tersalah Saiz Hidangan

  [Copy link]
Post time 30-11-2021 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Restoran Anjung Ikan Bakar Nory, yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi menjual sayur kailan ikan masin dengan harga yang tidak setara dengan kuantitinya, mengakui mereka mungkin tersilap meletakkan harga atau menyediakan saiz hidangan yang salah.


Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook mereka, restoran terbabit berkata harga bagi hidangan kailan ikan masin tersebut berbeza mengikut saiz iaitu hidangan bersaiz S dijual pada berharga RM6, M (RM12) dan L (RM18).


"Mungkin ada kesilapan yang tak disengajakan daripada pihak kami. Harap perkara itu tidak berlaku lagi.


"Kesilapan kami, mungkin juruwang kami tersilap memasukkan harga pesanan hidangan bersaiz besar (L) ataupun mungkin pesanan dibuat bersaiz besar tetapi pekerja bahagian dapur telah menyediakan hidangan tersebut bersaiz kecil (berdasarkan gambar yang tular)," tulisnya.




Foto: Facebook




Sementara itu, restoran terbabit berkata, pelanggan yang berdepan dengan isu tersebut sepatutnya tampil bertemu dengan mereka secara terus dan tidak memuat naik di laman media sosial sehingga menjadi tular.


"Jika pihak kami silap, boleh datang terus bertemu kami untuk menyelesaikan isu ini dan bukannya ditularkan (di media sosial)," kata kenyataan itu.


Pada Ahad tular di media sosial harga sebungkus masakan sayur kailan ikan masin dijual pada harga RM18 di sebuah restoran di Kepala Batas.


Perkongsian itu dibuat seorang pelanggan di media sosialnya yang mendakwa harga masakan bagi seorang makan yang dibelinya itu terlalu mahal.


Pelanggan berkenaan memuat naik gambar sayur kailan ikan masin yang dibeli berserta resit pembayaran yang memaparkan harga RM18 bagi sebungkus sayur tersebut.


Perkongsian pelanggan terbabit mendapat perhatian ramai sehingga tular di laman sosial yang rata-rata mendakwa harga tersebut mahal.


Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah mengeluarkan satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) kepada peniaga sebuah restoran berhubung hantaran di media sosial mengenai hidangan kailan ikan masin pada harga RM18.


Dalam kenyataan pada Isnin, KPDNHEP Pulau Pinang dilaporkan berkata, peniaga itu perlu memberi maklum balas berhubung NPMB dalam tempoh dua hari bekerja bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut.


"Berikutan itu penguat kuasa kami telah pun ke lapangan (restoran) untuk menyiasat aduan itu semalam (Ahad) dan mengeluarkan satu notis NPMB kepada peniaga restoran berkenaan dan (mereka) perlu memberi maklum balas dalam tempoh dua hari kepada KPDNHEP Pulau Pinang," menurut kenyataan itu. - CARI


Sumber: mStar/ Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2021 10:18 AM | Show all posts
Wow size L besar tu??  But I setuju, kalau jadi pelanggan tu masa bayar i tak terima la kalau betul silap size atau harga.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:29 AM | Show all posts
entah-entah selalu buat acah-acah silap..
bukannya semua jenis check satu-satu makan apa..
nak-nak kalau order bungkus and ada yang tak fix price macam ikan tu..
mahal pun bayar je la..
bila dah balik check price baru nampak harga tak masuk akal..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah nak masuk 2022 nilah strategi viral restoren2 sendu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:44 AM | Show all posts
suka2 pulak nak suruh customer settle dengan kedai. itu ikut suka hati dia. kalau dia nak viral ke, report ke, pegi kedai balik ke, that's up to him. nak hide under the carpet la tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelbagai saiZ spender kt kedai tu eh
Pelik lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2021 11:20 AM | Show all posts
ye ke ade size portion? apesal kat resit mcm tak tulis?
lenkali, if mmg ade size portion gitu, better stated kat receipt, biar terang dan takde sembunyi2 punya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 11:56 AM | Show all posts
kedai memang ada hidang saiz S, M, L macam baju ke..?

selalunya aku order ikut hidangan makan 2 orang, hidangan makan 3 orang dll..pandai2lah nanti kedai buat portion ikut order kita..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2021 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
@dudaberhias mmg suka saiz besar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 i xpaham. Yg gigih viral2 ni ada mulot dak? Guna akai dak? Kalo musykil p tnya lar. Hg byq pakai duit,bukan beli masuk buku 55. Takat ni xpenah lg dgq peniaga p katuk customers sbb tnya blk rega mknan lepas dpt resit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 01:00 PM | Show all posts
Bila dah kantoi mulalah beralasan
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 30-11-2021 11:56 AM
kedai memang ada hidang saiz S, M, L macam baju ke..?

selalunya aku order ikut hidangan makan 2 ora ...

Biasa ada saiz2 neh kedai seafood cina
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 01:09 PM | Show all posts
minggu lps kitchen i buat silap, customers ordered dlm grab 3 items, tp kitchen prepared 2 items..

mujur lah budak grab rider called i, i minta dia dtg terus kedai i

since its my fault, i bg customer muffins with a note sorry on it.

dkt budak rider tu, kesian i tgk dia sanggup patah balik, i kasi duit minyak walupon dia refused..

cannot help it benda2 gini jd tp ambil tanggungjawab bila dah diberitahu..

am glad pihak customer bgtau klu tak mmg tak perasan langsung kesilapan dr kitchen
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
pinksarah replied at 30-11-2021 01:09 PM
minggu lps kitchen i buat silap, customers ordered dlm grab 3 items, tp kitchen prepared 2 items..

...

Pengusaha makan grab food ni pon patut dipantau.
Nampak sangat nak save cost.
Byk kali terkena serik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 01:23 PM | Show all posts
ketipongtipah replied at 30-11-2021 05:13 AM
Pengusaha makan grab food ni pon patut dipantau.
Nampak sangat nak save cost.
Byk kali terkena se ...

you kena mcm mana?

so far i dgn grab x de masalah lg..

tp dgn foodpanda, i tak boleh letak semua dalam menu kedai i, sbb tak balik modal..

sgt byk fp ambik, tu tak masuk lg pujuk suruh vendors boost sales guna click and pay..

customer click satu kali vendor kena byr fp, imagine brp kali click tu nak kena byr..customers beli atau tak belum tentu lg..

on top of that blardy 35% tu la..

byk kali agent fp ni called i pujuk join benda ni, i terus terang ckp i x de budget utk this sort of marketing..

grab pon ada juga style gini to boost sales but mmg i tak ambik la..

rugi sgt..


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu ade no tel kat resit tu boleh je call ke wasap dulu...bg gamba bukti...maybe dia bole refund....kalau terus viral cam ni kan dah susah byak org....kekadang dh sampai rumah tukar baju malas dah nak pegi balik kedai...but at least ambik jalan yg mudahkan org dulu....takdela nampak gila viral sgt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2021 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 30-11-2021 11:58 AM
@dudaberhias mmg suka saiz besar.

Tapi tengok juga kaka, kalau herkokkk persis aliff aziz ok boleh je di maafin walaupun kekontot...

Ehh salah thread
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 selalu tersalah
Mcm ada 1 restoren kat area rmh ni
Milo ais selalu tukar harga kejap harga gini
Esok harga gitu
Kang anak beli harga gini balik
Mlm kang beli harga gitu plk
Tp malas nak viralkan
Cuma blh boikot jela
Jgn hrp iollss nak dtg lg
Milo ais pun harga merepek
Makanan lain entah la
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 02:27 PM | Show all posts
pinksarah replied at 30-11-2021 01:23 PM
you kena mcm mana?

so far i dgn grab x de masalah lg..

bukak kedai apa n katne? boleh support beli
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 03:27 PM | Show all posts
Edited by pinksarah at 30-11-2021 07:28 AM
taji2906 replied at 30-11-2021 06:27 AM
bukak kedai apa n katne? boleh support beli

kedai dkt ss15 subang jaya..

ada asian, western, bar snacks..

harga standard cafe..

makanan In Shaa Allah tak mengecewakan..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.749385 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list