CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 1032|Reply: 36

[Tempatan] Cadangan wajibkan jeriji di tingkap pangsapuri, kondominium. Pro & Kon dari pakar dan bomba

  [Copy link]
Post time 29-11-2021 12:54 AM | Show all posts |Read mode
Wajibkan jeriji di tingkap pangsapuri, kondominium
Oleh Nor Azizah Mokhtar - November 28, 2021 @ 4:24pm

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menggubal undang-undang yang mewajibkan pemasangan peralatan keselamatan seperti jeriji di tingkap dan pintu kediaman tinggi bagi mengelak kejadian tidak diingini menimpa penghuni.

Menurut pakar keselamatan binaan dan bomba, pemasangan jeriji boleh mengelakkan kejadian buruk seperti kanak-kanak terjatuh daripada kondominium dan pangsapuri.

Pengerusi Jabatan Seni Bina dan Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Ar Dr Mohd Farid Mohamed, berkata penambahbaikan boleh dibuat dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam atau Undang-Undang Strata Bangunan dengan mewajibkan pemaju memasang peralatan keselamatan yang mempunyai reka bentuk bersesuaian.

"Selain itu, kerajaan juga boleh memberikan kuasa kepada agensi tertentu seperti bomba untuk melakukan penguatkuasaan terhadap pemasangan peralatan keselamatan di bangunan dan kediaman tinggi," katanya kepada BH.

Beliau diminta mengulas beberapa kejadian membabitkan kanak-kanak dilaporkan terjatuh dari kediaman aras tinggi kebelakangan ini.

Pada 17 November lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak dekat sini, dan mangsa dipercayai bermain dan memanjat sebuah katil di tepi tingkap.

Sehari sebelum kejadian, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Jalan Ipoh, selepas ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan oleh bapanya dalam keadaan pintu rumah berkunci kediaman jenis itu.

Merujuk kejadian berkenaan, Mohd Farid berkata, tragedi seperti itu kerap dilaporkan media dengan pelbagai pihak membincangkan dan mengetengahkan pandangan.

Bagaimanapun, beliau berkata, sehingga kini tiada tindakan konkrit diambil untuk mengatasinya sedangkan setiap tahun pelbagai cadangan dikemukakan untuk mengelak kejadian sama daripada berulang.

"Langkah memberikan kesedaran kepada masyarakat juga adalah penting, namun ia masih tidak mencukupi bagi membendung atau mengurangkan kejadian menyayat hati sebegini.

"Justeru, pemasangan peralatan keselamatan boleh dibuat mengikut kesesuaian seperti memasang jeriji di tingkap dan balkoni, namun pihak-pihak berkaitan perlu duduk semeja membincangkan perkara ini agar ia dapat diselesaikan dengan cara terbaik," katanya.

Mohd Farid juga berkata, pemasangan jeriji di bangunan kediaman, sama ada perumahan berkepadatan rendah atau tinggi juga diperlukan bagi mengelak kejadian jenayah seperti pecah rumah.

Bagaimanapun, katanya, pemasangan jeriji di kediaman juga mempunyai risiko seperti kematian akibat kebakaran.

"Ia sering berpunca daripada jeriji yang gagal dibuka dalam masa yang pantas menyebabkan penghuni atau mangsa lemas akibat asap tebal.

"Namun, perkara ini boleh berlaku sama ada di kediaman rendah atau bertingkat dan insiden sebegini kerap berlaku walaupun pihak bomba sudah menyediakan garis panduan pemasangan jeriji di kediaman," katanya.

Tambah beliau, faktor kurang kesedaran dan pengetahuan tentang reka bentuk jeriji yang bersesuaian, selain sikap sambil lewa sesetengah pemilik kediaman menyebabkan masih banyak kediaman memasang jeriji yang tidak mengikut garis panduan ditetapkan.

"Bagaimanapun, perkara yang membabitkan undang-undang dan dasar perlu dikaji dalam pelbagai aspek kerana ia akan berkait dengan pelbagai isu yang lain, termasuk pihak yang akan dipertanggungjawabkan kelak.

"Sudah tiba masanya untuk perkara ini diteliti dengan lebih serius dan tindakan dilakukan dengan segera," katanya.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad, pula berkata keperluan pemasangan jeriji di kediaman tinggi seperti pangsapuri dan kondomonium bukan perkara yang disyaratkan, namun ia dilihat sebagai satu keperluan terutama untuk melindungi keluarga yang mempunyai anak kecil.

"Perkara ini (pemasangan jeriji) adalah pilihan kepada penghuni dan ia tidak disyaratkan kerana bimbang ada pihak lain yang tidak selesa, maka ia lebih kepada keperluan individu.

"Namun, dari segi kebombaan, sudah tentu pemasangan jeriji akan menjadi satu halangan untuk memasuki bangunan dari luar sekiranya berlaku atau kecemasan," katanya.

Justeru katanya, pemasangan jeriiji adalah lebih kepada keperluan dan terpulang kepada individu terbabit untuk berbuat demikian.

Mengenai dilema sesetengah penyewa apabila pemilik rumah tidak membenarkan sebarang ubah suai termasuk memasang jeriji di rumah yang disewa, Nor Hisham berkata, penyewa perlu membincangkan perkara itu dengan pemilik rumah.

"Kedua-dua pihak perlu berbincang demi memastikan keselamatan anak. Sekiranya pemilik rumah bersetuju untuk menambah jeriji, ia berfaedah untuk penyewa dan sekiranya tidak dipersetujui, penyewa boleh memilih kediaman lain," katanya.

Beliau memberi contoh penyewa boleh memasang jeriji yang boleh dilipat atau penghadang sementara yang boleh dibuka semula apabila mereka berpindah.

"Pada masa sama, ibu bapa atau penjaga juga perlu memastikan konsep good house keeping (penjagaan rumah yang baik) dengan memastikan susun atur di dalam rumah kita selamat untuk anak-anak kecil.

"Sebagai contoh, jangan letak katil atau perabot berhampiran tingkap yang mudah dipanjat kanak-kanak atau jangan jadikan balkoni sebagai stor dan letak pelbagai barangan.

"Kita mesti sedar kita mempunyai anak atau ada tetamu yang mungkin datang bersama anak kecil yang terdedah kepada bahaya," katanya.

Pasang jeriji syarat bina pangsapuri

Kerajaan disaran mewujudkan ketetapan bagi pembinaan baharu kediaman tinggi seperti pangsapuri atau kondominium perlu dilengkapkan dengan keselamatan tambahan seperti pemasangan jeriji pada setiap tingkap dan balkoni.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) perlu melihat perkara itu sebagai satu kewajaran demi keselamatan penghuni terutama kanak-kanak.

Beliau berkata, aspek keselamatan penghuni terutama kanak-kanak perlu menjadi antara agenda utama dalam setiap rancangan baharu pembinaan kediaman tinggi disamping aspek keselesaan dan kualiti.

"Untuk kediaman tinggi yang baru hendak dibina, kerajaan boleh membuat satu ketetapan bahawa mesti ada langkah keselamatan tambahan termasuk keperluan memasang jeriji di setiap unit kediaman.

"Namun masalah sekarang adalah kediaman yang sudah siap terbina dan sedia ada, siapa yang perlu dipertanggungjawabkan untuk perkara itu bagi mengelak berlaku insiden tidak diingini seperti kes kanak-kanak terjatuh," katanya kepada BH, hari ini.

Dalam hal itu, katanya walaupun pemilik sepatutnya mengambil tanggung jawab untuk memasang jeriji sebagai keselamatan tambahan, namun timbul beberapa kekangan seperti kos yang tinggi dan larangan daripada badan pengurusan bersama (JMB).

"Kita maklum ada sesetengah JMB menetapkan pemilik tidak boleh membuat sebarang pengubahsuaian atau membuat sruktur tambahan di bahagian hadapan rumah kerana boleh mencacatkan keseragaman.

"Satu perbincangan perlu diadakan berkenaan isu ini, kerana ia membabitkan soal keselamatan terutama untuk ibu, bapa dan pasangan yang memiliki anak kecil.

"Mungkin perlu ada satu peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti bomba atau pihak berkuasa tempatan untuk memastikan semua pemilik rumah memasang jeriji atau alat keselamatan tambahan, kerana selagi tiada peraturan maka ramai yang berlepas tangan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, penetapan peraturan atau undang-undang baharu untuk kediaman tinggi sedia ada boleh menimbulkan konflik serta isu, selain memakan masa kerana ia membabitkan isu perundangan.

Mengulas lanjut, katanya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam isu keselamatan anak masing-masing dan tidak perlu berkira mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk pemasangan jeriji.

"Apabila mendiami kediaman tinggi seperti pangsapuri atau kondominium, perlu sedar bahawa kediaman mereka berisiko terutama yang mempunyai anak, justeru perlulah mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan.

"Maka perkara ini menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan keadaan kediaman sentiasa selamat kerana ada masa kita akan terleka," katanya.

"Nyawa anak adalah satu yang amat berharga dan jangan kerana sikap sambil lewa kita menyebabkan berlaku tragedi," katanya.

Dalam pada itu, katanya, pemilik rumah yang menyewakan kediaman mereka juga perlu ada rasa tanggung jawab untuk menjaga keselesaan dan keselamatan penyewa masing-masing.

"Pemilik dan penyewa perlu saling memahami keperluan antara satu sama lain. Sekiranya penyewa mahukan rumah itu dipasang jeriji untuk keselamatan anak-anak mereka, maka pemilik perlu bertolak ansur," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 03:02 AM | Show all posts
Beberapa tahun lepas satu keluarga Korean mempunyai 3 orang anak kecil yang menyewa condo saya di tingkat 29 tiada masalah dengan ketinggian, malah mereka menyewa selama 5 tahun.

Apa yang mereka mahukan adalah jaringan nyamuk yang dipasang di setiap tingkap dan pintu balkoni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:37 AM | Show all posts
"Sebagai contoh, jangan letak katil atau perabot berhampiran tingkap yang mudah dipanjat kanak-kanak atau jangan jadikan balkoni sebagai stor dan letak pelbagai barangan.


ramai yg buat mcm ni... berhati2 lah semua, peringatan utk diri sendiri juga
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada window locks untuk kids seperti stopper... Budak mahu keluar kan kepala pun tidak lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemaju sepatutnya boleh fikir bahanya tingkap2 dan sliding2 ni untuk rumah tinggi. Kalau nak pasang jugak sila lah pasang grill sekali. Rumah kamain mahal tapi tak selamat dan mesra kanak2. Kita dah beli mahal lepastu keluar duit lagi untuk grill. Sure owner yang nak sewakan nanti bagi harga sewa tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Harga besi jeriji tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:15 AM | Show all posts
panjangnya artikel
dh mcm esei dh den rase


anyway, ye lah
bgs syor ni
pasang sesiap setiap rumah
tanpa extra kos
klu ye pun, half price dh lah
secara x langsung csr dpd kontraktor
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasang jeriji pun kena ada emergency exit.. Byk gak kes tahun2 dulu bila kebakaran xleh kuar sbb grill
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
AKU...lebih tumpukan kpd 'kekdah jaga bdk dlm rumh'....banding ubah itu...ini..yg mungkin jugak..boleh mendatangkan risiko yg lain pulok..contoh kebakaran...kerna....dlm rmh pon...kemalangan boleh jugok....berlaku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2021 10:28 AM | Show all posts
kalau flat
masalah lain
masalah penghuni suka buang sampah dari atas
PLUS
kencing dlm lif
so setiap kawasan ada masalah masing2
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:40 AM | Show all posts
aku baca perenggan pertama "Kerajaan diminta..." pehtu stop.

apa kehal pasang jeriji pun nak suruh kerajaan???

kau yang ngesek, kau yang pancut, kau yang buat anak...alih2 kerajaan jugak yang kena mikir pasal jeriji rumah? habis engkau sebagai parents kerja memancut ja kah??

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:45 AM | Show all posts
Memang susah klo dok flat. Macam2 masalah. Nasib baik time aku kecik je dok flat.
Dgn buang sampah merata, baling sampah xhagak2 klo kena kepala bocor. Blum lagi yg terjun bunuh diri. Mat pet bersepah. Tapi yg paling best time raya cina, berperang mercun roket antara block. Nak keluar pun takut terkena mercun roket.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 29-11-2021 10:40 AM
aku baca perenggan pertama "Kerajaan diminta..." pehtu stop.

apa kehal pasang jeriji pun nak suruh  ...

...kjaan DIMINTA MENGGUBAL UNDANG2......(jer...pon).
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:58 AM | Show all posts
kawasa kejiranan amat penting utk kedamaian hidup...kena cari kawasan yg bersesuaian dgn status kita...yg miskin duduk dgn yg miskin...yg kaya duduk dgn yg kaya...kalau miskin dan kaya sama sahaja...duduk bersama berjabat mesra...sanak saudara sedang menunggu, di hari mulia bertemu mesra...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kesedaran mak bapak la. Takkan semua kerajaan nk kena buat utk kau. Kau yg xpandai jaga anak
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
For me bukan masalah ada jeriji ke x tp tanggungjawap mak bapak dlm bab penjagaan anak...dh tau ada anak, jgn la letak kerusi meja amari kt tepi tingkap...common sense xde plus didik la anak tu dr kecik do & dont’s...ajar anak berdisiplin
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 29-11-2021 10:40 AM
aku baca perenggan pertama "Kerajaan diminta..." pehtu stop.

apa kehal pasang jeriji pun nak suruh  ...

Rakyat msia mmg pandai buat anak tp lepas tu semua harap kerajaan pikirkan macam nk bg anak dorang membesar & x mati sbb accident
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
pedulik apa akak ada jeriji ke tak
akak bukan hada anak kecik pun
kalo yg terjun ke bawah pun anak org lain
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:46 PM | Show all posts
pendekatan ala melayu

ada sorang dua bodoh, satu negara kena kurung dalam sangkar besi. Ko ingat tokey besi nak bagi free ka setan?

Lepas ni musim orang mati terbakar sebab perangkap jeriji, nak wajibkan apa pulak?

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:49 PM | Show all posts
ifanonline replied at 29-11-2021 10:58 AM
kawasa kejiranan amat penting utk kedamaian hidup...kena cari kawasan yg bersesuaian dgn status kita ...

3, 4 kali gak aku ulang ayat last tu baru keluar suara uji rashid


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2022 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.088793 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list