CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2452|Reply: 38

[Tempatan] Agensi Kerajaan, GLC, Swasta Lebih Utamakan Bahasa Inggeris - Perdana Menteri

  [Copy link]
Post time 29-11-2021 12:39 AM | Show all posts |Read mode
PM tegur agensi kerajaan, GLC, swasta kurang guna Bahasa MelayuAstro Awani
November 28, 2021 23:40 MYT


JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegur agensi kerajaan, swasta, serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dilihat kurang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


Katanya, sudah menjadi lumrah Bahasa Melayu kini tidak digunakan sama ada dalam persidangan, mesyuarat, nama syarikat, nama projek mahupun jenama produk mereka.Bagaimanapun, beliau berharap selepas ini pihak berkenaan dapat menggunakan bahasa kebangsaan itu dalam segala urusan termasuk masyuarat dan persidangan.



Katanya ia sebagai usaha dan peranan Malaysia bagi memastikan Bahasa Melayu terus berkembang dan digunakan bersama-sama bahasa lain.
"Namun peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk memastikan Bahasa Melayu terus berkembang yang ketika ini sudah menjadi trend untuk tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam program swasta, malah GLC dan agensi-agensi kerajaan.

“Mesyuarat agensi dan GLC juga menggunakan Bahasa Inggeris. Malah, penggunaan nama syarikat, projek perumahan dan jenama produk kini menjadi lumrah dengan tidak juga menggunakan Bahasa Melayu.

“Saya berharap setiap persidangan, mesyuarat dan lain-lain mesti menggunakan Bahasa melayu selepas ini. Siapa lagi boleh mengangkat bahasa melayu melainkan kita sendiri?" tegas Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Malam Kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini malam ini.

Jelas Ismail Sabri, Keluarga Malaysia perlu berbangga bahasa kebangsaan itu yang berada di tangga ke-10 daripada 20 bahasa yang popular seluruh dunia.

“Dan tetap ampuh mencorak ritma yang tersendiri dan mekar di persada tamadun manusia di celah kepesatan penggunaan Bahasa Inggeris,” katanya.

PABM kali ini menyaksikan penyertaan sebanyak 78 peserta daripada 36 negara. Antaranya ialah Bangladesh, Jepun, Uzbekistan, Brunei, Mesir, Mali dan Pakistan.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2021 12:42 AM | Show all posts
Edited by gekkou at 29-11-2021 12:43 AM

PM tegur GLC, swasta, lebih utamakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu
PETALING JAYA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, menegur agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta di negara ini kerana lebih mengutamakan bahasa Inggeris dalam majlis, mesyuarat, persidangan, projek dan produk mereka.

Sehubungan itu, Ismail meminta supaya bahasa Melayu digunakan dalam program yang dianjurkan dengan meluas selepas ini. Beliau berkata, adalah menjadi peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk memastikan bahasa Melayu terus berkembang.

“Ketika ini, sudah menjadi trend untuk tidak menggunakan bahasa Melayu dalam program swasta, malah GLC dan agensi kerajaan.

“Mesyuarat agensi dan GLC juga menggunakan bahasa Inggeris. Malah, penggunaan nama syarikat, projek perumahan dan jenama produk kini menjadi lumrah dengan tidak juga menggunakan bahasa Melayu,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Ismail berkata, tiada siapa yang boleh mengangkat martabat Bahasa Melayu melainkan rakyat negara ini sendiri.
“Saya berharap setiap persidangan, mesyuarat dan lain-lain mesti menggunakan Bahasa Melayu selepas ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021, di Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini.

PABM 2021 mengumpulkan 78 peserta dari 36 negara melalui tiga kategori dipertandingkan iaitu Pelajar Antarabangsa, Alam Melayu dan Pelajar Antarabangsa yang telah menetap di Malaysia.
Dalam pada itu, Ismail berkata, kerajaan juga komited untuk memastikan dasar yang digubal menyokong usaha pemartabatan bahasa Melayu.

“Kita mahu mengulangi sejarah kegemilangan bahasa Melayu, dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengungkap ilmu dan bahasa antarabangsa abad ke-21.

“Untuk itu, kerajaan sangat menggalakkan pelaksanaan program dan aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan yang dapat menyemarakkan lagi roh kecintaan terhadap bahasa Melayu,” katanya. Beliau berkata, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67(Akta 32) turut menyatakan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud urusan rasmi.

“Dalam konteks sektor awam secara keseluruhannya pula,pemerkasaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam digariskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya.

Perdana Menteri berkata, pada masa ini terdapat lebih 6,000 bahasa yang masih diguna pakai, akan tetapi hanya 20 bahasa sahaja yang dikategori dan diberi taraf bahasa rasmi.

Katanya, dalam konteks ini, kita wajar berasa bangga kerana bahasa Melayu adalah salah satu daripada 20 bahasa itu, dan menduduki tangga ke-10 bahasa paling popular penggunaannya di dunia.
“Sebagai Keluarga Malaysia dan empunya bahasa ibunda ini, kita harus berasa bangga kerana di celah-celah ruang penguasaan teguh bahasa Inggeris, bahasa Melayu tetap ampuh mencorak ritma yang tersendiri dan sentiasa mekar di persada tamadun dunia,” katanya.

FMT Reporters -

November 28, 2021 11:30 PM


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 04:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang... Menteri2 ni selalu dorang la duk cakap inggeris dlm 'meeting' la apa.. Sama juga dgn pengurusan2 atasan selalunya.. Hantar emel kt staf bawah atau sesama dorang memang pakai bahasa inggeris jer selalu.. Konon kelas sangat laa, hebat setara pangkat
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 08:22 AM | Show all posts
n3ar replied at 29-11-2021 04:04 AM
Sembang... Menteri2 ni selalu dorang la duk cakap inggeris dlm 'meeting' la apa.. Sama juga dgn peng ...

hah itulah perangai diorg,kalau sesama diorg mmg suke ckp BI,kadang campur2,bahasa english ni kira bahasa kelas bangsawan....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 08:59 AM | Show all posts
sekarang ini sana sini org pandai cakap org putih...yg keluaran visi Tun yg meranan sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:05 AM | Show all posts
Baguslah isu ni keluar sekarang, ini dah bagi pendedahan kepada pelajar-pelajar diluar sana bahawa bahasa yang digunakan selalunya ditempat kerja adalah bahasa inggeris.. dibanyak tempat kerja tak ada jalan lain, kalau nak mudah banyak urusan kena mahirkan bahasa inggeris, jadi kena mulai dari sekarang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2021 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali bila org lain cakap BI korang jawab je dalam BM.
Menda gini jadi pasal korang sendiri yg bila bercakap dgn org lain terutama yg bukan melayu guna bahasa inggeris.
Paling teruk tu kalau cakap melayu pun korang pun sama2 tunggang langgang tetiba jadi pelat juga.
Cakap jela macam biasa, ini bila cakap ngn india dgn kepala2 pun korang goyang2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
1. dalam parlimen sarkis pun ada yg ckp english.
2. gomen bukan ke majoriti urusannya dlm bahasa melayu? melainkan urusan dgn pihak2 antarabangsa?
3. teguran utk GLC dgn private tu ok la..drg boleh start practice bahasa melayu. tp iols rasa ia sekadar inisiatif je la, xde nya nak kuatkuasa kalau bos dan dlm meeting pun ckp english.


iols pnh amik exam gomen dulu, ada karangan bahasa.melayu, terus ayat aku bunyi mcm ayat indon sbb bila da keje, kebanyakan masa pakai english je masa keje.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 09:13 AM | Show all posts
ye ke abah mail???

cucu2 anak2 menteri pasola semer sekolah mana? cucu abah mail?

sembanggggggg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2021 09:34 AM | Show all posts
i suka berurusan dengan pihak government
penggunaan ayat bahasa melayu mereka formal
GLC ada wakil government kan dalam Board
memang guna bahasa Inggeris
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:53 AM | Show all posts
teringat perbualan talipon ckp omputeh antara

kak mah n jibun

camno tue
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 04:04 PM | Show all posts
Masa ni lah nak memartabatkan Bahasa Melayu semula, sedih tengok budak-budak skrg cakap dgn cousin sendiri pun English. Atok nenek pun bukan main bangga bila cucu berspeaking, padahal atok nenak pun tak faham apa pun yg depa borak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 04:18 PM | Show all posts
Bukan benda baru pun dah bertahun
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa salahnya pakai BI? Berpuluh tahun meeting, communicate email dalam english
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawak padang pasir ape la nie mostly menteri hantar anak2 po oversea biar setaraf katanye tetibe suh rakyat malaysia ckp melayu mertabatkan bahasa melayu hmmmmm … dh kalo kerja swasta pun yg paling pndai cakp BI plg dipandang tggi tapi kerja hancur sama je …
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tegurlah atok juga. Sape yg mula dgn boulevard, presint?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Cc juga kepada pewaris lidah belacan cakap BM pelat. Nada suara tak bersemangat macam tak ambil breakfast.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 04:43 PM | Show all posts
alah yang ni sembang bersempena Pidato Antarabangsa malam tadi jah sis...sembang babi terbang orang kata. Takda maknanya la meeting swasta nak guna BM penuh. Kiamat la jawabnya. Kalau semua sektor diwajibkan guna BM penuh, dah sah2 semua ummah akan gigih ber-BM ke hulu ke hilir yachhh...kalau boleh nak score BM A+++++ gituh
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 29-11-2021 04:50 PM
Suchi replied at 29-11-2021 09:06 AM
Lain kali bila org lain cakap BI korang jawab je dalam BM.
Menda gini jadi pasal korang sendiri yg b ...


Ai lak terbalik. Kalau gi Semenanjung (i.e. KL) ai cakap full BM terutama kalau jumpa orang Melayu. Tapi biasanya meka balas ai berspeaking la pulok (Melayu educated. Driver teksi berspiking ngan ai pun ai pernah jumpa. Kuar segala kisah hidup dia. ). Mungkin meka ingat ai ummah Chinks.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 29-11-2021 04:36 PM
Cc juga kepada pewaris lidah belacan cakap BM pelat. Nada suara tak bersemangat macam tak ambil brea ...

Mosly sek2 demee ckp pelat bm sedgkan katanye patt mempertahan melayu dn islam huhuhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.088819 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list