CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 718|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tanda harga bertindih, KPDNHEP beri amaran pemilik kedai kasut

[Copy link]
Post time 28-11-2021 07:21 PM | Show all posts |Read mode
Tanda harga bertindih, KPDNHEP beri amaran pemilik kedai kasut
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 28 November 2021


Aduan mengenai tanda harga bertindih dan mengelirukan yang diterima pihak KPDNHEP.


GEORGETOWN - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Timur Laut pada Sabtu memberi amaran kepada pemilik sebuah kedai kasut di kompleks beli-belah Queensbay supaya lebih teliti meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual.


Kedai berkenaan didapati meletakkan tanda harga membabitkan pewangi kasut secara bertindih menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan.


Pemeriksaan dilakukan selepas menerima aduan daripada pengguna mengenai kekeliruan harga pada pewangi kasut yang dipamerkan dengan jelas iaitu RM16.99 sebotol.


Penolong Pegawai Penguat kuasa, Kamal Asyraf Ramli berkata, harga pewangi sepatutnya RM16.99 tetapi diletakkan di bawah tag tanda harga RM24.99.


Menurutnya, pemeriksaan di premis terbabit pada jam 10.50 pagi Ahad mendapati tanda harga yang dipamerkan pada barangan itu jelas dan tiada pertindihan.


“Peniaga memaklumkan sebelum itu mungkin berlaku kesilapan yang dilakukan oleh pekerja semasa proses meletakkan tanda harga," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Ahad.


Kamal Asyraf berkata, sebelum ini pihaknya menerima aduan berhubung penyegar kasut yang berharga RM16.99 didapati ditampal secara bertindih dengan tanda harga RM24.99.


Berikutan itu, katanya pengusaha premis berkenaan diberi amaran supaya lebih teliti ketika meletakkan tanda harga


“Satu kenyataan pemeriksaan premis dikeluarkan dan turut ditandatangan pengurus syarikat itu.


“Tindakan tegas akan diambil sekiranya perkara sama didapati berulang dan pengguna diminta lebih peka dengan harga jualan sebelum membuat pembayaran," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... pemilik-kedai-kasut
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.051698 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list