CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 522|Reply: 0

[Sarawak] Kes baharu COVID-19 di Sibu akhirnya turun satu digit

[Copy link]
Post time 28-11-2021 04:26 PM | Show all posts |Read mode


Dr Annuar ketika strim langsung menerusi laman sosialnya berkenaan dengan laporan COVID-19 bagi bahagian Sibu pada Sabtu.

SIBU: Jumlah harian kes baharu COVID-19 di sini akhirnya merekodkan satu digit buat pertama kalinya selepas hampir setahun pada Sabtu.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee bagaimanapun tetap mengingatkan penduduk Sibu untuk terus berwaspada terhadap wabak itu.

“Hari ini (Sabtu) Sibu hanya merekodkan sembilan kes baharu COVID-19. Ini adalah kali pertama dalam tempoh hampir setahun sejak Kluster Pasai melanda kita pada Januari tahun ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang di Sibu atas usaha kolektif mereka ke arah memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

"Walaupun ini adalah perkembangan yang sangat positif, tetapi ia tidak bermakna kita boleh mula leka dan mengambil mudah. ​​Sila teruskan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak kes meningkat," katanya semasa strim langsung menerusi laman sosialnya pada Sabtu.

Beralih kepada dos penggalak COVID-19, beliau menyatakan berdasarkan laporan berita bahawa di China, Pusat Kawalan Penyakit (CDC) menyokong dos vaksin penggalak campuran dan padanan walaupun kebanyakannya adalah penerima Sinovac di sana.

Beliau juga menunjukkan data antara 2 Februari dan 17 Oktober tahun ini dari Chile, di mana dos vaksin 'heterolog' atau campuran dan padanan telah terbukti memberikan perlindungan yang lebih baik kepada penerimanya terhadap kesan atau risiko COVID-19.

"Data telah menunjukkan di mana penerima vaksin Sinovac untuk dos pertama dan kedua mereka dan Pfizer atau AstraZeneca untuk dos penggalak mereka, memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap jangkitan COVID-19 termasuk mengurangkan kemasukan ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU)," katanya yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Beliau bagaimanapun berkata, terpulang kepada penerima untuk memutuskan pilihan dos vaksin penggalak mereka.

"Saya hanya menunjukkan data dengan bukti konkrit bahawa jika ia adalah 'heterologous' atau dos vaksin campuran dan padan, terdapat lebih banyak faedah," jelas Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi itu.

Menyentuh kadar positif COVID-19 bagi Sarawak, beliau berkata, ia telah menurun kepada 4.6 peratus daripada sasaran 5 peratus.

Beliau juga mendedahkan bahawa R-nought untuk negeri inu telah jatuh kepada 0.78 peratus pada masa ini.

Beliau seterusnya menyebut berdasarkan data yang diterima pada 25 Novemver (CovidNow), terdapat penurunan kematian daripada 50 orang kepada 18 orang bagi setiap juta penduduk dalam tempoh 14 hari, atau penurunan sebanyak 53 peratus, di Sarawak.

Berbalik kepada data nasional antara 1 dan 20 Nov tahun ini, daripada Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Annuar berkata orang dewasa yang tidak divaksinasi mempunyai peluang 14.5 kali lebih tinggi untuk mati berbanding mereka yang diberi vaksin sepenuhnya.

Selain itu, beliau yang juga penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka menyatakan bahawa risiko kematian penerima vaksin Sinovac berada pada 34.0 setiap juta; Pfizer (9.8 setiap juta) dan AstraZeneca (6.0 setiap juta).

Dr Annuar mengulangi bahawa beliau hanya menunjukkan data untuk kegunaan awam dan tidak dimaksudkan sebagai perdebatan.


utusanborneo.com.my/2021/11/28

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.271413 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list