CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 714|Reply: 19

[Tempatan] Omicron: Jangan tergesa-gesa laksana sekatan pergerakan - Pakar Kesihatan Awam

[Copy link]
Post time 28-11-2021 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Omicron: Jangan tergesa-gesa laksana sekatan pergerakan - Pakar Kesihatan Awam
Astro Awani
November 28, 2021 13:57 MYT

KUALA LUMPUR: Masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan sekatan pergerakan dan sekatan ekonomi, kerana tidak banyak maklumat mengenai varian Omicron buat masa ini, kata Pakar Kesihatan Awam Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid.
Beliau berkata, biarpun kemunculan varian baharu COVID-19, iaitu Omicron, agak membimbangkan, namun kerajaan diharap tidak tergesa-gesa membuat sekatan pergerakan seperti perintah kawalan pergerakan.

Setakat ini, katanya masih terlalu awal untuk mengenal pasti ciri-ciri Omicron, dan negara digesa tidak mengikuti langkah beberapa negara Eropah yang mula melaksanakan sekatan.
"Kalau lihat di Eropah, baru dalam beberapa jam lepas, United Kingdom dah buat pengumuman mengenai kuarantin ditambah kepada 10 hari dan sebagainya. Tetapi suasana di Eropah ini bukan saja disebabkan Omicron, tapi kes memang meningkat dalam dua tiga minggu sebelumnya.

"Tentang negara kita, kalau boleh cuba elakkan sekatan akan datang atau seterusnya kerana ini akan lembabkan ekonomi, beri kesan negatif. Elok lihat dulu dengan terperinci ciri-ciri khusus Omicron, dan jangan panik. Kalau panik terus tutup semua aktiviti ekonomi, ini akan beri kesan amat besar kepada sistem ekonomi negara,” katanya lagi.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Sabtu berkata, Kementerian Kesihatan akan terus memantau laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara lain berkaitan perkembangan Omicron.

Jelasnya lagi, pemantauan berterusan itu akan membantu KKM membuat keputusan bagi meluaskan sekatan pengembaraan terhadap mana-mana negara, sekiranya perlu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Haah.. Lepas tu omicron dah masuk, br terhegeh2 nak sekat sana sini.. X penah belajar dr dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju. Dah vaksin 97 point ntah berapa persen pun takut. Pft.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntri2 seblom ni sebok laung slogan jom hidup berendemik dengan kobid. Takkan ujung2 bila dengar nama Omicron trus glabah teks?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la. Skrg ni range 5000-6000 je. Gelabah buat apa.
Buat rileks je ke hulu ke hilir kumpul ramai2
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini zaman babi boleh terbang laa...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lek lek lu. Nk mgelabah watpa
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntahnya..orang sedap2 vacation sampai tahun depan punya plan. merancakkan ekonomi. Dah vaksin 95 percent kan. Takut perr
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 05:06 PM | Show all posts
yang omicron tu banyak menjangkiti ummah yang belum vaksin khuenzz. Why bother 3x....harus acik ritrud sedang gelabah ketet yachh
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 28-11-2021 03:09 PM
Setuju. Dah vaksin 97 point ntah berapa persen pun takut. Pft.

Kannnn? pakar la konon ujong2 salahkan rakyat bila kes dh meroket....1 lg org politaik pun hanat diorg hold dulu x bagi kecoh2 sampai prn sarawak setel
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 07:01 PM | Show all posts
abis tu nak bubuh dorang dalam kandang lembu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
tak nak lockdown pon sekat la dulu semua aktiviti sosial tak kira fasa
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 28-11-2021 07:01 PM
abis tu nak bubuh dorang dalam kandang lembu?

Uuu. Ayat menggamit memori.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
xmitk lockdown pun tp sekat la yg dtg dr luar tu ..adoi..tu pun nk kena ajar ke
tp blh tak sabar dulu wahai virus2 hanat ni semua..dh beli tiket dh oi jgn la gitu..dh nk masuk 1 thn xjmpa mak kandung
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ambik semua antivax letakkan dlm kandang lembu lagi baik
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 07:56 PM | Show all posts
#rindupkp97%






Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 07:56 PM | Show all posts
kasi masuk dulu warga Afrika atau sesiapa yang pernah pegi benua Afrika, pastu bila dah tersebar mula lah kelam kabut tulis kertas kerja sekatan perjalanan. aku pasti akan terjadi seminggu sebelum puasa
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 07:57 PM | Show all posts
hyie replied at 28-11-2021 05:06 PM
yang omicron tu banyak menjangkiti ummah yang belum vaksin khuenzz. Why bother 3x....harus acik ritr ...

mana punya tahyul ko kutip ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekat je la.. bukan diorang yang bangkrap
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 08:04 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 28-11-2021 07:57 PM
mana punya tahyul ko kutip ni

baca kat porem ni jugak sis...berita semalam yang pasal kes menular kat Johannesburg dan negara2 jiran dia tu ler...cari sendiri yachh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-1-2022 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.085094 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list