CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 486|Reply: 0

[Sarawak] Keperluan penting bina jejambat

[Copy link]
Post time 28-11-2021 12:23 AM | Show all posts |Read mode


Ir Zulkefly (dua kiri) menyampaikan Surat Setuju Terima kepada Zaini (dua kanan) sambil disaksi (dari kanan) Julaihi, Fadillah dan Tiong.

BINTULU: Kerajaan Sarawak bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah membuat kajian berkenaan keperluan penting kemudahan pembinaan Jejambat Jalan Medan Jaya-Jalan Tun Hussein Onn bahagian ini.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi berkata, pembangunan pesat di sekitar persimpangan lampu isyarat dan peningkatan aliran lalu-lintas, laluan utama ke bandar Bintulu, masjid, sekolah, perumahan dan lain-lain begitu sesak waktu puncak pagi dan petang membawa kepada pelaksanaan projek ini dengan segera.

Katanya, kajian tahun 2015 dilakukan di kawasan ini berdasarkan 40,000 kenderaan mengguna laluan ini menuntut agar pembinaan jejambat perlu disegerakan bagi mengurangkan kesesakan lalu-lintas di bandar Bintulu.

"Pembinaan jejambat dan jalan ini menyedia laluan pelbagai kenderaan berat untuk membuat pusingan U bagi keperluan ekonomi, merangsang ekonomi setempat sedia ada, jalan raya selamat dan selasa di Bintulu dan lain-lain destinasi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan di Majlis Pecah Tanah Pembinaan Flyover (Jejambat) Jalan Medan Jaya-Jalan Tun Hussein Onn berkos RM137.7 juta di Meridian Central Jalan Sultan Iskandar di sini hari ini dengan tarikh mula projek pada 3 Disember 2021 selama 36 bulan dan dijangka siap 2 Disember 2024.

Katanya, jadual pembinaannya selama 36 bulan akan dilaksana kontraktor (AF Contruction Sdn Bhd) diharap dapat dilaksana sebaik mungkin dengan harapan projek yang ditunggu-tunggu penduduk Bintulu ini menjadi realiti.

Pada masa sama Kementerian Kerja Raya (KKR) diharap dapat menyediakan peruntukan untuk pembinaan jalan ke kawasan industri yang banyak diguna oleh kenderaan berat.
Katanya, spesifikasi jalan raya di kawasan ini perlu ditambah baik termasuk tempat-tempat lain di seluruh Sarawak.

Menurutnya, jalan raya dan jejambat memain peranan penting kepada penduduk setempat dan merupakan penyediaan agenda sosial kerajaan semasa bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

"Negeri ini perlu perhubungan jalan raya lebih sempurna. Ketua Menteri melihat perlu untuk kita buat perancangan terperinci dan penting bagi membina jalan perhubungan seluruh Sarawak menjelang 2030 memandangkan Sarawak akan mencapai wilayah maju di Malaysia," katanya.

Beliau berharap kerajaan pusat dapat menyediakan peruntukan sesuai untuk diluluskan berdasarjan keperluan ini supaya tidak terbeban di bawah kerajaan Sarawak sahaja sehingga melambatkan usaha menghubung ke seluruh kawasan di Sarawak.

Di majlis itu menyaksikan Ketua Pengarah Kerja Raya Dato Ir Mohamad Zulkefly Sulaiman menyampai Surat Setuju Terima kepada Pegarah AF Construction Sdn Bhd, Mohamad Zaini Yassin dan seterusnya penyerahan Surat Lantikan Pegawai Penguasa kepada Pengarah JKR Sarawak yang diterima Pemangku Pengarah Kerja Raya Sarawak Ir Chiew Chee Yau.


utusanborneo.com.my/2021/11/27

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.402044 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list