CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1528|Reply: 7

Radhi OAG nak tuntut royalti

[Copy link]
Post time 26-11-2021 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Radhi OAG nak tuntut royalti


RADHI pada sidang media Kopi Blues. FOTO Azhar Ramli

Kuala Lumpur: Penyanyi Radhi OAG mahu menuntut royalti lagu-lagu ciptaannya yang sudah lebih 20 tahun tidak diterima.

Radhi berkata, sejak kontrak bersama EMI tamat pada 2006 dan syarikat rakaman terbabit ditutup, akaunnya secara tidak langsung dibekukan.

"Saya sendiri tidak pasti ke manakah royalti lagu-lagu saya sekarang dipindahkan. Adakah masih di bawah akaun EMI atau pihak lain. Saya tidak mahu sebut pihak lain yang ambil alih EMI.

"Saya hanya nak justifikasi dan bukan marahkan mana-mana pihak. Tujuan saya hanya untuk mempertahankan dan tuntut hak. Saya nak selesaikan perkara ini dengan baik," katanya kepada Harian Metro.

Radhi yang ditemui pada sidang media Pesta Kopi KL X Blues Valley Jam di sini berkata, dia sudah melantik peguam untuk mengendalikan kes ini.

"Sebelum ini memang ada pihak syarikat rakaman yang suruh datang pejabat ambil wang dalam jumlah tertentu, tapi jumlah itu tak sepadan dengan pungutan royalti dalam tempoh 20 tahun. Saya bukan tak bersyukur tapi ada baiknya saya tuntut apa yang sepatutnya saya dapat.

"Peguam saya kata, saya hanya boleh tuntut untuk tempoh enam tahun kebelakangan ini saja. Kalau lebih dari itu agak sukar selesai dalam tempoh yang cepat," katanya.

Menurutnya, dia juga tidak menerima sebarang bayaran penggunaan lagu dan muzik ciptaannya untuk nada dering yang popular suatu ketika dulu.

"Semasa tandatangan kontrak, ia tiada kena mengena dengan nada dering. Benda-benda ini datang kemudian dan tidak termaktub dalam kontrak. Jadi, pihak terbabit main buat sahajalah. Tapi tidak apa, saya sedekahkan kerana apa yang lepas itu dah lepas.

"Saya cuma nak royalti yang sepatutnya walaupun hanya dikira dari enam tahun saja. Bolehlah juga buat saya untuk menyara hidup," katanya.

Radhi bersyukur bertemu dengan peguam berkenaan yang banyak membantunya.

"Saya dah cuba dengan peguam lain tapi sering timbul masalah. Tapi agak berbeza dengan peguam wanita ini. Dia pula salah seorang peminat OAG ketika dahulu. Saya tanya dia berapa bayaran kerana saya memang tak berduit, tapi dia kata itu belakang kira. Dia nak bantu saya selesaikan apa yang sepatutnya menjadi hak saya buat masa ini," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... -nak-tuntut-royalti

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2021 10:39 PM | Show all posts
sayangnya lagu2 oag dulu semua best2 ala2 indie gittew... tak sangka dia tak dapat royalti...
tuntut la kalau boleh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Royalti lagu-lagu ciptaan ?

Kalau komposer & penulis lirik under MACP kan ?

Elok je M Nasir, KRU, Saari Amri etc dpt royalty
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 26-11-2021 10:39 PM
sayangnya lagu2 oag dulu semua best2 ala2 indie gittew... tak sangka dia tak dapat royalti...
tuntu ...

Mana acik silamejid?
@AcikGomen

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 26-11-2021 10:39 PM
sayangnya lagu2 oag dulu semua best2 ala2 indie gittew... tak sangka dia tak dapat royalti...
tuntu ...

Zaman deyols glemer dgn izham Omar dedolu kala, ada sorang member deyols nama azan ensem namampossssss
Acik takdan nak deting2 dgn mamat tuh atas sbb2 yg dirahsiakan
Dulu qi herlokkk tak busuk mcm skang
Radhi kemetot so geng acik tak pandang sgt
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 26-11-2021 11:46 PM
Mana acik silamejid?
@AcikGomen

Heshe tgh mengelupoq lettewww sbb byk rentis tak setuju dgn settlement yg geng dia proposed tu. Bodo la sape nak kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts

Iol lupa heol dah kawen. Kalau tak, ayat penutup tu cam aikk acik radhi, nak snag loyerrr nampak... Hehehe
Iol memang dibesarkan dengan lagu2 oag dari iol hanak kecik hingus terkeluar, serkup 70% memenuhi kepala tudung kat hujung2 jahhh, dulu rasa radhi ni hensem nyaa (fasa mumayiz), dah pandai merembes lak rasa andy  estranged tu lazat...

Tapi heol memang nampak muda, lincah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 11:13 PM | Show all posts
ni lah yang freddie fernandez bising2 dkat acik sheila majid yg eksklusip katanyehhh...
hadoooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.067973 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list