CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 137|Reply: 1

[Sarawak] Gesa syarikat penerbangan turunkan tambang

[Copy link]
Post time 26-11-2021 07:32 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kekerapan penerbangan ke Sarawak akan ditambah dari 233 penerbangan sedia ada kepada 307 penerbangan seminggu bermula 11 Disember 2021.

Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin (gambar) berkata ia selepas cadangan kementerian mengenai perkara terbabit mendapat kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Semalam JPBNS telah meluluskan untuk meningkatkan kekerapan penerbangan ke Sarawak daripada 223 penerbangan sedia ada kepada 307 penerbangan seminggu bermula 11 Disember 2021.

“Permintaan ini telah diluluskan oleh JPBNS selepas mempertimbangkan pelbagai faktor seperti bilangan penerbangan yang terhad, tambang penerbangan yang tinggi, permintaan awam, sambutan Hari Krismas, Tahun Baru 2022 dan Pilihan Raya Negeri ke-12 akan datang.

“Paling penting untuk memastikan situasi COVID-19 di negeri ini adalah terkawal secara berterusan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Lee berkata kementerian beliau telah memaklumkan keputusan itu kepada Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan syarikat penerbangan bagi memastikan kekerapan penerbangan baharu dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

Katanya beliau percaya kekerapan penerbangan tambahan akan membantu mengurangkan tambang penerbangan, bagaimanapun ia terpulang kepada syarikat penerbangan untuk memainkan peranan mereka.

“Sehubungan itu, kami menggesa syarikat penerbangan mengurangkan tambang penerbangan mereka dan memainkan peranan mereka untuk membantu orang ramai terutamanya dalam tempoh yang mencabar ini melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat mereka.

“Dengan kekerapan penerbangan tambahan, kami ingin penumpang dan pengembara merancang perjalanan mereka dengan bijak dan lebih awal,” katanya.

Sementara itu Lee turut menasihatkan bagi mereka yang ingin mendapatkan tambang penerbangan lebih murah, mereka perlu menempah penerbangan mereka lebih awal.

Beliau pada masa yang sama juga mengingatkan, memandangkan Sarawak masih menangani COVID-19, semua syarikat penerbangan, pengembara dan penumpang yang datang ke negeri ini untuk mematuhi SOP ditetapkan.

“Ini amat penting bagi memastikan penularan wabak COVID-19 di Sarawak dapat dikawal dengan baik,” tegasnya.


utusanborneo.com.my/2021/11/26

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2021 03:08 PM | Show all posts
Syarikat penerbangan digesa turun harga tiket



KUCHING: Syarikat penerbangan digesa mengurangkan tambang penerbangan bagi membantu rakyat Sarawak untuk pulang serta menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Fazzrudin Abdul Rahman (gambar) menerusi kenyataan hari ini berkata, dengan peningkatan kekerapan penerbangan tersebut diharap akan membawa kepada penurunan harga tiket penerbangan dan membolehkan rakyat Sarawak pulang ke negeri ini.

Beliau turut menyambut baik pengumuman Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin berhubung peningkatan kekerapan penerbangan ke negeri ini semalam yang akan ditambah daripada 223 kepada 307 seminggu, mulai 11 Disember ini.

"Selain, menggalakkan pelancong melawat Sarawak dan menyokong sektor pelancongan kita.

"Pada masa sama, ini akan memastikan peratusan keluar mengundi pada jumlah maksimum yang keluar mengundi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang," katanya.

Bagaimanapun, Fazzrudin menasihati semua rakyat Sarawak yang pulang serta pelancong yang datang ke negeri ini untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa di sini.

Perkara itu tegasnya penting dalam memastikan keselamatan semua orang sepanjang tempoh pergerakan yang tinggi di Sarawak serta mengehadkan kemungkinan penularan COVID-19 terutamanya berikutan penemuan varian baharu wabak tersebut.

"Walaupun kes COVID-19 kian menurun di Sarawak sejak akhir-akhir ini, namun ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita leka kerana peningkatan semula kes Covid-19 akan memberi kesan buruk kepada rakyat.

"Kami Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyokong keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untuk meluluskan penambahan penerbangan ke Sarawak," kata beliau.

Tegasnya, ini membuktikan kerajaan GPS adalah kerajaan yang bertanggungjawab, mendengari keluhan rakyat memandangkan harga tiket penerbangan yang terlalu tinggi sejak akhir-akhir ini terutamanya apabila menjelang hari pengundian.


utusanborneo.com.my/2021/11/27





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-5-2022 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.084519 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list