CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 442|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang mohon senaraikan LTAPP dalam VTL Malaysia-Indonesia

[Copy link]
Post time 26-11-2021 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 26-11-2021 02:24 PM

Pulau Pinang mohon senaraikan LTAPP dalam VTL Malaysia-Indonesia

BERNAMA



Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). FOTO Arkib NSTP


Georgetown: Pulau Pinang memohon agar kerajaan pusat dapat menyenaraikan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dalam Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) membabitkan perjalanan antara Malaysia dan Indonesia.



Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Yeoh Soon Hin berkata, berdasarkan pengumuman awal yang dibuat sebelum ini, VTL Malaysia-Indonesia membolehkan perjalanan udara dilaksanakan antara kedua-dua negara namun bagi Malaysia ia hanya membabitkan Kuala Lumpur.



"Di Indonesia dua bandar tersenarai dalam VTL ialah bandar Bali dan Jakarta, ketibaan pelawat dari Indonesia adalah penting dalam mewujudkan kesan berganda kepada ekonomi negeri dan negara.



"Jika LTAPP diberi peluang yang sama seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), saya pasti ia akan memberi impak ekonomi yang baik dalam keseluruhan rantaian bekalan seperti penginapan, makanan dan minuman, logistik, runcit, pelancongan serta pengangkutan untuk utara Semenanjung," katanya dalam kenyataan hari ini.



Akhbar sebelum ini melaporkan Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk melaksanakan koridor perjalanan antara kedua-dua negara melalui Aturan Koridor Perjalanan (TCA) atau VTL dijangka awal tahun depan.



Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, sebagai permulaan, inisiatif koridor perjalanan itu akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Jakarta melalui jalan udara sebelum boleh ditambah destinasi lain yang menunjukkan risiko rendah.



Mengulas lanjut, Yeoh berkata berdasarkan carta ketibaan antarabangsa untuk LTAPP bagi tempoh lima tahun iaitu dari 2015 hingga tahun ini mendapati Indonesia mendahului dan beliau berpendapat ia antara faktor yang perlu dipertimbangkan kerajaan pusat mengenai VTL Malaysia dan Indonesia.



Katanya, selain itu, statistik Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang juga menunjukkan LTAPP mencatatkan 275,933 ketibaan dari Indonesia pada 2019, 245,920 (2018), 279,173 (2017), 264,546 (2016) dan 268,892 (2015).



"LTAPP sentiasa menjadi satu daripada lapangan terbang antarabangsa penting di Asia Tenggara yang mengalu-alukan ketibaan pelancong dari seluruh dunia," katanya.



Beliau berkata dengan menjadikan LTAPP sebagai sebahagian daripada VTL juga membantu menyediakan jaringan perniagaan serta kemudahan yang lebih baik kepada pasaran tempatan dan antarabangsa.

Disiarkan pada: November 26, 2021 @ 12:53pm


sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.048500 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list