View: 2561|Reply: 8
|
Al-Qur'an & Hadith: Bab: Solat Jumaat
[Copy link]
|
|
Edited by boca120879 at 26-11-2021 09:07 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Yahya bin Yahya, Abu Bakar bin Abu Syaibah & Abu Kuraib, diceritakan oleh Abu Mu'awiyah, daripada Al A'masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa yang berwuduk, lalu dia menyempurnakan wuduknya,
kemudian pergi solat Jumaat, mendengar (khutbah) tanpa berkata-kata,
maka akan diampuni (dosa-dosa yang dilakukannya) antara hari itu dengan hari Jumaat yang lain (hadapan), ditambah tiga hari.
Dan barangsiapa yang memegang-megang batu kerikil (ketika khutbah), maka dia telah berbuat suatu yang sia-sia."
(Hadith Muslim no. 1419)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SEMOGA kita dapat amalkan..insyaAllah
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-11-2021 02:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ussopp replied at 26-11-2021 06:35 AM
SEMOGA kita dapat amalkan..insyaAllah
Insha Allah.
Amin .... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-1-2022 11:47 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by boca120879 at 24-1-2022 02:48 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Suraij bin Yunus, diceritakan oleh Abdurrahman bin Abdul Malik bin Abjar, daripada bapanya (Abdul Malik bin Abjar), daripada Washil bin Hayyan, daripada Abu Wa`il,
"Ammar pernah menyampaikan khutbah Jumaat kepada kami
dengan bahasa yang singkat dan padat.
Maka ketika dia turun dari mimbar,
kami pun berkata kepadanya,
"Wahai Abu Yaqzhan!
Khutbah anda begitu singkat dan padat.
Alangkah baiknya
kalau anda panjangkan lagi."
Ammar berkata,
"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya lamanya solat
dan pendeknya khutbah seseorang itu
menunjukkan tentang pemahaman dia tentang agamanya.
Kerana itu, panjangkanlah solat
dan pendekkanlah khutbah.
Sesungguhnya di antara kata-kata yang indah itu
ada daya memukau (bagaikan sihir).
(Hadith Muslim no. 1437)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Yahya bin Bukair, diceritakan oleh Al Laits, daripada 'Uqail, daripada Ibnu Syihab, daripada Sa'id bin Al Musayyab, daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Jika kamu berkata kepada temanmu pada hari Jumaat, 'diamlah', padahal imam sedang memberi khutbah,
maka sungguh kamu sudah berbuat suatu yang sia-sia."
(Hadith Bukhari no. 882)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 22-7-2022 03:19 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Abdullah bin Idris, daripada Hushain, daripada Umarah bin Ruwaibah,
"Pada suatu ketika, Umarah bin Ruwaibah melihat Bisyr bin Marwan mengangkat kedua-dua tangannya (berdoa) di atas mimbar (khutbah Jumaat).
Maka dia pun berkata, "Semoga Allah memburukkan kedua-dua tangan itu.
Sungguh, saya telah melihat Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. tidak menambah-nambah setelah memberikan isyarat dengan tangannya seperti ini."
Umarah bin Ruwaibah pun memberi isyarat dengan jari telunjuknya.
(Hadith Muslim no. 1443)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Adam, diceritakan oleh Ibnu Abu Dzi'b, daripada Az Zuhri, daripada Abu 'Abdullah Al Aghar, daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda,
"Pada hari Jumaat, para Malaikat hadir di pintu Masjid, mencatat siapa orang yang datang paling awal dan seterusnya.
Orang yang paling awal datang ke Masjid seperti orang yang berkorban dengan seekor unta.
Kemudian seperti orang yang berkorban dengan seekor sapi.
Kemudian seperti orang yang berkorban dengan seekor kambing yang bertanduk.
Kemudian seperti orang yang berkorban dengan seekor ayam.
Kemudian seperti orang yang berkorban dengan sebutir telur.
Dan apabila Imam sudah keluar (untuk memberi khutbah), maka para Malaikat menutup buku catatan mereka. Kemudian mendengar zikir (khutbah)."
(Hadith Bukhari no. 877)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Ya'qub bin Ibrahim, diceritakan oleh Yahya bin Sa'id, daripada Muhammad bin 'Amr, daripada 'Abidah bin Sufyan Al Hadhrami, daripada Abul Ja'd Adh-Dhamri,
"Abul Ja'd Adh-Dhamri pernah menemani Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa meninggalkan solat Jumaat selama tiga (3) kali
kerana meremehkannya,
Allah menutup hatinya."
(Hadith Nasa'i no. 1352)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Ibnu Majah no. 1105 Darjat: Sahih
Diceritakan oleh Abu Kuraib, diceritakan oleh 'Abdurrahman Al Muharibi, daripada Isma'il bin Muslim, daripada Al Hasan, daripada Jabir bin Abdullah,
"Seorang lelaki memasuki masjid pada hari Jumaat, ketika Rasulullah s.a.w. sedang berkhutbah.
Lelaki itu melangkahi orang ramai sehingga Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Duduk! Sesungguhnya engkau telah terlambat. Dan menyakiti (orang lain)."
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|