CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1231|Reply: 14

[Politik] Mohamaddin Ketapi sah jadi ahli Bersatu

[Copy link]
Post time 26-11-2021 07:54 AM | Show all posts |Read mode

Datuk Mohamaddin Ketapi. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Segama Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini secara rasmi menjadi ahli Bersatu yang baharu.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, permohonan keahlian Mohamaddin diperaku dan diterima dalam Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam ini yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Bersatu menyambut baik keahlian beliau kerana ia bukan sahaja bakal mengukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

"Malah ia juga akan memberikan manfaat besar kepada pembangunan serta kebajikan rakyat di Parlimen dan Dun (Dewan Undangan Negeri) yang beliau (Mohamaddin) wakili," kata Hamzah menerusi satu kenyataan malam ini.

Pada 30 Oktober lalu, Mohamaddin mengumumkan keluar Parti Warisan Sabah kerana ingin memberi tumpuan untuk memaju dan membangunkan Parlimen Lahad Datu serta Dun Segama.

Menurutnya lagi, dalam mesyuarat itu, parti itu memutuskan akan mengadakan Persidangan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Kelima pada 18 dan 19 Disember ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya yang bakal dihadiri 1,600 perwakilan seluruh negara secara fizikal.

"Justeru, selamat bersidang diucapkan kepada semua perwakilan Mesyuarat Agung Bahagian di seluruh negara yang akan bermula 26 hingga 28 November ini," katanya.

Mengenai perkembangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Hamzah berkata Bersatu akan mengadakan perbincangan lanjut bersama parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menentukan strategi dan persiapan menghadapi pilihan raya negeri berkenaan pada 18 Disember ini.

Berhubung PRN Melaka yang diadakan 20 November lalu, Hamzah berkata Bersatu beranggapan keputusan pada pilihan raya negeri berkenaan membuktikan PN adalah parti yang mempunyai pengaruh serta sokongan kukuh dalam kalangan pengundi negeri itu.

"Bersatu merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi PRN Melaka yang telah mengundi dan memberi sokongan kepada calon-calon daripada Bersatu dan parti komponen PN yang lain iaitu Pas dan Gerakan.

Sokongan ini adalah manifestasi penerimaan baik rakyat terhadap PN dan parti komponennya. Susulan itu, Bersatu telah mengenal pasti kelemahan semasa PRN Melaka lalu dan akan mengambil langkah penambahbaikan dengan segera," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-jadi-ahli-bersatu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2021 07:54 AM | Show all posts
guna alasan mahu majukan kawasan
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
#selamat melingkup
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindu pulak kat heshe dgn cakap pelatnye
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 08:10 AM | Show all posts
Menteri xguna zaman ph satu2 dh tunjuk belang dan muka sebenar. Dia ni mmg menteri paling xberguna dulu disamping jeming. Kahkahkah!
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Senggama tersenyum sinis:

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2021 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Itupun sapie bedal sembang gegar warisan nak bertanding kt semenanjung. kat sabah pun hidup segan mati x mau.. lps sorang2 khianat. cash!
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 11:45 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 26-11-2021 11:47 AM

Good riddance..dah boleh join Jemin dgn mak lampir dlm Bersatu..mohon pasni Bersatu kutip lebih ramai lg sampah2 utk bersihkan PH dari makhluk2 perosak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 26-11-2021 08:10 AM
Menteri xguna zaman ph satu2 dh tunjuk belang dan muka sebenar. Dia ni mmg menteri paling xberguna d ...

Semua yg buat taik dah blah.... Tp yg nk kena cuci tetaplah di Haramjadah ka jadaharam ka apa ka depa kata ka haramjadah ka apa ka tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus amik liability. Track record buruk akan dicalonkan ke x nanti sama² kita nantikan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 02:04 PM | Show all posts
Elok ler tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bkn lompat parti ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 03:31 PM | Show all posts
Sumpah jadi katak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni jd menteri pelancongan dulu takde function pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
bekas menteri sampah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.058854 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list