CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 498|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan negeri peruntuk RM15 juta bina kemudahan penurunan bot bomba di Limbang

[Copy link]
Post time 24-11-2021 04:02 PM | Show all posts |Read mode


Dr Abdul Rahman (tiga kiri), Mohd Hazmin (kiri) dan Clarence (kanan) pada penyerahan bot bomba Limbang pada Selasa.

LIMBANG: Sejumlah RM15 juta diperuntuk kerajaan negeri untuk pembinaan kemudahan penurunan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang di kawasan Projek Pembinaan Tebingan Sungai Limbang.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju memperuntuk RM15 juta untuk membina kemudahan yang akan memulakan kerja pembinaan awal tahun depan.

“Projek ini dalam proses tender dan mengambil masa 18 bulan pembinaan dan dilengkapi kemudahan untuk menurunkan bot dan aset bomba, jeti dan sebagainya sebab itu kosnya agak tinggi.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri kerana meluluskan peruntukan ini walaupun JBPM adalah di bawah kerajaan persekutuan tetapi kerajaan negeri mempunyai hubungan rapat dengan JBPM,” katanya pada Majlis Penyerahan Bot Penyelamat dan Enjin 15 kuasa kuda di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) pada Selasa.

Hadir sama, Ketua JBPM Zon Tujuh Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal dan Ketua BBP Limbang Clarence D.Primus Tiandun.

Dr Abdul Rahman berkata lagi anggota bomba bukan sahaja menangani kecemasan memadam kebakaran dan menyelamat mangsa kemalangan tidak mengira tempat, mereka juga menjadi petugas barisan hadapan dalam memutuskan rantaian COVID-19.

“Anggota BBP Limbang banyak membantu semasa pandemik COVID-19 terutama ketika melakukan sanitasi di kawasan awam, bangunan kerajaan, swasta serta sekolah.

“Mereka juga membantu menghantar pesakit COVID-19 ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan menghantar pulang pesakit selepas mendapatkan rawatan,” katanya lagi.

Sumbangan anggota bomba jelasnya amat dihargai bukan saja ketika berdepan keadaan bencana, banjir dan kebakaran malah sebagai petugas barisan hadapan dalam menangani penularan COVID-19.

“Tanpa pertolongan bomba, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian mengalami kesukaran dan peranan bomba amat penting sekali,” ujarnya.

Jelasnya lagi sejumlah RM10,000 diberikan untuk membeli sebuah bot dan enjin 15 hp untuk kemudahan bomba Limbang menyelamat khusus di kawasan sungai yang kecil.

“Kita akan membantu lagi untuk membeli sebuah bot untuk memudahkan bomba tahun depan dan BBP Limbang memerlukan sekurang-kurangnya tiga buah bot menyelamat di sini,” katanya lagi.


utusanborneo.com.my/2021/11/24

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.541908 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list