CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1547|Reply: 11

[Tempatan] Senyap je kan....Polis tak pernah tutup kes Ustaz Ebit Lew

[Copy link]
Post time 24-11-2021 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Polis tak pernah tutup kes Ustaz Ebit Lew


EBIT Lew.

Kuala Lumpur: Polis tidak pernah menutup kes membabitkan siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew seperti didakwa sesetengah pihak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, sehingga kini tiada maklumat terkini diterima pihaknya bagi membantu siasatan.

"Kes ini juga tidak pernah ditutup dan tidak ada rujukan untuk tiada tindakan lanjut (NFA).

"Sebaliknya kes masih dalam siasatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalu-alukan maklumat bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pengendali saluran media sosial Edisi Siasat yang mendakwa ada cubaan untuk menutup kes siasatan membabitkan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew.

Terdahulu, siasatan terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew, 37, dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 19 Ogos lalu, Ebit Lew dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.

Bagaimanapun, Ebit Lew ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -kes-ustaz-ebit-lew

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2021 10:45 AM | Show all posts
Cerita yang ndak habis-habis di Malaysia:

1. Bencong Sajat
2. Ebit Lew
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 24-11-2021 10:45 AM
Cerita yang ndak habis-habis di Malaysia:

1. Bencong Sajat

Siapa yg ndak? Semua msian tak hendakla citer2 longkang ni ndon kau jgn banyak bunyik
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 03:46 PM | Show all posts
Friska replied at 24-11-2021 10:45 AM
Cerita yang ndak habis-habis di Malaysia:

1. Bencong Sajat

Cerita penglipurlara. We need them.


Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bekalan masuk file KIV.. nanti krik x3 ler.
Nangis2 lagi Allah uji Allah sayang …
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kes nelopah dengan isteri dah jatuh hukum ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2021 04:21 PM | Show all posts
video dah bertebaran pun aman2 jah dia khuenst... sajat jugak yg polis duk sibuk nk tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 24-11-2021 04:21 PM
video dah bertebaran pun aman2 jah dia khuenst... sajat jugak yg polis duk sibuk nk tangkap

Sajat tu kn sbb tipu duit org. Yg kes ni bila la nak nampak progress. Duit2 derma semua mana audit??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2021 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua yubooo
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 11:52 AM | Show all posts
bila berkait dgn org2 tertentu
kes masuk file NFA
mcm biasa
klu marhaen kejap je kena cekup
jatuh hukum
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkat meratib Allah syg.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ni bab siasat kes orang kayangan kemain lembab.. Dia punya siasat tu sampai dah ke hujung dunia merata lari masih dok siasat lagi.. Wak lebit siap boleh gi bercuti, buat umrah cuci dosa pon tak abis2 siasat.. Nak tau jantina pondan pon sampai bertahun tak abis siasat.. Cuba laaa orang2 kebanyakan ni buat kes.. Kemain laju je pihak2 berkuasa ni buat kerja.. Pastu bangga kata berjaya tumpaskan kes itu ini.. Lama2 memang jadi macam negara india laa ni.. Kes korup dah xboleh nak bendung.. Ade pihak berkuasa pon tak boleh pakai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.257987 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list