View: 323|Reply: 0
|
[Sarawak]
Lapan ditahan kerana merusuh guna senjata di Miri
[Copy link]
|
|
Lapan orang suspek (barisan hadapan) dibawa ke Balai Polis Pusat Miri sebaik tangkapan lewat malm Ahad lalu kerana disyaki terlibat dalam satu rusuhan bersenjata di Permyjaya.
MIRI: Seorang remaja berusia 17 tahun antara lapan individu yang diberkas polis pada malam Ahad kerana disyaki terlibat dalam satu rusuhan bersenjata yang berlaku di kawasan Permyjaya di sini.
Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas kelapan-lapan suspek terbabit.
Berikutan itu katanya, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan merusuh sambil bersenjata.
Terdahulu sebelum tangkapan dilakukan, pihak polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki.
Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 7.30 malam hari sama (Ahad), sekumpulan lelaki terdiri daripada 10 orang termasuk tiga yang dikenali telah datang ke rumah saudaranya di Bandar Baru Permyjaya di sini.
Tiga daripada lelaki terbabit dilihat bersenjatakan sebilah parang, manakala yang lain membawa beberapa batang kayu.
Semasa ditanya oleh pengadu apakah tujuan kedatangan mereka, salah seorang daripada lelaki terbabit lalu mengambil sebilah parang dan cuba menetak pengadu sehingga hampir mengena pengadu dan anaknya.
Melihat keadaan itu, pengadu terus berlari masuk ke dalam rumah dan salah seorang suspek telah bertindak menikamnya menggunakan sebatang kayu hingga menggena pada kaki kanannya.
Menurut pengadu, suspek-suspek terbabit turut mengugut ahli keluarganya sekiranya dia membuat laporan polis.
Difahamkan, kejadian berpunca setelah pengadu mengetahui salah seorang daripada ahli keluarga suspek telah mencuri bateri kereta milik jirannya.
Semasa tangkapan dilakukan, polis turut merampas sebilah parang dan dua batang kayu yang dipercayai digunakan dalam insiden tersebut untuk dijadikan barang kes.
utusanborneo.com.my/2021/11/23
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|