Leganya! Hilang rasa gundah gulana di hati kebanyakan rakyat Malaysia, bagai hilang satu bebanan yang ditanggung selama ini apabila kerajaan mengumumkan kebenaran untuk pergerakan rentas negeri.
Selepas berbulan-bulan duduk di rumah, kereta tersadai tanpa berjalan jauh, yeah! Inilah masanya kebanyakan dari kita mengambil peluang untuk pulang ke kampung.
Tak kurang juga nak 'balas dendam' untuk bercuti ke sana dan ke mari! Maklumlah, dah lama terkurung inilah masanya untuk bebas untuk memandu ke sana sini lagi!
Kredit Foto: Libur.com.my
Dah ada idea nak ke mana? Alang-alang boleh berjalan, pastikan tempat yang dituju bakal menjadi kenangan yang terindah!
Ini antara staycation yang super cool dan rare buat anda yang nak bercuti-cuti!
1. Warisan Pahlawan Resort, Terengganu
Kredit Foto: Libur.com.my
Rasai keunikan seni bina tradisional Melayu asli di sini. Binaannya menggunakan dinding kayu dan beratapkan nipah atau rumbia. Kalau OOTD berlatar belakangkan seni bina di sini sambil memakai baju Melayu dan baju kurung, memang terbaik!
Terasa seperti kembali ke zaman silam pun ada kalau staycation di sini! Terdapat juga kolam untuk mandi manda.
2. Rumah Sungai Lenggong, Perak
Kredit Foto: Libur.com.my
Menginap di sini sangat mendamaikan sebab ianya betul-betul terletak di hadapan sungai. Nak mandi sungai, buka pintu je dah boleh terjun.
Sungai tak dalam pula tu, sesuai untuk mereka yang nak bawa anak-anak. Untuk makan malam boleh sewa tempat BBQ dengan harga serendah RM15. Memang layan!
3. Rainforest Tree House, Johor
Kredit Foto: Tourism Johor
Saksikan matahari terbenam dan timbul di puncak pokok, memang rare. Bagi mereka yang suka merasai pengalaman yang lain dari yang lain, bolehlah menginap di penginapan berkonsepkan hutan ini. Percutian di sini sangat unik sebab dapat membuatkan anda berada dalam 'survival mood travel'.
Tak sesuai bagi mereka yang gayat atau takut nyamuk!
Dah rancang percutian, kemas baju untuk OOTD, eh tapi ingat ya sebelum semua ini perkara paling penting adalah memastikan kenderaan yang nak digunakan selamat dengan Castrol Magnatec!
Maklumlah musim pandemik sebelum ini menyebabkan ramai yang bertangguh-tangguh nak servis kereta.
Bahayanya jika kereta anda tak dihidupkan untuk tempoh yang lama, ia boleh menjejaskan bateri.
Hakisan enjin juga boleh berlaku sekiranya kenderaan tidak digunakan untuk satu tempoh yang lama.
Sebelum memulakan apa-apa perjalanan, servis kereta anda dengan menggunakan minyak pelincir terbaik, Castrol Magnatec.
Ia membantu mengurangkan masalah kehausan enjin sewaktu ia dipanaskan, dengan menyediakan lapisan tambahan perlindungan ke 'jantung' sesebuah kenderaan.
Ianya diformulasi untuk mencengkam bahagian enjin yang penting, di mana Castrol Magnatec menambah lapisan perlindungan dalam pemanduan anda.
Formula Castrol Magnatec dicipta khusus bagi pemanduan yang sering menimbulkan tekanan termasuk kerap terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Senang cerita, Castrol Magnatec menawarkan perlindungan berterusan dari saat enjin dihidupkan dan membantu mengurangkan masalah kehausan enjin ketika dipanaskan.
Sememangnya jenama minyak hitam ini amat popular di kalangan rakyat Malaysia kerana bersesuaian dengan kereta-kereta tempatan.
Ia menggunakan teknologi sintetik yang dapat melindungi enjin sewaktu kereta dihidupkan dan setiap perjalanan henti-gerak.
Minyak enjin jenama ini bergabung dengan molekul yang kuat untuk melindungi komponen-komponen yang kritikal dalam enjin.
Menjaga kesihatan kereta bermaksud menjaga keselamatan anda dan yang tersayang di jalan raya!
Dah dapat perlindungan Castrol Magnatec, apa lagi hidupkan kereta dan enjoy staycation anda!
Maklumat lanjut sila layari laman web rasmiCastrol. -CARI
|