CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

[Sarawak] ASPIRASI mohon rakyat Sarawak sumbang RM1 seorang bagi hadapi PRN12

[Copy link]
Post time 22-11-2021 07:16 PM | Show all posts |Read mode


Soo (duduk, dua kanan), Julius (duduk, tiga kiri) serta yang lain ketika sidang media di Sibu, hari ini.

SIBU: Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) memohon jasa baik rakyat negeri ini bagi menjayakan sumbangan 'RM1 Per Sarawakians' untuk membantu partinya menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) ini.

Presidennya Lina Soo berkata, partinya tidak mempunyai dana kukuh atau mana-mana taikun dan tauke besar menaja parti mereka.

"Kami bergerak menggunakan duit poket sendiri kerana parti kami ini menghadapi kekurangan dana dan bukannya sebuah parti yang kaya.

"Oleh itu, ASPIRASI memohon jasa baik rakyat Sarawak untuk menyumbang sekurang-kurangnya RM1 setiap seorang untuk membantu parti kami bukan sahaja semasa PRN12 ini tetapi merealisasikan impian kita yang mahukan seorang Ketua Menteri Dayak," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dengan sumbangan tersebut, ujarnya, ia akan memudahkan lagi usaha partinya untuk mencapai sasaran dan impian demi rakyat di negeri ini.

Sementara itu, Soo berkata, ASPIRASI akan bertanding di 20 kerusi DUN pada PRN12 ini manakala rakan gabungannya Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) akan bertanding di 13 kerusi DUN di kawasan Dayak.

Bagaimanapun menurutnya, keputusan muktamad mengenainya belum lagi dapat diperolehi kerana masih membuat pertimbangan.

"Kalau boleh kami mahu bertanding di kesemua 82 kerusi sekiranya ada parti lain mahu bekerjasama dengan kami. Parti lain yang saya maksudkan ialah seperti Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Bumi Kenyalang (PBK) atau parti lain yang berasaskan perjuangan Sarawak sahaja dan bukan parti berasal dari Semenanjung Malaysia atau Gabungan Parti Sarawak (GPS).

"Ini kerana misi kami adalah mahu menumbangkan GPS seterusnya dapat merealisasikan impian kami mempunyai Ketua Menteri Dayak iaitu Bobby William yang merupakan Presiden PBDSB," katanya lagi.

Bercakap mengenai penubuhan Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang merupakan dianggotai bekas ahli-ahli Parti Pekerja Sarawak (SWP), beliau bagaimanapun mengatakan tiada kerjasama dengan parti tersebut memandangkan ia adalah sebuah parti kebangsaan berasal dari Semenanjung Malaysia.

"Dulu SWP adalah anggota gabungan tetapi memandangkan mereka menyertai PBM iaitu sebuah parti umum berkonsepkan parti kebangsaan ia tidak sesuai lagi dengan perjuangan kami.

"Namun dalam politik, musuh dan rakan tidak selamanya kekal begitu juga tiada yang mustahil. Buat masa ini tiada kerjasama dengan PBM," katanya lagi.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PBDSB Julius Enchana berkata, partinya juga turut mengintai 38 lagi kerusi DUN pada PRN12 tetapi ia belum lagi dimuktamadkan.

Ini kerana, jelasnya, PBDSB perlu mengenal pasti calon-calonnya dan tidak mahu calon yang hanya mahu menggunakan tiket partinya untuk bertanding dan selepas itu menghilangkan diri.

Katanya, PBDSB perlu berhati-hati serta meneliti dengan baik perkara ini dan bila tiba masanya pengumuman akan dibuat kelak.

Beliau turut memberitahu partinya juga sudah memuktamadkan untuk meletakkan calon di kerusi DUN Machan iaitu Ngelayang Unau manakala Leo Bunsu di kerusi DUN Ngemah.

"Kami juga berharap masyarakat Dayak turut menyumbang 'RM1 Per Sarawakians' untuk kita mencapai misi mendapatkan seorang Ketua Menteri Dayak yang lama sudah kita impikan," tambahnya lagi.

ASPIRASI dan PBDSB merupakan rakan gabungan dalam Gabungan Anak Sarawak (GASAK) yang turut dianggotai oleh Perikatan Kemerdekaan Sarawak (SIA) dan Sarawak For Sarawakian (S4S).


utusanborneo.com.my/2021/11/22

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.260227 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list