View: 1252|Reply: 0
|
Pejuang Taliban Tak Bengis, Bukan Ekstrimis Agama- Gaji Tetap Pun Tak Ada
[Copy link]
|
|
Kabul: Bengis dan 'ringan jari' untuk melepas tembakan rambang. Itu antara persepsi awal penulis terhadap pejuang Taliban yang dilihat sentiasa mengepit senjata api di mana sahaja berada.
Namun sangkaan itu meleset apabila tentera Taliban ditemui penulis di setiap sekatan jalan raya dan kampung amat mudah menghadiahkan senyuman dan mesra diajak berbual.
Lebih mengagumkan apabila mereka yang ditugaskan mengawal ketenteraman negara ini tidak menerima sebarang imbuhan atau gaji tetap.
Foto: Harian Metro
Salah seorang pejuang Taliban yang ditemui, Ahmad Yar Gulajam, 32, berkata, tuduhan bahawa tentera Taliban ganas dan ektremis agama sebagai 'salah tafsir.'
Menurutnya, pemimpin dan tentera Taliban kini lebih berdiplomasi dan mahu mengambil hati rakyat.
"Kami sedar kesusahan rakyat yang berdepan isu pengangguran dan terputus bantuan makanan selepas tentera asing berambus dari negara ini.
"Kerana itu kami cuba untuk tidak menggunakan sebarang bentuk kekerasan ketika berdepan rakyat. Jika ada, ia mungkin kes terpencil," katanya yang sentiasa membawa rifel AK-47 buatan Rusia.
Ahmad berkata, rumahnya sebelum ini pernah diserang dengan roket oleh tentera asing hingga mengorbankan dua rakan.
"Malah, saya pernah dipenjara dan diseksa tentera asing yang memaksa saya mendedahkan rahsia kedudukan markas Taliban," ujarnya yang mempunyai lima cahaya mata.
Sementara itu, seorang lagi pejuang Taliban, Haji Mulla Mukmin, 55, memberitahu akan terus menyumbang tenaga tanpa mengharapkan imbuhan.
"Jika dahulu kami berjihad menentang tentera musuh tanpa gaji, mengapa sekarang (selepas kejayaan Taliban) kami perlu dibayar gaji?
"Kami berjuang di jalan Allah SWT dan akan memastikan undang-undang Islam dilaksanakan di negara ini. Imej pejuang Taliban turut akan disesuaikan mengikut peredaran zaman," katanya.
Dia yang tidak menolak ketika diajak mengambil gambar bersama mula berjuang menentang penjajahan tentera Soviet Union dan Amerika Syarikat sejak berusia 16 tahun.
Seorang lagi pejuang Taliban, Mansor Mohamad, 35, berkata, pemerintahan Taliban bukan bertujuan menzalimi rakyat sebaliknya memastikan undang-undang syariah dipatuhi. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|