CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1151|Reply: 1

[Kedah] Derma untuk dapatkan gelaran 'Datuk'

[Copy link]
Post time 18-11-2021 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 18-11-2021 09:15 PM

Derma untuk dapatkan gelaran 'Datuk'

Oleh Izad Thaqif Hassan - November 18, 2021 @ 7:51pmbhnews@bh.com.my


Foto hiasan

ALOR SETAR: Gelaran Datuk sebagai ganjaran kepada derma.

Demikian modus operandi digunakan sindiket yang dikesan menjual darjah kebesaran negeri ini yang tidak diiktiraf kepada individu yang mahu mendapatkan gelaran.

Sindiket menghampiri individu terdiri daripada golongan elit serta ahli perniagaan dan mereka kemudian memberitahu pembeli yang berminat boleh memperoleh gelaran itu dengan hanya menyumbang derma kepada 'istana' dalam jumlah tertentu.

Taktik itu terdedah selepas polis menahan seorang ahli sindiket dan pembeli gelaran itu di negeri ini dan Selangor.

Ketika dalam siasatan polis, ahli sindiket yang ditahan mendedahkan taktik itu digunakan untuk memperdaya individu yang mahukan gelaran Datuk.

Susulan itu, polis mengesan dan menahan seorang lelaki berusia 40-an, jam 10 pagi Jumaat lalu, di Selangor yang juga pembeli gelaran palsu terbabit.

Siasatan lanjut terhadap individu yang mendapat gelaran itu, mendakwa menyerahkan wang sebanyak tiga kali kepada ahli sindiket yang semuanya berjumlah RM200,000 pada awal tahun lalu.

Selepas menyerahkan wang 'derma' itu, individu berkenaan kemudian diberikan sijil watikah, plat besi, kad ahli, kad pengesahan nama dan pasport yang tertera gelaran Datuk.

Berikutan itu, polis bertindak menahan beberapa lagi individu yang terdiri daripada ahli sindiket dan juga pembeli darjah kebesaran negeri yang tidak diiktiraf dalam beberapa serbuan susulan.

Ketua Polis negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat, dalam kenyataan hari ini, berkata seramai 19 individu dipercayai terbabit kegiatan penjualan dan penggunaan darjah kebesaran negeri tidak diiktiraf sudah ditahan.

Kesemua mereka ditahan dalam Op Watikah bermula 7 November lalu sehingga semalam, susulan aduan yang dibuat Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Kedah pada 5 Oktober lalu.

Semua suspek terdiri daripada lelaki serta wanita tempatan berusia 30 hingga 63 tahun dan seorang daripada ahli sindiket yang juga kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan menjual darjah kebesaran negeri yang tidak diiktiraf.

Sumber berkata, setakat ini siasatan mendapati ada individu menggunakan gelaran tidak diiktiraf berkenaan tahu wang yang kononnya sebagai derma kepada pihak istana untuk mendapat gelaran Datuk itu hanya satu penipuan.

"Walaupun tahu gelaran yang diperoleh itu palsu, namun mereka tetap menyerahkan wang kerana mahu memiliki kad keahlian, jata negeri dan barangan yang berkaitan dengan darjah kebesaran.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan percaya semua mereka iaitu ahli sindiket dan pembeli gelaran palsu berkenaan akan dituduh dalam masa terdekat," katanya.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2021 02:47 AM | Show all posts
bende btol ape
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.062888 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list