CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1226|Reply: 1

[Kedah] 'Maafkan saya, Mufti'

[Copy link]
Post time 18-11-2021 07:25 PM | Show all posts |Read mode
'Maafkan saya, Mufti'

Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 18, 2021 @ 3:47pmbhnews@bh.com.my


Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang media selepas Sidang DUN, di sini, hari ini. - Foto Ihsan Pejabat Menteri Besar



ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Nor, selepas mengaitkan aktiviti perjudian dengan negeri itu sebelum ini.

Muhammad Sanusi menjelaskan, teguran itu diterimanya secara baik selain turut berterima kasih kepada Wan Salim yang juga pensyarahnya ketika menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM).

"Saya terima teguran daripada Wan Salim, dia adalah guru saya di USM dahulu. Ia hanya gurauan saya, sekiranya beliau berasa hati saya minta maaf. Terima kasih atas tegurannya.

"Saya bukan bermaksud menyatakan Pulau Pinang itu tempat judi, tetapi kalau Pulau Pinang tidak mengharamkan premis perjudian, sesiapa yang mahu beli (judi) boleh pergi ke Pulau Pinang sebab di sana ada premis yang beroperasi.

"Di Kedah kita sudah tamatkan semua operasi premis perjudian, mereka tak dapat beroperasi, mereka boleh pergi ke tempat yang ada operasi.

"Itu maksud saya dan bukan hendak menghina Pulau Pinang," katanya pada sidang media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
I
snin lalu, Mufti Pulau Pinang itu dilapor menegur Muhammad Sanusi supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan menjaga imej sebagai pemimpin kerajaan negeri yang dihormati.

Teguran itu dibuat berikutan kenyataan Muhammad Sanusi mengaitkan kegiatan judi dengan Pulau Pinang yang dianggap sebagai sesuatu yang mendukacitakan dan tidak wajar.

Muhammad Sanusi turut berharap, Wan Salim dapat menasihatkan kerajaan Pulau Pinang mengambil langkah sama seperti dibuat Kedah untuk tidak memperbaharui lesen premis perjudian.

Sementara itu, beliau memaklumkan pihaknya bersedia menghadapi tindakan mahkamah dibuat mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian.

Tegasnya, keputusan tidak memperbaharui lesen premis perjudian adalah muktamad dan tiada rundingan akan dilakukan berhubung keputusan itu.

"Saya tidak menghalang mana-mana pihak mengambil tindakan yang dirasa perlu untuk mempertahankan premis perjudian, saya bersedia kerana tindakan yang diambil kerajaan negeri juga berdasarkan undang-undang.

"Ini bukan isu mengenai kaum Cina, India atau Melayu, tetapi ini adalah keputusan untuk mengharmonikan rakyat di negeri ini," katanya.












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2021 03:12 AM | Show all posts
"Ini bukan isu mengenai kaum Cina, India atau Melayu, tetapi ini adalah keputusan untuk mengharmonikan rakyat di negeri ini," katanya.
suka ayat nie...kalaulah buat satu malaysia kan harmoni...entah sapa lak yg panas pulakkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.390787 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list