CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1625|Reply: 5

Remaja Mungkir Janji Dengan Bapa Sebab Tak Kuat Lawan Ketagih Syabu Dicekup

[Copy link]
Post time 17-11-2021 06:13 PM | Show all posts |Read mode
Remaja yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Flat Sri Perantau pada Rabu mendakwa, terpaksa mungkir janji kepada ayahnya untuk meninggalkan dadah kerana tidak mampu mengatasi ketagihan.


Remaja berusia 16 tahun dikenali sebagai Zul itu memberitahu, dia mula menagih dadah jenis syabu sejak hampir setahun lalu gara-gara ingin mencuba bahan terlarang itu.








"Saya sekadar hendak mencuba ambil dadah tetapi tak sangka akhirnya terjebak dalam penagihan. Apabila ayah tahu saya ambil syabu, dia pernah pukul dan saya berjanji kepada dia untuk berhenti menagih dadah. Malangnya, saya tidak boleh lawan ketagihan ini," katanya kepada Sinar Harian.


Remaja yang tidak lagi bersekolah itu antara 27 individu diberkas dalam Operasi Selangor Mengawal Ancaman Realiti Dadah (SMARD) oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Flat Sri Perantau di sini pada Rabu.


Menurut remaja tersebut, sebelum itu gara-gara ingin mencuba rokok, dia terus terjebak menghisap rokok sejak berusia 14 tahun dan kemudian terlibat dalam penagihan dadah.


"Demi janji kepada ayah, saya cuba tak ambil syabu untuk sehari tetapi saya tidak boleh lawan ketagihan. Saya tidak dapat hendak buat kerja dan menjadi gelisah sepanjang hari," katanya.


Sementara itu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Klang Mohd Shahrizal Mohd Salleh berkata, SMARD merupakan inisiatif bersepadu menangani masalah penyalahgunaan dadah, substan dan pelencongan sosial menggunakan peruntukan kerajaan negeri Selangor menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Selangor 2021.


"elaksanaan inisiatif ini adalah strategi lima tahun (2021-2025) melibatkan 13 kawasan berisiko tinggi di Selangor termasuk Flat Sri Perantau, Pelabuhan Klang.


"Objektif operasi adalah membanteras dan mengambil tindakan terhadap aktiviti penagihan dan pengedaran dadah di samping membersihkan port yang menjadi sarang penagihan dadah," katanya.


Menurutnya, Flat Sri Perantau terdapat 12 blok bangunan dengan sebanyak 1,658 pintu rumah dan kapasiti keseluruhan adalah seramai 7,405 penduduk.


"Antara masalah dikesan adalah penagihan dan pengedaran dadah, transit tokan dadah, kecurian kenderaan, masalah pelajar keciciran dan ponteng sekolah serta keruntuhan institusi keluarga," katanya.


Dalam pada itu, Penolong Pengarah AADK Negeri Selangor Mohd Firdaus Abu Bakar berkata, sebanyak dua siri operasi SMARD dijalankan di kawasan tersebut.


"Sebanyak 10 operasi aduan telah dilaksanakan di kawasan ini oleh AADK sepanjang 2021. Setakat operasi yang diadakan hari ini, seramai 27 individu didapati positif dadah antaranya melibatkan methapatamine, opiat dan ganja," katanya.


Tambahnya, keseluruhan tangkapan bagi tahun 2021 setakat ini adalah seramai 87 individu berumur dari 16 hingga 50 tahun.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah…kesian nya dik…semoga cepat kembali ke pangkal jalan, kuat semangat untuk berubah..aameen
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez: Allah…kesian nya dik…semoga  ...

Mati ajeer ubat penagih syabu ni..simpan2 nanti sembelih mak pak pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh Tuhan.. harap kau boleh pulih.. semoga keluarga forumer dijauhkan dari najis dadah yg banyak beri keburukan pada diri sendiri, masyarakat, dan negara..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Belia benci dada!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts

Menurutnya, Flat Sri Perantau terdapat 12 blok bangunan dengan sebanyak 1,658 pintu rumah dan kapasiti keseluruhan adalah seramai 7,405 penduduk.

Average 6 orang dalam satu rumah [em:13:]

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.529548 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list