CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1321|Reply: 0

Rakyat Malaysia dihukum mati di Singapura

[Copy link]
Post time 16-11-2021 11:03 AM | Show all posts |Read mode



Singapura: Mahkamah Tinggi di sini, menjatuhkan hukuman hati kepada seorang lelaki Malaysia yang didapati bersalah memiliki serbuk seberat 6.3 kilogram (kg) yang kemudian didapati mengandungi heroin seberat 57.54 gram (g).

Hakim Audrey Lim menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Munusamy Ramarmurth, 39, pada satu prosiding, Rabu lalu.

Undang-undang Singapura memperuntukkan hukuman mati jika jumlah heroin yang diperdagangkan melebihi 15 g.

Lim dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan pada Isnin (semalam) berkata, mahkamah menolak pembelaan tertuduh dalam kes itu.

Munusamy, yang bekerja di Singapura selama 14 tahun, ditahan pada tengah hari 26 Januari 2018, di dalam bilik pekerja pembersihan di Harbourfront Centre Tower 2, di sini.



Dia kemudian dibawa ke motosikalnya yang diparkir di kawasan parkir terbuka di Keppel Bay Tower.

Polis menemukan plastik merah yang mengandungi dadah berkenaan di kotak belakang motosikalnya.

Disiarkan pada: November 16, 2021 @ 10:30am


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.081868 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list