CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1370|Reply: 1

[Dunia] Masalah betul! Di luar, dia humban budak dari tingkat 10, di dalam penjara dia liwat banduan masa mandi

[Copy link]
Post time 16-11-2021 08:11 AM | Show all posts |Read mode
Dalam pun dia buat hal
Agensi

London: Seorang lelaki di United Kingdom (UK) yang menjalani hukuman penjara kerana menghumban budak dari tingkat sebuah muzium kini ditangkap kerana meliwat banduan lain.

Daily Star melaporkan perbuatan Jonty Bravery, 20, dipercayai menodai banduan terbabit ketika mandi di penjara Belmarsh, dekat tenggara bandar ini.

Portal itu melaporkan perbuatan lelaki itu terbongkar selepas mangsa memberitahu banduan lain, yang kemudian memaklumkan pegawai penjara mengenai kejadian berkenaan.

"Polis masuk ke penjara pada Khamis dan menangkap Jonty. Dia disoal siasat selama berjam-jam," kata seorang sumber kepada akhbar The Mirror.

"Seorang lelaki berusia 20-an ditahan kerana disyaki meliwat dan dibawa ke balai polis London Selatan.

"Dia dibebaskan dan dihantar semula ke penjara. Siasatan sedang dijalankan," kata jurucakap polis Metropolitan UK.

Sementara itu, jurucakap Perkhidmatan Penjara berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan polis bagi membantu siasatan.

Bravery yang autisme dan pada usia 17 tahun, dia menghumban seorang budak lelaki Perancis berusia enam tahun dari tingkat 10 bangunan Muzium Tate di tengah London, pada Ogos 2019.

Berikutan itu, Bravery dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, minimum 15 tahun untuk kesalahan dilakukannya.

Insiden itu menyebabkan mangsa mengalami pendarahan otak dan tulang belakang patah berikutan kecederaan yang dialami akibat tercampak.

Keluarga mangsa tidak pernah mendedahkan identiti Bravery, tetapi memberikan maklumat terkini mengenai perkembangan anak mereka.

Mereka juga berkongsi perjuangan kanak-kanak lelaki berkenaan untuk kembali berjalan dan makan.

Tetapi, bulan lalu, keluarga itu mendedahkan mangsa yang kini berusia lapan tahun sudah kembali ke sekolah.

"Mengenai 'pahlawan kecil' kami, ujiannya di sekolah berjalan dengan baik, berada dalam keadaan selamat dan dia gembira untuk pergi (ke sekolah)," kata ibu bapa kanak-kanak berkenaan dalam kenyataan bersama.

Disiarkan pada: November 16, 2021 @ 6:45am
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2021 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Panjang umur budak tu.. tingkat 10 tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.053814 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list