CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1494|Reply: 3

Pengantin Curi Lamborghini Tetamu Kemalangan Lepas Berlumba

[Copy link]
Post time 15-11-2021 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Sepasang pengantin baharu terpaksa bermalam di hospital pada malam pertama perkahwinan mereka selepas pengantin lelaki menyebabkan kereta mewah Lamborghini bernilai 200,000 pound (RM1.11 juta) terbakar selepas terbabit kemalangan.


Lapor Daily Mail, Mahkamah Bradford Crown mendengar kes Ali Zaman yang memandu kereta mewah itu sehingga kemalangan selepas dia didapati berlumba dengan pengguna jalan raya lain.




Kredit foto: Daily Mail




Ketika kejadian, Ali, 26 bersama isterinya membawa Lamborghini milik seorang daripada tetamunya untuk keluar bersiar-siar selepas majlis perkahwinan mereka pada 15 Februari 2020.


“Semasa berhenti di lampu isyarat di Bradford, West Yorkshire, Ali tunjuk ‘hebat’ dengan kereta tersebut dan mencabar seorang pemandu untuk berlumba dengannya.  


“Ali kemudiannya memecut laju sebelum kereta yang dipandunya bertembung dengan kenderaan pemandu yang dicabarnya untuk berlumba,” jelas laporan itu.


Ali dan isterinya mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu.


Satu rakaman video selepas insiden rempuhan itu menunjukkan kereta sport tersebut terbakar dan anggota perkhidmatan kecemasan bergegas ke tempat kejadian.


Mahkamah dimaklumkan, Ali memandu kereta Lamborghini Huracan berwarna hijau itu tanpa pengetahuan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinannya.




Kredit foto: Daily Mail




Tetamu itu meletakkan kereta Lamborghininya di luar dewan dan meninggalkan kunci kereta dalam poket kotnya ketika memasuki ke majlis perkahwinan itu.


Namun, apabila tetamu itu mahu bertolak pulang, dia menyedari kunci keretanya sudah hilang.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Infiniti bodoh dia ek... Padan muka.. Cash!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tetamu tu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.222098 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list