|
|
Sampai sekarang Siti Saleha masih kunci mulut dan langsung tak kongsi tentang masalah rumah tangganya yang berantakan sampai bertindak memfailkan penceraian.
Saleha juga meminta orang ramai dan pihak media supaya menghormati pendiriaanya.

Foto: IG
"Sebelum ini saya sudah memberitahu media. Saya berharap supaya mereka menghormati pendirian saya dan berikan saya ruang. Saya tidak boleh nak cakap apa-apa.
"Ramai yang tahu termasuk peminat bahawa saya seorang perahsia. Saya memang tidak mahu komen apa-apa tentang kehidupan peribadi saya,” katanya seperti dipetik di Kosmo.
BACA: Rumah Tangga Bermasalah, Siti Saleha Tuntut Cerai
Walaupun dilanda masalah besar, namun pelakon ini berada dalam keadaan baik.
"Hormati kehidupan peribadi saya. Cuma saya nak semua orang tahu bahawa saya okay. Benar, penceraian ini merupakan satu ujian."
Saleha juga tak mahu jawab sama ada dia masih tinggal sebumbung dengan suaminya lagi atau pun tidak.
"Apa yang saya boleh cakap ialah, ya, saya failkan kes cerai dengan kebenaran mahkamah. Itu sahaja. Selanjutnya saya tidak mahu komen. Terima kasih."
Siti Saleha dan Ahmad Lutfi berkahwin pada 28 Julai 2017. -CARI
|
|