View: 5405|Reply: 72
|
Sibuk Gilakan Budaya Orang Luar, Filem Malaysia Ketinggalan– Zizan Razak
[Copy link]
|
|
Industri perfileman tanah air disifatkan sedikit ketinggalan berbanding negara-negara yang sudah jauh maju ke hadapan dalam bidang tersebut.
Perkara tersebut diakui Zizan Razak dan menurutnya, banyak ruang yang boleh diperbaiki.
Lihat sahaja fenomena ciptaan Korea Selatan seperti Squid Game yang kini merupakan siri nombor satu dalam laman penstriman, Netflix.
Foto: IG
Atas dasar keprihatinan sebagai seorang pemain seni, Zizan berpendapat, perlu ada kemajuan dari segi idea agar seni perfileman tempatan dapat terus menuju ke hadapan.
Kata pemilik nama lengkap Muhammad Razizan Abdul Razak itu, Malaysia bukan kekurangan idea untuk menghasilkan filem-filem yang berkualiti tetapi dari segi pelaksanaan, masih banyak perihal yang perlu diperbaiki.
“Kalau tanya sama ada saya risau orang tak pergi ke panggung wayang sejak kebelakangan ini, jawapan saya, tidak. Saya lebih risau kalau orang kita tak buat kandungan berkualiti.
“Kita tak boleh ikut kandungan (siri atau filem) macam Amerika Syarikat atau Korea Selatan. Mereka yang kena tengok kita punya, sebab banyak lagi perkara menarik tentang orang kita tetapi tidak ditonjolkan di mata dunia.
“Sebagai contoh, Thailand terkenal di Hollywood dengan filem Ong Bak dan cerita-cerita hantu mereka. Filem-filem mereka memang meletup sebab bawa sekali budaya,” katanya usai sidang akhbar mengumumkan kerjasama antara Astro dan Netflix di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC) Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Ujar Zizan yang cukup dikenali menerusi filem Abang Long Fadil, negara-negara yang hebat dalam dunia perfileman bukan sekadar menjual karya tetapi turut menyuntik budaya dalam kerja mereka.
“Contohnya, Squid Game. Lihat bagaimana orang Korea Selatan mengangkat budaya mereka dan berbangga dengan apa yang dimiliki. Mereka memasukkan nilai kehidupan melalui seni bernama filem.
“Tengok filem Parasite. Mereka mengetengahkan kehidupan yang kita sendiri tak perasan pun wujud dalam dunia ini. Kita tonton filem mereka dan rasa terkejut dengan apa yang diketengahkan,” tutur Zizan, 37.
Bukan ingin terlalu memandang tinggi karya filem negara luar, namun bagi Zizan, pemain industri perlu berpijak di bumi yang nyata.
Katanya, usah terlalu terkejar-kejar dengan teknologi yang dipaparkan (dalam filem) sebaliknya letakkan apresiasi untuk jalan cerita dan representasi budaya.
“Kita ada Mak Yong, wayang kulit dan silat. Banyak lagi perkara-perkara yang mencerminkan budaya kita termasuk makanan tradisional seperti budu, belacan dan sebagainya.
“Cuma masalahnya sekarang, kita tidak berupaya ketengahkan semua itu. Kita sibuk gilakan budaya orang luar. Contohnya kimchi. Sedangkan saya rasa, banyak perkara unik yang boleh dikongsikan dengan dunia luar tentang Malaysia,” getus Zizan.
Melanjutkan bicara, pelawak dan pelakon yang sudah melalui sepak terajang dunia hiburan selama hampir 15 tahun itu memaklumkan, dia tidak terlalu memikirkan tentang keberadaan atau relevansi dirinya dalam dunia seni.
Menurutnya, apa yang paling mustahak adalah dapat meneruskan langkah dalam cabang seni dengan meninggalkan ilmu buat generasi baharu.
“Tak kisah tentang nombor. Sama ada filem lakonan saya nombor satu atau tidak, itu bukan apa yang saya kisahkan.
“Apa yang saya gusarkan sekarang, tiada idea untuk mendidik masyarakat, generasi baharu atau mereka yang tonton karya-karya lakonan saya,” ujarnya.
Diajak berbicara tentang budaya orang kita yang segelintirnya bersifat skeptikal terhadap karya tempatan, Zizan berkata, penonton tidak bersalah dalam hal tersebut selagi usaha untuk membikin filem berkualiti bergerak perlahan.
“Tak boleh salahkan penonton. Mereka berhak memilih. Saya bagi contoh, sesetengah orang suka menggayakan pakaian berjenama mewah seperti Gucci dan ada juga yang gemar dengan jenama biasa. Konsepnya begitu.
“Kalau hidangan yang diberi kepada pelanggan tidak menepati cita rasa, mereka berhak beralih ke kedai makanan lain. Justeru, kalau nak orang kita tonton filem tempatan, perlulah datang dengan sesuatu yang ‘sedap’,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
awal2 kaka check in login masuk nak menghencap...
ok dia ada point... tapi masalahnya filem malaysia ketinggalan sebab engkooo jugakkk dikkkk...
pelakon hauk kepam dan hidung parrot macam kopok losong yang takde market untuk negara luar...
lepastu filem2 ko berlakon semua sampah sarappppp masa mula2 dulu... filem2 baru pun gigih ambil herooo kepam haukkkk yang dah tua krepot tinggal nak menopos masuk 40an tak kahwin2 lagi...
mana tak ketinggalan perfileman malaysia ni...
taste budak2 muda makin tinggi jadi kena la catchup dengan taste dan kualiti yang deorang nak...
jangan kata kami tak support... kami dah tonton... beli tiket tengok wayang semua tapi kualiti masih taraf2 tu sajorkkk... elok la kambuihhh jah dengan panggung2 wayang sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
aku lagi sanggup tgok citer negara luar drp nk tgok muka zizan ni. sori bang! |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia balik2 citer megah holdings, kawin paksa, rempit bohsia lu langsi. tak pun adaptasi novel cintan cintun tak berpijak di bumi nyata. bosan weii
pastu amik pelakon yang ramai followers. mmg tak ke mana la.korea pelakon dia mostly ada background lakonan, art |
|
|
|
|
|
|
|
Termasuk ler ko zizan jadi penyebabnyer
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rosannazmia at 15-11-2021 09:32 AM
Ada point tp asik nak sebut budaya luar.. LAME giler.. Hey ello satu makluk je guna tajuk film ade kimchi, itu flop, xde nye org nak tgk cete2 gitu..bg free baru hakak nak tgk.. LuLz.. South Korea punya industry perfileman/drama (mostly) pon byk beno censorship, tu the best of the best pg netflix.. Aku baca tajuk drama baru yg tyg kat netflix pon x selere.. Ada baju ke apa migha nye tu nama pon x selere nak tgk.. Amacam acik2 ok tak drama tu? Xpe nnt hakak tgk lah bg sokongan, tp bersedia utk disappointed tu kena ada.. And satu lagi situsi parasite tu merata di seluruh dunia kondisi berbeza tp akar masalah ttp sama.. Macamana enko kata x perasan?? Tu ler lama sgt atas kayangan *side eyez* |
|
|
|
|
|
|
|
ntah laa lame dah tak tgk drama n filem melayu. sebab semua kisah cintan cintun. anak orka dgn org miskin. try laa buat something yg fresh contoh klu drama psl kes2 terhangat masa kini. scene dlm mahkamah ke, cerita pasal forensik ke, pasal life polis atasan ke pasal vat69 bagai sume tu. org nak tgk yg real life. bukan fake cinta tak habis2 |
|
|
|
|
|
|
|
Ulang3 cite psl rempit, bohsia sampai kiamat..choiii |
|
|
|
|
|
|
|
Kau pun ntah ape2 zizan. Filem2 lakonan kau elok sangat ke? Mengetengahkan budaya malaysia??
Retis malaysia kalau bab bagi komen/pendapat mmg "pandai" dan suka sangat perasan bagus..
Komen zizan pasal filem Parasite tu...alahaiiii. Patutlah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebabbbbbbbbbbbbbbbbb kau jugakkkk...cerita bodoh dan membodohkan diri sanggup je saukkkk...asalkan ada job lebat kan... apa salahnya kau ada pengaruh besar, create atau berlakon dalam naskah yang macam kau sebutkan tu wahai parrot losong oiii..
ini balik-balik watak ko pun lebih kurang nok... watak jin pondan pun saukkkkkk gaia gaia gaia... |
|
|
|
|
|
|
|
“Kalau tanya sama ada saya risau orang tak pergi ke panggung wayang sejak kebelakangan ini, jawapan saya, tidak. Saya lebih risau kalau orang kita tak buat kandungan berkualiti.
***********************
ko pun zizan kena gak cari produk kualiti...jgn pandai tangkap muat saja
malaysia ni ada saja drama yg tak ada cintan cintun dan megah holdings, mcm drama scammer, i-tanggang tp promosi kurang kot, atau mindset malaysia masih dgn drama melayu kul 7..
kdg2 kta sbg penonton pun x nak buka minda...klu dah asyik buka tv3 kul 7 mmg itu saja la drama yg ada..try buka drama tv1 kul 7 ka..kul 9 ka..mesti ada drama yg lain pulak...
|
|
|
|
|
|
|
|
filem/drama luar byk buat kajian dgn dunia reality..
contohnya kalau pasal perubatan/forensik.. pelakon2 kena pi training or whatsoever pasal perubatan/forensik.. baru nampak real cerita tu.
filem/drama malaysia?? krik..krik..krik...
sudahnya malaysia tetaplah dgn cerita kawin paksa & megah holding sampai AJM. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry lah mcm dah hilang minat nak layan citer melayu sekarang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia ni kalau buat cter pasal politik mesti kebaboomm. Bnyk kes2 boleh buat storyline menarik. Ko ambk jln cter je dh la. Tp tu la mslhnye.. Org2 atas ni xleh petik sikit, terasa sikit, samannnn |
|
|
|
|
|
|
|
karya budaya luar bagus untuk rujukan. lepastu org malaysia boleh lah gubah ikut kretiviti..... kalau karya malaysia je ko nak rujuk boleh lah tengok karya-karya kau yang sendu tu. buat lawak pun dah basi, belakon kayu, nyanyi tak de harapan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada benarnya dah berpuluh tahun asyik macam tu juga malu ler dengan negara jiran |
|
|
|
|
|
|
|
Anddd........kau buka restoren korea....prinsipnye zizan, asal boleh buat duwet gitu..... |
|
|
|
|
|
|
|
ye zizan. mmg cite melayu boring.
tambak plak kalau kau yg berlakon. super boring. |
|
|
|
|
|
|
|
Yelah tu habis tu yg ko buka restoran korea tu apa kes ?
Overrated ayam cheese tu teokboki segala macam tu
Baik ko buka restoran nasi campur melayu
Tu yg org melayu cari bila lapar
Tekak org melayu |
|
|
|
|
|
|
| |
|