|
Kuala Lumpur: Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah hari ini mengesahkan bahawa dia bakal memasuki cabaran baru dengan mengumumkan menyertai Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) musim depan.
Hafizh yang kini berada di Sepanyol untuk perlumbaan Grand Prix Valencia yang juga perlumbaan terakhir musim ini akan menyertai pasukan MIE Racing Honda Team menggunakan jentera CBR1000RR-R.
Berpengalaman lapan tahun beraksi di Kejuaraan Motosikal dunia dalam kelas Moto2 dan MotoGP, Hafizh, 27, akan bergandingan bersama pelumba Argentina, Leandro Mercado yang ketika ini berada di tangga ke-21 keseluruhan dalam carta pelumba bagi kelas perdana di WSBK, WorldSBK.
Perkembangan terbaru itu memberi khabar gembira buat peminat permotoran negara yang akan terus dapat melihat kelibatnya terus beraksi.
"Terima kasih kepada Midori Moriwaki kerana bertemu saya di Valencia, Kejuaraan Dunia terakhir saya sebagai pelumba Moto2.
"Saya akan berlumba di WorldSBK pada tahun 2022 dengan MIE Racing Honda Team. Harap dapat buat yang terbaik.
"Saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk tahun 2022 nanti. Terima kasih sekali lagi kepada semua di atas sokongan yang diberikan selama ini," katanya.
Sementara itu, Prinsipal Pasukan, Moriwaki gembira untuk mengumumkan Hafizh bakal berlumba bersama pasukannya bagi musim 2022.
"Kami yakin dengan kemampuan Hafizh dan sudah mengikuti perkembangannya sejak dari dia menyertai perlumbaan wildcard dalam kelas Moto2 lagi bersama motosikal Moriwaki (di Grand Prix Malaysia 2011) pada usia 16 tahun.
"Dia seorang pelumba yang berbakat, kompetitif dan berharga buat pasukan kami di Kejuaraan Superbike Dunia," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... izh-sah-sertai-wsbk
|
|
|
|
|
|
|
|
HAFIZH (kiri) bersama Midori Moriwaki. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah hs55...org luar hargai org sendiri tak support plak |
|
|
|
|
|
|
|
gud luck dalam wsbk 2022 |
|
|
|
|
|
|
| |
|