View: 2272|Reply: 24
|
Lelaki Baling Batu Di Lebuh Raya Sebab Tak Puas Hati Selalu Dihimpit Lori
[Copy link]
|
|
Lelaki berusia 34 tahun ditahan polis kerana cuba mengulangi perbuatan membaling batu ke arah kenderaan dari jejantas lebuh raya di Jalan Wang Tepus menghala ke Bandar Darulaman Jitra, dekat sini kira-kira jam 1.45 petang pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, sebelum kejadian satu pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu dan Cawangan Pencegah Jenayah (CPJ) Balai Polis Jitra mengesan suspek menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam keadaan mencurigakan berhenti di atas jejantas tersebut.
Suspek ditahan pasukan polis dari IPD Kubang Pasu selepas menemui dua ketulan batu yang terdapat di dalam raga motosikalnya di jejantas lebuh raya di Jalan Wang Tepus menghala ke Bandar Darulaman Jitra, pada Rabu.
Menurutnya, anggota polis terus menghampiri suspek selepas melihatnya mengambil sesuatu di dalam raga motosikal dan hasil pemeriksaan, polis menjumpai dua ketul batu di dalam raga kenderaan itu.
"Hasil siasatan mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian membaling batu dari atas jambatan lebuh raya seperti laporan polis yang telah dibuat sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di IPD Kubang Pasu pada Rabu.
Mengulas lanjut, Rodzi berkata, berdasarkan siasatan, suspek mengakui melakukan perbuatan tersebut disebabkan rasa tidak puas dan marah kepada pemandu-pemandu lori yang menghimpit motosikalnya sebelum ini.
Menurut beliau, hasil ujian air kencing dilakukan terhadap lelaki itu juga mendapatinya positif dadah jenis methamphetamine, selain suspek turut mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan kes jenayah dam dadah.
"Tangkapan dan rampasan barang kes telah dilakukan. Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
"Suspek juga kemungkinan akan disiasat di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya," katanya.
Tambah beliau, dua laporan polis diterima oleh pihaknya manakala sebanyak tiga laporan pula diterima oleh Projek Lebuh Raya Utara Selatan Berhad (Plus) berhubung kejadian tersebut.
Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan polis menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti individu yang membaling batu ke arah kenderaan yang melalui Jambatan Bandar Darulaman di KM 32.6 Lebuh Raya Utara Selatan seperti ditularkan dalam media sosial sejak Ahad.
Polis telah mengesan satu hantaran video dan WhatsApp yang tular berkaitan kenderaan dibaling batu oleh individu tidak dikenali ketika melalui jambatan tersebut.
Sumber: Sinar Harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku pon tak puas ati org sorok minyak masak plastik..tp takde plak nak bako kedai annei tuh...bodo |
|
|
|
|
|
|
|
Ko x puas hati dgn lori tu pi la himpit balik dgn moto ko tu |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 11-11-2021 12:12 PM
Ko x puas hati dgn lori tu pi la himpit balik dgn moto ko tu
Ni pangai samseng jingjang taik kucem, kalau ko zoom plet motor konfirm mula dgn J
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Konsepnya you dont ride beside another vehicle.
Either you are at the front or back |
|
|
|
|
|
|
|
elok baling dia pulak ke bawah tu biar kena gelek dengan lori..
dasar taik dadah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kena cekup banyak pulak beralasan |
|
|
|
|
|
|
|
Kau dah dah stone himpit lori pastu perasan lori himpit kau. kalau lori impit kau dah arwah dah shaitonnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
belajar dari org politik atau UMNO kot
|
|
|
|
|
|
|
|
awat kedah ni banyak kes matpit lately? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Gary9355 at 12-11-2021 12:12 PM
Thanks for the update and quick reply. I'll be sure to keep an eye on this thread. UPSers Login |
|
|
|
|
|
|
|
Alasannya pun hai!
Dah ko tu jenis gatal tangan, lori pulak nak disalahkan |
|
|
|
|
|
|
|
Teruk sangat matpet ni..campak la dia ke bawah pulak, hidup menyusahkan orang, tak dpt dadih dikelar pulak makbapak |
|
|
|
|
|
|
|
Kekadang mat pet ni
Nak je kambusss hidup2
Menyusahkan orang jahhhh
Melainkan deyol nak berubah |
|
|
|
|
|
|
|
baling batu sebab makan batu kemudian lori dipersalahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
besar gak batu2 yg dia bawak dlm bakul muto dia tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
mat pet rupenye. matpet helok mati je. nyusahkan org. tp nti harith iskander kate kejam. tak setuju dgn death penalty |
|
|
|
|
|
|
|
Entah dia halusinasi dia cakap pulak lori himpit. Series ini memang kelakar. Pendadih ni mati kambus diri lagi bagus la. Semak pusat serenti je membazir cukai orang |
|
|
|
|
|
|
|
Hanjing. Dah miskin cekik dadah je kerje ko, ko pegi jeles pulak baling2 batu dkt kereta orang. Mampos org nak repair, hanjing. Kang accident ke apa, sbb terkejut. Bodoh punya hanjing.
Patut suruh dia makan batu tu, baru dia tau. Selalu sgt isap batu, otak jadi mereng. Tah bila2 lori himpit ko. Setan yelah himpit ko masa ko tgh weng. Bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
org gila mcm ini layak masuk hospital gila..bahaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|