View: 1153|Reply: 2
|
Masuk Hospital, Reen Rahim Sakit Apa?
[Copy link]
|
|
“Doakan Reen okey. Minta maaf pada semua yang Reen terpaksa cancel (batal) mesyuarat, acara dan sebagainya untuk minggu ini”.
Demikian hantaran ringkas yang dimuat naik pelakon sensasi Reen Rahim dalam Instagramnya berkenaan status terkini kesihatannya.
Kredit foto: IG Reen
Pada hantaran tersebut, Reen turut memaparkan tangan kirinya yang dicucuk drip dan dipercayai sedang menerima rawatan di salah sebuah hospital.
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tertanya-tanya mengenai punca dia dimasukkan ke pusat perubatan tersebut.
Kredit foto: IG Reen
“Kenapa tu. Reen sakit apa? Semoga cepat sihat dan sembuh seperti sedia kala.
“Kau da kenapa. Itulah suka sangat melompat-lompat kan dah mendapat. Cepat sembuh tau.
“Lepas ni jangan hiking (mendaki) dan selalu sangat kerap ke gim, jangan nak angkat berat selalu,” tulis netizen yang turut menebak pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu dimasukkan ke wad akibat keletihan melampau.
Sementara itu, percubaan Kosmo! untuk mendapatkan respons Reen gagal selepas panggilan dan pesanan WhatsApp tidak berbalas.
Terdahulu, pada Hari Raya Aidilfitri lalu, pemilik nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, disahkan positif Covid-19 dan terpaksa beraya serta menjalani kuarantin kendiri secara berasingan daripada keluarga tersayang.
Sumber: K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Sakit gedik kot... Kan tergedik2 nak hiking & gym katanya... Bahaya betul menggedik dan menggelabah tek macam @kiah_mai_pulak tak pasal2 nanti kena tusukan benda tajam masuk air. Kalau tusukan benda tumpul dari doktor herlokkk tu takpe jugak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|