CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10185|Reply: 96

'Adam Dah Tiada'

[Copy link]
Post time 10-11-2021 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Enam tahun bergelar duda, penyanyi Adam akui tidak pernah menutup pintu hati atau serik untuk mencari pasangan hidup.


Adam,38, yang kini mahu dikenali sebagai Pengiran Adam berkata, dia kini sudah bersedia untuk bergelar suami dan menyerahkan soal jodoh itu kepada ketentuan Allah SWT.




Kredit foto: IG Adam




"Tak ada istilah serik, kalau ada jodoh esok pun saya boleh kahwin.


"Tapi tengoklah dari 2016 saya masih duda sampai sekarang masih tengah mencari. Memang tak ada serik, jodoh ajal maut di tangan Allah," katanya kepada mStar.


Ujar Adam, dia pernah berkenalan dengan seorang wanita, namun cinta tersebut putus di tengah jalan.


"Sebelum ini saya ada berkawan dengan orang lain yang saya berkenan... tapi tak jadi.


"Ada yang saya minat tapi dia pula tak minat dengan saya, nak buat macam mana kena jujur je la.


Adam ​​ ditemui pada majlis pelancaran program realiti TV AlHijrah pada Isnin yang diadakan di sebuah restoran di Oakwood Hotel.


Sementara itu, mengulas tentang hubungan dengan bekas isterinya iaitu Fiza Halim, Adam berkata mereka masih mengekalkan hubungan baik.


"Saya masih berhubung dengan bekas isteri yang mana kami saling bertanya khabar.


"Cuma ketika dia berkahwin itu, kami berhenti berkomunikasi kerana tidak manis memandangkan dia sudah menjadi isteri orang.


"Ada sesekali komunikasi, kami akan berkongsi rasa dan bertanya khabar. Malah, anak dia pun pernah menjadi anak saya juga suatu ketika dahulu," ujarnya.




Kredit foto: IG Adam




Sementara itu, mengulas tentang nama baharu Pengiran Adam, katanya, dia mahu memulakan sesuatu yang baharu dan segar dalam industri seni.


"Bagi saya Adam sudah tiada dalam industri seni, saya mahu sesuatu baharu dan fresh. Oleh itu saya kini mahu gunakan nama dan keturunan keluarga saya" ujarnya pemilik nama sebenar Mohd Aizam Mat Saman.


Untuk rekod, Adam berkahwin dengan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 39, pada September 2013 dan bercerai pada April 2014.


Namun rujuk pada tahun yang sama kemudian pada 28 Disember 2015, pasangan ini bercerai kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.


Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2021 04:07 PM | Show all posts
Sementara itu, mengulas tentang nama baharu Pengiran Adam, katanya, dia mahu memulakan sesuatu yang baharu dan segar dalam industri seni.


Bagi saya Adam sudah tiada....

Ate kat nama baru pun ade sejenis Adam jgk. Cane tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 04:12 PM | Show all posts
apa lagi... GV8 laa....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 04:14 PM | Show all posts
i ingat dah meninggalkan dunia tadi...

apepun good luck lah untuk nama baru tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo kembali dgn isim
Berpengiran bagey
Mmg org sblh kampung air ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan dah innaalillah..ayat tak sesuai musim2 kobid nihh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2021 04:16 PM | Show all posts
GV contestant juga?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 04:16 PM | Show all posts
pengirannnnn pulakkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2021 04:27 PM | Show all posts
Edited by AshkieLa at 10-11-2021 04:29 PM
"Bagi saya Adam sudah tiada dalam industri seni, saya mahu sesuatu baharu dan fresh. Oleh itu saya kini mahu gunakan nama dan keturunan keluarga saya" ujarnya pemilik nama sebenar Mohd Aizam Mat Saman.

ingatkan nama sebenar memang ade pengiran tu..
rupanya jauh drpd yg asal even "Adam" tu pun... dah macam spesis Nadia Brian tu pulak.. apo
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 04:42 PM | Show all posts
dah tau nak guna nama family bagi apsal x nak guna nama mat aizam??? asam tol
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo ingatkan dah takde... Sebelum iols klik thread ni dah siap habis baca al fatihah dah...

Sekali rhoperrnyaaa hidup lagi ko dikkk... Takpelah sedekah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik ² artis malays islam ni yang asik nak tukar nama. Dah kenapa nama yang mak pak kome bagi tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 04:57 PM | Show all posts
terhibur iols bc komen2 dlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti terpengaruh dgn sinetron PUTERI UTK PANGERAN ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 05:28 PM | Show all posts
saya kini mahu gunakan nama dan keturunan keluarga saya" ujarnya pemilik nama sebenar Mohd Aizam Mat Saman

pebenda siaaaa.. hahahahahah  ingatkan pengiran/ adam tu ade dlm nama btol dia.. eh name asli dia mohd aizam celah mne nye pengiran???
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 05:34 PM | Show all posts
tajuk mmg clickbait kan. haha kita doakan adam berbahagia selalu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2021 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
apa benda aku baca ni? nak guna nama dan keturunan keluarga tapi nama sebenar mohd aizam bapak nama Mat Saman. mana pengiran nye?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ku ingatkan heshe ada penjaga

Larikkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama dia xda pangiran.. bapa dia pun takde pangiran... Keturunan sebelah mak kot..napa x guna pangiran aizam jer
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 05:54 PM | Show all posts
AIZAM MAT SAMANNNNNNNNNNNNNNN JANGAN KUAT BERANGAN SANGAT BANG, KE DEK? KE MASIH ADEK-ADEK? BIASA ADEK-ADEK MACAM CHICKY CHICKY DANZLY NYAH REPUT TU JE YANG FEELING-FEELING BUBUH PANGIRAN, TENGKU, RAJA, BAGAI NI..WALHAL KAU NOBODY, JAUHHHH DARI KERABAT.. KEJAP BERJUBAH SERBAN, KEJAP BERGELANG AC MIZAL BERSELIT ROKOK..APOOO PENAMPILAN KAU NI... PERGI SANA KUBURAN DENGAN MAT SHAHIR GIGI BESI 20 TAHUN TU.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.244179 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list