Seorang penjaja makanan menjadi perhatian di media sosial kerana mencelupkan tangan ke dalam kuali yang berisi minyak panas.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram @nonvegfoodie, kelihatan penjaja tersebut membalik-balikkan ayam goreng di dalam minyak yang panas menggelegak sebelum mengangkatnya untuk diletakan di dalam sebuah bekas.
Foto: IG
"Adakah tangannya tidak melecur? Dia mencelupkan tangannya ke dalam minyak panas yang sedang mendidih untuk mengeluarkan ayam," demikian kapsyen yang ditulis pada perkongsian video tersebut.
Video itu menjadi tular dan meraih lebih daripada 59,000 anda suka dan dibanjiri komen netizen dengan pelbagai reaksi.
Kebanyakannya meluahkan rasa kagum dengan kemahiran dan 'kekebalan' penjaja tersebut.
Walau bagaimanapun, sesetengah yang lain tidak melihat ia sesuatu yang hebat, sebaliknya mereka membangkitkan isu kebersihan dan keselamatan. - CARI
aku pun geli... mesti ada cebisan2 kulit yg sangat kecil dah bercampur dengan minyak dan mungkin ada yg da melekat kepada ayam. kalau aku beli dengan orang yang masak normal dah la