CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 821|Reply: 9

Liza Abdullah Mohon Jangan Anak Tirikan Pelakon Lama

[Copy link]
Post time 10-11-2021 08:33 AM | Show all posts |Read mode
Ketika era 80-an, nama pelakon wanita ini sering meniti di bibir peminat seni tanah air. Bukan kerana gosip murahan atau pun menjaja sebarang kontroversi, tetapi bakat lakonan yang dimilikinya ketika itu. Bergandingan bersama pelakon-pelakon bernama besar, sedikit sebanyak berjaya melonjakkan dirinya. Bukan menumpang populariti, tetapi mencari peluang memahat nama.


Sehingga ke hari ini bakatnya tetap berkembang dan bersinar. Dia bukan sahaja berjaya bersaing dengan ratusan pelakon baharu sedia ada, malah kelebihan bakat yang dimiliki sering ditagih oleh ramai penerbit filem dan drama untuk melariskan karya mereka.


Pendek kata, berilah apa sahaja watak untuk wanita ini, pasti akan direalisasikan sebaik mungkin.




Foto: Kosmo




Bersama Khabar Legenda, pelakon sohor Liza Abdullah, 57, berkongsi cerita tentang perjalanan seninya dari awal pembabitan kerjaya sehinggalah ke hari ini.


“Seawal era-80 an lagi saya sudah ceburkan diri dalam bidang seni. Saya bukanlah lahir daripada keluarga senang, waktu habis sekolah memang fikir nak cari kerja dan duit untuk bantu keluarga walaupun ketika itu arwah ayah dah rancang untuk saya sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.


“Peluang saya datang apabila menemankan seorang rakan ke pertandingan Ratu EJA. Ketika itu ada seorang wartawan interview dan ambil gambar saya untuk ruangan remaja di sebuah akhbar tempatan. Sebaik tersiar saya dihubungi oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM). Mereka tanya saya nak cuba berlakon atau tidak,” katanya memulakan perbualan.


Menganggap itu adalah permulaan rezekinya, dia tidak menolak, malah cuba membuktikan kemampuan agar kehadirannya mampu membuka mata mereka yang mengadilinya. Tanpa disangka apa yang dijayakan mendapat pujian. Kata-kata semangat dan dorongan yang diterima dijadikan azimat untuk lebih berkeyakinan lagi.


“Waktu itu saya rasa cukup seronok kerana sebagai orang baru yang tiada pengalaman saya dapat berlakon drama bangsawan dan bergandingan dengan pelakon dan penyanyi hebat seperti Azlina Aziz dan Hail Amir. Saya juga sempat berlakon dua zaman, iaitu ketika TV bersiaran hitam putih dan warna.


“Sebenarnya saya lebih meminati bidang nyanyian, tetapi rezeki lebih tertumpu ke bidang lakonan. Saya kena percaya setiap rezeki yang hadir itu diaturkan Allah SWT. Siapa kita mahu menolak setiap perancangannya? Apa yang berlaku adalah izinnya. Jadi saya tetap bersyukur atas segala nikmat yang diterima,” katanya.


Anak kelahiran Keramat, Kuala Lumpur ini sentiasa nekad untuk terus mengejar impian. Tidak pernah wujud rasa mengalah dia sentiasa mencari ruang untuk merealisasikan cita-citanya sebagai penyanyi walaupun di kala itu kerjaya lakonan sudah dilihat sukses buat dirinya.


Pada 1988, dia muncul dengan album pertama Semalam Yang Indah sentuhan komposer ternama Datuk Akhbar Nawab. Rilisan ini dilihat cukup sempurna dan berkualiti apabila dibantu oleh beberapa nama besar dalam industri seperti Habsah Hassan dan Juwie, namun tuah kurang memihak kepadanya kerana peminat seakan lebih menerimanya di layar perak.


“Kita dah mencuba, namun rezeki bukan di situ. Walaupun tidak mempelajari teknik dalam bidang nyanyian tetapi saya puas apabila berjaya punya album sendiri dan mampu menyanyikan lagu-lagu dalam filem lakonan saya seperti Marah-Marah Sayang dan Pagar-Pagar Cinta.


“Sehingga kini pun saya masih dijemput untuk menyanyi dalam pelbagai acara. Saya tidak kekok malah pernah berada satu pentas bersama penyanyi terkenal seperti Zur Eda, Ramlah Ram, Norshilla Amin, Hayarti Tasrip dan ramai lagi,” katanya.


Hampir 40 tahun berada dalam bidang seni, ibu kepada empat anak ini mengakui sering mendengar keluh kesah melibatkan pelakon veteran yang dikatakan tidak mendapat layanan setimpal daripada penerbit filem dan drama terutamanya melibatkan soal bayaran.


Tidak mahu menuding jari menyalahkan mana-mana pihak, dia berharap agar apa yang berlaku perlulah dibawa ke meja perundingan untuk mencapai kesepakatan. Menurutnya, dalam industri yang terhad dan kecil ini seharusnya perlu ada sikap menang-menang dan toleransi melibatkan produksi dan pelakon.


“Kadang-kadang saya lihat ada juga orang di produksi ini yang tidak tahu taraf seseorang artis ini. Mereka hanya tawarkan bajet sedia ada tanpa memikirkan siapa artis tersebut. Artis lama ini bukannya nak demand sangat, yang penting biarlah berbaloi. Hargailah bakat mereka ini.


“Soal bayaran ini sensitif. Industri kita ini kecil sahaja, pusing-pusing orang yang sama juga. Kadang-kadang ada yang rasa nilai yang ditawarkan itu kecil dan tidak berbaloi, tetapi bagi orang yang kurang job atau sudah lama tiada job, mereka akan bersyukur dengan nilai ditawarkan. Itu lumrah sebagai anak seni,” katanya.


Ramai peminat beranggapan pemegang watak Mak Leha dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 3, ini lebih sesuai membawakan watak komedi. Namun dia menepis tanggapan tersebut kerana sebagai pelakon dia hanya merealisasikan apa yang ditawarkan produksi.


“Mungkin peminat hanya nampak karakter saya ‘hidup’ dalam karya komedi. Selama ini saya dah bawa pelbagai watak. Tapi mungkin yang kelakar dan kepoh sahaja yang melekat di hati peminat. Bagi saya itu bukan soal utama, yang penting saya dapat jayakan watak dengan berkesan.


“Berlakon komedi ini bukannya mudah, tambah pula nak buat orang gelak dan terhibur. Silap haribulan kalau tak kelakar habislah! Sebab itu, saya salute dengan pelakon komedi yang boleh buat orang ketawa pecah perut,” katanya.


Bercerita tentang pelakon baru kurang berkualiti yang semata-mata bersandarkan kecantikan dan pengikut, dia menganggap segalanya adalah rezeki dan tidak perlu diperdebatkan.


Katanya, walaupun kriteria dan bakat adalah penting tetapi dalam era moden hari ini, segalanya telah berubah dan masyarakat perlu menerima dengan hati terbuka.


“Memang ada yang komplen banyak artis baru hari ini yang menjual rupa, tapi bila berlakon macam kayu. Bagi saya itu sudah rezeki mereka. Sebagai orang lama kita kena sentiasa bimbing dan tunjuk ajar mereka. Dalam berkarya ini memang perlu orang muda dan cantik. Itu tidak dinafikan.


“Tapi bila dalam satu frame, perlu sama-sama buat sebagus mungkin. Mereka ini ada pengikut beratus ribu dan berjuta dalam media sosial, dan itu adalah trend sekarang. Zaman kita dahulu tak ada macam ini. Silap hari bulan kalau ada mungkin kita lagi lebih daripada mereka agaknya. Kena sentiasa bersikap positif,” katanya mengakhiri perbualan. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2021 08:51 AM | Show all posts
acik liza ni, lakonan dia masa muda2 seronok tgk smp laa ke tua. bila dah berumur watak baik jahat semua dia bleh bawak, tp kalau dia org di anak tiri kan tak best laa..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 08:59 AM | Show all posts
Serious arr ada 7 hari mencintaimu 3...

Dia ni mesti tak banyak soneh sangat sebab tu orang senang je nak amek dia berlakon dan lakonan pun mantap
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 09:53 AM | Show all posts
KAK LIZA NICANTIK BETUL DIA AGED GRACEFULLY KAN. BERLAKON MANTAP, NYANYI PUN NOT BAD, TAK BANYAK SONGEH, PERAMAH PULAK TU...PATUT MURAH REZEKI DIA NON STOP ADA OFFER. MASA ALI SETAN TU LAWA BETUL DIA.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 10:04 AM | Show all posts
lakonan dia best... jadi apa pun semua menjadi termasuk la watak komedi...

tapi nak buat macam mana akak liza takde 1 million followers seperti producer2 tumbuh macam cendawan tu nak... in the end drama pun tetap hazabbbb ada retis 1m followers sekalipun...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 10:57 AM | Show all posts
KENA TERIMA HAKIKAT LA YE.....zaman dah berubah muda jadi tua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2021 11:16 AM | Show all posts
aku penah jumpa dia depan2.. mmg cantik.. tu la dlm tv..tu la rupanya dia dpn2.. peramah pula.. dan lakonan dia mmg best.. moga sukses dan sentiasa dpt tawaran blakon.. amin yra..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 11:18 AM | Show all posts
aku suka liza abdullah ni... mmg pandai serba serbi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2021 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ku minat dia ni
Cantik tk luntur
Antara retis bermata cantik
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa lebih suka tgk lakonan dia dlm ali setan berbanding watak asmidar..too loud....dia dlm jejaka perasan pun ok juga..kelakar...byk berlakon dgn nd lala dan shah redza zmn 80an dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.423088 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list