View: 1463|Reply: 5
|
Lelaki Bogel Dalam Kampung, Polis Datang Rupa-Rupanya...
[Copy link]
|
|
Bangkok– Polis Thailand berkejar ke sebuah kampung di wilayah Isaan selepas menerima aduan bahawa terdapat seorang lelaki dalam keadaan berbogel sedang berkeliaran di kampung tersebut.
Menurut laporan portal berita Thaiger, semalam, sejurus tiba di lokasi kejadian, anggota-anggota polis sebaliknya mendapati bahawa ‘lelaki bogel’ itu sebenarnya adalah sebuah patung.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/10/075720jz5d4fp5cj7gj88z.png) Foto: Thaiger
Ketua Kampung Bang Yang, Mongkolchai Phongsri menghubungi Balai Polis Don Mod Daeng bagi melaporkan bahawa terdapat seorang ‘lelaki’ yang mungkin tidak siuman sedang berbogel sambil berdiri bersebelahan sebuah rumah penduduk.
Bagaimanapun, sejurus tiba di lokasi dimaksudkan, polis mendapati bahawa ia hanyalah sebuah patung manusia.
Penduduk kampung yang mengetahui hal sebenar kemudiannya tertawa. Ketua kampung turut memohon maaf atas tindakannya yang menghubungi pihak polis. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Menyusahkan polis jer![](static/image/smiley/default/dizzy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dgr bogel je auto keje laju![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia dengan patung pun Tok Ketua tak dapat bezakan |
|
|
|
|
|
|
|
patung seks ke![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Siam pun kaki prank
Polis pun kena lah respond. Tidak kang buat nya betul orang gila nak merogol.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|