View: 644|Reply: 3
|
Ribuan Buku Nikah Dicuri, Dijual Kepada Sindiket Kahwin Mut'ah
[Copy link]
|
|
Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA) dan Keluarga, Kementerian Agama, memaklumkan ribuan buku nikah di Yogyakarta dan Jambi dicuri dalam tempoh sebulan lalu.
Pengarah KUA, Muhammad Adib berkata, satu daripada motif utama kejadian itu adalah untuk dijual kepada sindiket yang melakukan perkahwinan kontrak atau nikah mut’ah.
Sehubungan itu, beliau menegaskan adalah penting untuk melaporkan jumlah kehilangan dan nombor pendaftaran buku nikah ke Kementerian Agama.
Foto: IG
Katanya, kementerian akan menyimpan data buku nikah yang dicuri bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Laporkan hal itu ke polis, catat berapa buku nikah yang hilang mengikut nombor pendaftaran dan kemudian maklumkan kepada Pejabat KUA.
“Selepas aduan dan laporan diproses, buku nikah itu akan dibatalkan dan tidak boleh digunakan,” katanya.
Dalam pada itu, Adib menjelaskan, nombor pendaftaran pada buku nikah digunakan untuk mengelak pemalsuan.
Katanya, setiap buku nikah mempunyai nombor pendaftaran yang berlainan. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Nikah mutaah Syiah ke? Setahu aku nikah mutaah Syiah untuk satu malam pun boleh, saksi tak payah tok kadi tak payah, belum siap pun buku dah cerai dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Register number tak generate automatik ke? Dah siap2 bubuh nmbr kat buku? macam beli resit kat kedai dah siap print nmbr eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa bukak benang indon ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|