CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 413|Reply: 1

[Pulau Pinang] Tujuh tokan dadah antara 62 ditahan dalam Op Sarang

[Copy link]
Post time 8-11-2021 09:10 PM | Show all posts |Read mode
Tujuh tokan dadah antara 62 ditahan dalam Op Sarang[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


MUSTAFA Kama
l (berdiri kiri) menyoal tiga wanita yang ditahan dalam Op Sarang di (IPD) Timur Laut, hari ini. FOTO DANIAL SAAD



Georgetown: Seramai 62 individu terbabit dengan penyalahgunaan dadah ditahan polis ketika serbuan menerusi Op Sarang di sekitar daerah Timur Laut, di sini, hari ini.

Daripada jumlah itu, tujuh daripadanya adalah 'tokan jalanan' yang ditahan dalam serbuan membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Ketua JSJN Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, ia membabitkan 59 lelaki dan tiga wanita yang ditahan itu berusia antara 21 hingga 60 tahun.

Beliau berkata, menerusi operasi itu, polis merampas heroin seberat 400.38 gram, syabu (16.68g) dan ketamin (0.67g) yang dianggarkan bernilai RM15,770.00.

"Mereka yang terdiri daripada 53 warga tempatan dan sembilan warga asing itu ditahan menerusi serbuan selama hampir 15 jam di sekitar kawasan berhampiran Sungai Nibong, Air Itam, Pulau Tikus, Tanjung Tokong dan Georgetown.

"Serbuan dijalankan di kawasan hutan parkir, perumahan, berhampiran terminal bas dan lain-lain lokasi panas.

"Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan termasuk pekerja swasta dan buruh, penagih tegar serta yang berulang kali ditahan akibat penyalahgunaan dadah," katanya pada sidang media di IPD Timur Laut di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong.

Beliau berkata, kes disiasat membabitkan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952; Seksyen 39A (2) ADB 1952; Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Menurutnya, Op Sarang adalah bagi menghapuskan dan membersihkan lokasi berisiko tinggi daripada aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi Program Jihad Dadah yang dilancarkan pada 18 Ogos lalu.

Sementara itu, penghantar makanan berusia 39 tahun antara ditahan ketika pemeriksaan dijalankan di Paya Terubong, di sini.

Siasatan awal polis mendapati, lelaki berkenaan dikesan positif heroin menerusi ujian saringan air kencing dijalankan dan sudah beberapa kali ditahan kerana penyalahgunaan dadah.

Disiarkan pada: November 8, 2021 @ 6:33pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 06:11 AM | Show all posts
tgk gambar fokus kt awek blonde je...pulis pun same
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-7-2022 07:48 PM GMT+8 , Processed in 2.939211 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list