Isu tular di media sosial mengenai pemilik restoran yang menjual hidangan seekor siakap berharga RM1,196 mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah selebriti dan bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin yang turut tampil memberikan pandangannya.
Facebook محمد فارس ذوالقرنين
Menerusi sebuah posting dimuat naik di Instagram, Normala memberitahu bahawa ketelusan dalam berniaga itu adalah satu adab.
Tambahnya, sebagai pelanggan adakalanya mereka terlupa untuk bertanyakan harga seekor ikan berikutan terlalu lapar dan mungkin takut dianggap sebagai pelanggan yang kedekut.
Dalam pada itu, beliau turut berharap akan ada pihak yang terlibat untuk menyiasat dan memperbetulkan isu yang sedang tular tersebut secara menyeluruh di semua tempat pelancongan.
Sumber: Murai |