Kembali lagi dalam episod Rita Rudaini marah apa hari ini?
Sebelum ini Rita marah dengan rider sebab tumpahkan air depan rumahnya.
Baru-baru ini pula Rita tampil menelar pihak yang mengecam orang yang belum divaksin seperti dirinya sebagai sampah dan penjenayah.
Foto: IG
"Kecam orang yang belum vaksin, pandang orang yang belum divaksin ni macam sampah dan penjenayah. Kalau boleh taknak lah berkongsi oksigen dengan orang-orang tak vaksin ni," luahnya melalui Insta Story.
"Bila tengah sakit, tahu pula nak minta doa orang ramai ..Dah lupa sebelum ni menghiris hati orang-orang lain, kawan-kawan lain."
Wah agaknya perli siapa tu?
Baca lagi:
Sementara itu dalam Insta Story lain Rita kata apa yang dikongsikan berlaku dalam kehidupannya.
"Aku kongsi informasi aku sahaja. Aku nak melalak, mengaum, mengembek ke, aku tak pergi melewaq (merayau) rumah orang.
"Jadi, siapa yang banyak masa? Ludah atas muka sendiri nampak. Lalat kacuk."
Dah siapa pula lalat kacuk yang dimaksudkan ni?
"Lalat-lalat kacuk yang tak boleh terima kebenaran, beginilah. Oh silap, sebelum ini lalat-lalat berzikir dan bermunajatlah, bukan mengecam."
Okay episod ni dah habis. Tunggu episod seterusnya okay? -CARI |