CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1444|Reply: 6

Hati-hati Kalau Check-In, Dalam Tin Pewangi Pun Boleh Sumbat CCTV

[Copy link]
Post time 8-11-2021 02:30 PM | Show all posts |Read mode
Niat membuka tin pewangi yang diletakkan di dalam tandas di sebuah homestay di Sabah adalah supaya 'bau-bauan kurang enak' dapat hilang lebih cepat dengan bau lemon tersebut, tapi bayangkan betapa terkejutnya dia apabila menjumpai sebuah kamera litar tertutup (CCTV) yang disembunyikan di dalam tin pewangi tersebut.


Penemuan tersebut dikongsikan seorang pemuda, Raileslie Ashley Rainnold, 23, di laman TikToknya.


“Berhati-hati gais kalau mau check-in,” tulisnya.







Bercakap kepada mStar, Raileslie atau mesra dipanggil Reay berkata, kejadian berlaku ketika dia dan rakan-rakan menginap di sebuah rumah di Kota Kinabalu Sabah.


Katanya, dia baru sahaja selesai melepaskan hajat dan cuba untuk menghilangkan bau-bauan yang kurang enak itu dengan membuka tin pewangi.


“Kejadian berlaku pada 28 Oktober lalu, masa tu saya menumpang sahaja sebab kawan saya yang check in dekat sana selama tiga hari dua malam.


“Masa tu malam, dekat pukul 11 lebih saya mandi lepas tu buang air besar. Lepas buang air besar saya flush dan siram air beberapa kali sebab nak hilangkan bau, dan masa tu saya nampak air freshner tu, saya sangkakan tu pewangi baru,” katanya.







Pelajar Pengurusan Perlancongan Kolej MSU Sabah ini berkata, dia sangat terkejut apabila membuka tin pewangi tersebut.


“Bila buka penutup plastik dalam tu tak sangka saya lain pula yang saya jumpa jadi saya terus pusingkan tin tu menghadap dinding, saya tak tahu nak buat apa masa tu.


“Saya rasa terkejut sangat sebab benda ni kali pertama berlaku, selalu nampak dekat TV tapi ini real life.


“Saya nak bagitahu kawan saya tapi saya cuma mampu cakap, itu minyak wangi bah... lepas tu saya stuck tak tahu nak cakap macam mana, jadi kawan saya pun hairan,” katanya sambil menambah sudut kamera terbabit terarah ke bahagian mangkuk tandas duduk yang digunakannya.


Menurut Reay, kawannya yang hairan melihat reaksinya kemudian memeriksa sendiri pewangi tersebut pada keesokan harinya.




Kredit foto: TikTok




“Keesokannya dia WhatsApp saya, dia cakap dia dah rosakkan CCTV tersebut lepas tu buang dalam tong sampah.


“Kawan-kawan masa tu tak buat report polis sebab mereka sedang bercuti, jadi nanti takut makan masa.


“Jadi kami rekod kemudian post dekat TikTok supaya orang ramai berwaspada,” katanya, sambil menambah mereka juga tidak berani untuk bertanyakan hal tersebut kepada pemberi sewa.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2021 02:43 PM | Show all posts
waktu zaman study dulu, kecoh ada budak jumpa camera kecik dalam shower lelaki

asrama lelaki banyak blok, setiap tingkat ada toilet dan shower.
yang dapat jumpa satu je. dan pelakunya tak tau sapa.

risau betul waktu tu nak guna toilet. kang tak pasal2 video bogel kita bertaburan di internet
dah la waktu aku berak pun ada orang snap gambar dari atas. dasar lahnaaaattt
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 02:45 PM | Show all posts
Rajin mStar buat berita panjang. Padahal kapsyen video sekerat je orang boleh faham.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 03:21 PM | Show all posts
zaman tiktok...jantan2 dah bertukar pondan...penakut nak beritahu tuan rumah..malah nak cerita pun tak reti kat member sendiri..apa punya bongok la nama Raileslie ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 09:00 AM | Show all posts
di Sabah??? gila ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 01:23 PM | Show all posts
Banyak je kes macam ni dilapurkan serata dunia.  Kitalah kena lebih berhati-hati bila nak menginap elok periksa dulu keadaan sekeiling sebelum gunakan kemudahan yang disediakan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2021 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ku pn risau la masuk hotel
Abis aku kelebek setiap sudut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.142422 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list