CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1350|Reply: 8

[Tempatan] Jangan Maki i ok ? Positif Covid Di benarkan Bertanding !

  [Copy link]
Post time 7-11-2021 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Melaka: Tiada halangan bagi calon yang positif Covid-19 untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.

Bagaimanapun, beliau berkata borang pencalonan calon harus dihantar pada masa yang ditetapkan melalui wakil calon menerusi pencadang atau penyokong.

"Tiada masalah untuk mereka (calon) bertanding, asalkan mereka menghantar borang pencalonan itu pada masa ditetapkan," katanya kepada Bernama di Menara Persekutuan di sini hari ini.

Beliau berkata ujian saringan Covid-19 membabitkan calon juga tidak diwajibkan namun semua calon digalakkan melakukannya.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata bagi memastikan proses penamaan calon esok berjalan lancar, SPR turut menempatkan sebuah khemah khas di pusat pencalonan sekiranya terdapat calon yang bergejala.

"Khemah ini akan diuruskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama SPR. Di pintu utama pusat penamaan calon, calon akan diperiksa saringan suhu badan, sekiranya suhu direkodkan melebihi 37.5 darjah Celcius, mereka akan dihantar ke khemah bergejala ini," kata Abdul Ghani.

Beliau berkata, segala proses semakan dan penyerahan borang penamaan calon akan diuruskan oleh pegawai SPR yang bertugas di khemah untuk mereka yang bergejala itu.

Katanya, sebanyak 12,900 petugas daripada pelbagai agensi termasuk KKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan terbabit pada PRN ini.

"Kita berharap semua penyokong parti politik yang diwakili bakal calon tidak berkumpul serta berarak di kawasan pusat penamaan dan sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/11/774788/calon-positif-covid-19-dibenarkan-bertanding-pengerusi-spr

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2021 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
sekali orng buat lawak....'pilih yb...pilih covid'....:lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau time mengundi nanti, nak asingkan line yg vaksin dan tak vaksin juga ke? Atau yg tak vaksin tak boleh mengundi? Ker caner? Tanya jer.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Moyangkucing replied at 7-11-2021 08:29 PM
Kalau time mengundi nanti, nak asingkan line yg vaksin dan tak vaksin juga ke? Atau yg tak vaksin ta ...

Undi orang tidak dicucuk masih diperlukan, selain darah mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 05:35 AM | Show all posts
bab duit semua HALAL...ypjp
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertanding ja. Yang penting dok diam2 jangan masuk dekat org ramai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2021 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Punya lah pentingkan diri dah kn covid..duk diam2 dah la .sibuk nk bertanding .kang sibuk nk berkempen..kalo dia seorg mati x pe gak ni menyusahkan staff KKM...org lain.. blm jd menteri dah pentingkan diri..kalo menang ni lg pentingkan diri..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 02:26 PM | Show all posts
kuasa punya pasal....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2021 03:54 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 8-11-2021 04:00 PM



Ajak jadi 'Keluarga' 'Penyatuan Ummah' konon.. tapi realitinya bergaduh sesama sendiri kerana berebut kuasa !!




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.556744 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list