View: 3784|Reply: 34
|
Azhan Rani Terseksa Enam Bulan Berambut Blonde
[Copy link]
|
|
Demi menjayakan watak Alwi dalam drama Keluarga Untuk Disewa, aktor Azhan Rani terpaksa menahan ‘seksa’ selama enam bulan apabila dia mewarnakan rambut dengan warna perang (blonde).
Menurut Azhan atau nama sebenarnya, Azhan Abdul Rani, 45, sebelum ini dia tidak pernah mewarnakan rambut, namun sanggup menyahut cabaran demi menyuntik kelainan dalam drama komedi arahan Raja Mukhriz itu.
Foto: IG
“Secara peribadi, saya sangat terseksa untuk warna rambut itu. Mengikut perancangan awal, saya hanya akan bertahan dengan rambut warna perang untuk sebulan lebih sahaja.
“Tetapi saya tidak jangka akan ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang seterusnya. Jadi, selama hampir enam bulan saya bertahan dengan rambut ini kerana saya tidak dibenarkan mewarna rambut hitam.
“Jika saya menukar warna lain, rambut akan rosak kerana saya melakukan proses melunturkan warna rambut (bleach),” ujar Azhan ketika sidang media secara virtual drama Keluarga Untuk Disewa semalam.
Tambah pelakon drama Nur itu, gara-gara warna rambut yang begitu menarik perhatian, dia juga terpaksa bertahan dengan pandangan serong orang sekelilingnya setiap kali berada di tempat awam.
“Rambut ini menjadikan saya seperti makhluk asing dekat luar. Saya jalan ke mana-mana orang akan pandang terutama apabila hendak masuk ke surau dan masjid.
“Oleh sebab itu, bagi mengelakkan pandangan sinis saya terpaksa tutup rambut dengan serkup kepala. Memang menyusahkan saya sebenarnya. Namun, saya bertahan demi watak Alwi,” kongsi Azhan.
Meskipun terpaksa menahan seksa, idea untuk mewarnakan rambut perang itu sebenarnya timbul daripada Azhan sendiri.
Dia secara sukarela berkorban rambut selepas diberi kebebasan oleh pengarah untuk mengembangkan watak lakonannya.
“Saya yang menawarkan diri kepada pengarah untuk warnakan rambut walhal, dalam hidup saya langsung tidak pernah pun buat rambut.
“Selain cuba suntik kelainan dalam watak komedi, karakter untuk watak Alwi itu sendiri sebenarnya adalah imej yang serba tidak kena. Jadi, rambut sebegitu sangat sesuai dengan watak Alwi,” kata Azhan.
Selain perubahan warna rambut, dalam drama Keluarga Untuk Disewa yang menjalani penggambaran di Melaka dan Besut, Terengganu itu, Azhan telah menggayakan lebih 50 gaya rambut.
“Rasanya lebih 50 gaya rambut kerana setiap adegan akan bertukar-tukar gaya rambutnya. Memang jurusolek dan penata rambut yang sangat kreatif. Saya tadah sahaja kepala dan membiarkan mereka berkarya,” tutur Azhan.
Selain Azhan, drama Keluarga Untuk Disewa turut dibintangi Pekin Ibrahim, Adibah Noor, Dynas Mokthar, Afifah Nasir, Fimie Don dan Fifi Laura.
Drama komedi yang mengisahkan seorang nenek yang terpaksa menyewa keluarga baharu demi kesihatan mental cucu kasayangannya telah mula bersiaran 2 November lalu di slot Diandra TV9. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
apehal la penerbit ke pengarah suruh kaler rambut kepada pelakon yang kepam supaya tampak lagi kepam????
rancangan2 tv ni patutnya gunakan taktik untuk tarik lebih ramai penonton bukannya suruh penonton2 katup TV dan lontar TV kot tingkap dan kambuihhh dengan kek2 expired akibat tak lalu nak tengok kekepaman pelakon2 tu...
aiyoooo entah2 penerbit2 dan pengarah2 yang kekonon ada netizen bekap sangat ada banyak pengalaman dalam perfileman tu rhoperrnya taraf2 SPM atau takde SPM pun... tu yang hazab tersangat groomingnya pun... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pelakon pon muka kepam.. Diblonde lagi rambut terus nampak busuk tak mandi pagi 7 bulan |
|
|
|
|
|
|
|
gila kepam muka dia ni..makin bertambah kepam..btw dia ni sesuatu sangat tau..kawan iollss penah la beberapa kali chat dia kat fb dengan dia ni yela peminat tegar gituhh tapi di who are yusskan mamat ni je..padahal muka kawan iollss tu lawa namati cam muka pelakon korea Yoon Eun-hye tu cuma kawan iollss tu pakai tudung je..tapi muka sebijik gila..kalau jantan lain da siap ajak keluar kot..ksian kat kawan iollss tu seb baik la da kawen skang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ewwww yiihhhhh kepam kelam hauk tak mandi
Burukkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 5-11-2021 03:24 PM
gila kepam muka dia ni..makin bertambah kepam..btw dia ni sesuatu sangat tau..kawan iollss penah la ...
Low betul taste kwn uols |
|
|
|
|
|
|
|
itu la pasey..kawan iollss tu kira lawa la muka ala2 retis kpop tapi suka muka jantan hat2 muka pecah tembok..
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni wat la spinoff Nur
"Ustaz Hamadi"
kenalkan rakan komplisit dia, "Ustazah Madiha" lakonan Ummu Jah Lendir (Neelofa) |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak paham betul kalau muka spesis desa/ulu pun sibuk nak warnakan rambut ni.Malaysia ni memang asli rambut warna hitam. Tak pernah lagi dengar lahir2 warna rambut perang/blonde kecuali yang ada masalah genetik
Kenyataan umum. Bukan ckp pasal Azhan. |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 5-11-2021 03:49 PM
itu la pasey..kawan iollss tu kira lawa la muka ala2 retis kpop tapi suka muka jantan hat2 muka pe ...
Kn.. mmg mcm tu..pompuan kalo muka lawo, biasenye partner die msti xbrapa lawo |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 5-11-2021 03:24 PM
gila kepam muka dia ni..makin bertambah kepam..btw dia ni sesuatu sangat tau..kawan iollss penah la ...
Bkn la sesuatu..die mmg jenis xske nk chat2 ni kot xkira la lawa mcmnae pn..cuba suruh approach dpn2 kot2 menjadi |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 5-11-2021 03:24 PM
gila kepam muka dia ni..makin bertambah kepam..btw dia ni sesuatu sangat tau..kawan iollss penah la ...
Lawanya kawan kaka bila kaka kata macam retis kpop tu...
Btw sah2 lerr heolss ni rogayah top kaka, kan siap ada bulu ketiak pun di posnya. Laki straight takdenya nak pos gitu lepastu salah satu cara nak tau tu jantan ke bottom ke top.. geng2 ni suka bahasakan diri abam abam... mujur ustaz madi dah meninggal kena tikam bini... kalau tidak ustaz adam tu kena hati2 yach... takut tak pasal2 nanti pecah teruna ustaz adam sebelum sempat kahwin dengan mimi lana |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tertengok satu episod cerita ni. Emmmm... tak de la buat i tertarik nk tgk mcm cerita kampung people. |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 5-11-2021 12:44 PM
apehal la penerbit ke pengarah suruh kaler rambut kepada pelakon yang kepam supaya tampak lagi kepam ...
Tkpe la kaka asal bukan shrekkkkk iolss eproh jer |
|
|
|
|
|
|
|
6 bulan juga lah mandi wajib dia emmmm....
Bleaching menyebabkan tak meresap air masuk ke dalam rambut... |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya dia minat yg tak bertudung derrr... sebab penah nampak dulu dulu la kan... ada peminat bertudung ngan free hair... yg bertudung tu dia sembang sikit gitu gitu la, tapi lepas tu dia lagi byk layan yg free hair hehehehhe
|
|
|
|
|
|
|
|
Director + producer sama bengong.
Dah pelakon muka melayu kampung, gigih suruh color rambur blonde gituuu.
Kalo nak menjiwai watak pon, banyak lagi color lain yang sesuai untuk heshe. Nie kuning ang2 utk kulit sawo matang heolsss. |
|
|
|
|
|
|
|
luvly_snow8608: Director + producer sama bengo ...
Ni nasib laa anak2 si lan tu bukan artis.. Kalau tak boleh la berlakon jadi anak2 si azhan ni watak pati pilipin mintak sedekah kat pasar pilipin tu.. [em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
ekmal_sorrow replied at 5-11-2021 05:09 PM
lepas ni wat la spinoff Nur
"Ustaz Hamadi"
Byk betul iols nampak komen pasal ustazah madiha ni. Mana dtg cerita ni sebenarnya?
Azhan ni berlakon best ms mula2 keluar dulu. Now ai dah tak tgk pun drama dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Kulit hitam berkerak pun gigih la rambut blonde..kan huduh ×100 |
|
|
|
|
|
|
| |
|