CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 675|Reply: 3

[Pulau Pinang] Kejar 'trip' sanggup gadai nyawa

[Copy link]
Post time 3-11-2021 10:41 PM | Show all posts |Read mode
Kejar 'trip' sanggup gadai nyawa[size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
[email protected]


Anggota JPJ melakukan pemantauan untuk mengesan kesalahan langgar lampu merah dalam Ops Merah di Jalan Tenggiri di Seberang Jaya, Butterworth hari ini. Foto Danial Saad



Butterworth: Hanya kerana mahu mengejar 'trip' menyebabkan kebanyakan penunggang motosikal khidmat penghantaran makanan (p-hailing) sanggup menggadaikan nyawa mereka apabila 'berani mati' melanggar lampu isyarat merah.

Perbuatan itu dikesan dalam Op Merah yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di beberapa lokasi di negeri ini sejak 8 Oktober lalu.

Pengarah JPJ Pulau Pinang Adenan Md Isa berkata, operasi berkenaan diadakan selepas pihaknya mendapati banyak kemalangan membabitkan penunggang p-hailing dilaporkan.

"Setakat ini, dalam operasi yang berlangsung sehingga 7 November ini didapati terdapat sebanyak 236 kesalahan melanggar lampu isyarat merah dikesan yang mana sebahagiannya terdiri daripada penunggang p-hailing.

"Apabila disoal siasat mereka memaklumkan bahawa ingin mengejar 'trip' dan hendak cepat menyebabkan mereka melanggar lampu isyarat merah.

"Perbuatan ini bukan sahaja mengancam nyawa mereka namun boleh membabitkan keselamatan pengguna jalan raya lain," katanya selepas mengadakan operasi berkenaan di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya mendapati pematuhan penunggang motosikal khususnya p-hailing di lampu isyarat amat rendah kerana sentiasa terburu-buru bahkan sudah menjadi tabiat.

Adenan berkata, secara keseluruhan pihaknya mengeluarkan 537 notis saman membabitkan penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi ini.

"Selain melanggar lampu isyarat merah, antara kesalahan lain yang dikesan adalah tiada lesen memandu membabitkan 142 kes, melanggar isyarat lalu lintas jalan sehala (25), tidak memakai topi keledar (27), memandu bawah umur (2), nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (79) serta lain-lain kesalahan (26).

"Tindakan penguatkuasaan diambil kerana kita mahu mendisiplinkan mereka yang melakukan kesalahan supaya lebih berhati-hati ketika menunggang di jalan raya," katanya.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2021 10:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 07:35 AM | Show all posts
ehhh lupa lh ko

dh ckp vaxx blom...
penjarakan sosial....
rentas daerah.....semuanie nie duit juga
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
ramai yg mcm ni. main langgar je lampu isyarat merah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.089585 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list