Seorang lelaki yang mempunyai iras wajah pelakon Leonardo DiCaprio meluahkan tentang wabak Covid-19 telah memusnahkan impiannya untuk menjadi terkenal.
Kredit foto: Looper/Newsflash
Roman Burtsev, 39, mendapat kemasyhuran itu pada 2016 berikutan wajahnya mirip dengan bintang Hollywood itu.
Dia mula menerima tawaran sebagai modal, termasuk iklan di mana dia menyamar sebagai Leonardo dan membuat temu bual bersama media mengenai kemasyhuran baharunya, lapor Mirror.
Kredit foto: Newsflash
mula mendapat pekerjaan sebagai model, termasuk iklan di mana dia menyamar sebagai Leo dan memberi temu bual kepada akhbar tentang kemasyhuran baharunya.
Namun, dia kini meluahkan pandemik Covid-19 telah menggagalkan rancangannya untuk menempa nama di peringkat antarabangsa.
Kredit foto: Newsflash
"Masalah bermula dengan pelaksanaan sekatan pada April 2020 dan kini orang ramai telah melupakan saya."
Sebelum ini, Roman akan dikerumuni oleh peminat pelakon itu apabila berkunjung ke bandar-bandar besar, namun dia tidak lagi menikmatinya akibat wabak Covid-19.
Kredit foto: Newsflash
Dalam pada itu, dia merancang untuk menurunkan berat badan dan berharap untuk kembali terkenal menjelang tahun depan.
Sumber: mStar |