CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11908|Reply: 147

'1 Keluarga Je Datang Minta Maaf Pada Saya Seolah-olah Zulfarhan Yang Bersalah'

[Copy link]
Post time 3-11-2021 08:29 AM | Show all posts |Read mode
Enam tertuduh utama yang disabitkan kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun.


Manakala 12 lagi yang lain dipenjara tiga tahun kerana mendatangkan kecederaan kepada Allahyarham ketika kejadian.




Kredit foto: AWANI




Menerusi YouTube MalaysiaGazette, bapa Zulfarhan bagaimanapun sedikit terkilan ketika mendedahkan hanya satu keluarga pelaku sahaja datang menemuinya meminta maaf.


Manakala yang lain tidak ambil peduli dan melayaninya seolah-olah Allahyarham pesalah sebenar dalam jenayah terbabit.


"Seolah-olah anak saya yang bersalah. Anak saya yang bunuh dia," ujarnya.




Kredit foto: Bernama



Meskipun berat untuk diterima, namun lelaki berkenaan mengakui jujur hatinya sudah belajar untuk memaafkan kesemua tertuduh yang telah menganiaya anak sulungnya itu.


Pun begitu, mereka sekeluarga terus akan berjuang membawa keputusan tersebut ke Mahkamah Rayuan.









Sumber: Kisah Dunia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2021 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat cemana...pembunuh2 tu semua anak2 yg kurang ajar...kurang didikan agama dan moral...mak bapak depa yg x suruh anak2 tu minta maaf..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang acik maafkan tu kenapa..
Kalau minta maaf tandanya makbapak dia mengaku la anak buat taik
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 08:40 AM | Show all posts
Ada 90 tekapan seterika wap di badan Zulfarhan sebabkan kematian
Bernama
Diterbitkan:  Nov 3, 2021 8:13 AM

Dikemaskini: 8:13 AM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan oleh lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada anggota badan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain telah menyebabkan kematian mangsa namun ia tidak terjumlah kepada niat membunuh dengan sengaja.

Hakim Azman Abdullah dalam penghakimannya berkata selepas mengambil kira keterangan Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad dan Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan, mahkamah membuat dapatan bahawa kematian mangsa bukan suatu kematian yang mengejut selepas dicederakan.

Katanya mahkamah membuat penemuan fakta bahawa berdasarkan penelitian dalam kes pembelaan, tertuduh pertama hingga kelima yang menyebabkan 90 tekapan seterika wap ke atas Zulfarhan Osman.

"Tertuduh pertama, kedua, keempat dan kelima mengaku menekap hanya sekali atau dua kali manakala tertuduh ketiga tidak mengaku menekap namun tertuduh keenam dan seorang saksi pendakwaan melihat tertuduh ketiga turut menekap," katanya.

Azman berkata tiada keterangan kukuh menunjukkan bahawa terdapat individu lain menekap seterika ke badan Zulfarhan Osman selain kelima-lima tertuduh yang secara niat bersama melakukan perbuatan itu.

Beliau berkata di peringkat pendakwaan, Dr Salmah berkata, bedah siasat mendapati terdapat 90 kesan luka lecur di hampir keseluruhan badan termasuk kedua-dua belah punggung dan zakar Zulfarhan Osman.

“Kesan luka lecur itu adalah pada kategori tahap satu, dua dan tiga yang didapati dari pangkal leher sehingga ke kaki mangsa termasuk bahu, lengan, dada, perut, rusuk, belikat, betis, paha dan buku lali,” katanya.

Enam tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali dipenjara 18 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian Zulfarhan Osman.

Biasanya telefon polis

Mahkamah juga menjatuhikan hukuman penjara tiga tahun terhadap lima tertuduh kecuali Mohamad Shobirin serta 12 rakannya yang didapati bersalah mencederakan mangsa. Kesemua tertuduh kini berumur 25 tahun.

Dalam penghakiman, Azman berkata Dr Salmah dan Dr Rohayu bersetuju bahawa terdapat 90 kesan tekapan seterika pada tubuh mangsa kecuali pada bahagian muka dan belakang tapak tangan.

“Jika mangsa memakai baju lengan panjang dan umur mangsa panjang maka parut tidak akan kelihatan, begitulah betapa telitinya orang yang menekap seterika wap panas di tubuh mangsa.

“Tertuduh-tertuduh menyatakan mereka sayang kepada mangsa, kalau mereka tidak rasa sayang, muka Zulfarhan Osman akan ditekap juga dan lebih daripada 90 tekapan akan dikenakan,” katanya.

Hakim itu juga berkata nyawa Zulfarhan Osman mungkin boleh diselamatkan sekiranya terdapat campur tangan oleh seorang doktor sebuah klinik swasta di Bangi semasa mangsa menerima rawatan di klinik tersebut.

Kata hakim pada kebiasaannya, pihak hospital atau klinik kesihatan akan menelefon polis jika mengesyaki pesakit didera kerana ia adalah isu perundangan perubatan.

"Sepatutnya doktor tersebut tidak membabi buta mempercayai mangsa terlibat dengan letupan dalam latihan sehingga terkena pada semua tubuh mangsa termasuk zakar dan testis namun tidak pada muka si mati," katanya.

Menurut Azman jika mangsa tidak mengalami cedera parah, dia tidak perlu dibawa ke klinik sebanyak dua kali memandangkan kosnya adalah mahal iaitu kira-kira RM500 bagi setiap sesi rawatan.

Mula pukul pada awal pagi

Katanya tertuduh boleh membawa mangsa ke hospital kerajaan yang percuma atau klinik UPNM namun mereka tidak berbuat demikian kerana bimbang rahsia mereka (mencederakan Zulfarhan Osman) terdedah.

Azman juga berkata Zulfarhan Osman mungkin boleh diselamatkan jika seorang jurulatih di UPNM tidak bertindak menularkan keadaan pegawai kadet laut UPNM itu di dalam kumpulan WhatsApp.

Katanya nasib tidak menyebelahi mangsa apabila Kapten Haryani Hassan pendek akal dengan menularkan dalam kumpulan WhatsApp itu siapa yang dimaksudkan ‘sakit’ menurut surat layang yang diterima.

“SP23 (penuntut UPNM, Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi) yang menulis surat layang bersama tertuduh kelapan (Muhammad Akmal Akif Alias) menyatakan ‘si mati ada memesan kepada beliau jika hendak sapu ubat, sapu semasa dia lena sebab sakit sangat jika dia sedar.’

“Surat layang itu membuktikan penelitian mereka berdua (SP23 dan tertuduh kelapan) bahawa si mati sakit tenat semasa berada di dalam bilik asrama namun tertuduh pertama hingga keenam tidak perasan mangsa cedera parah dan mereka nampak mangsa kelihatan biasa sahaja tidak seperti orang sakit,” katanya.

Azman berkata nasib malang mangsa bermula apabila komputer riba tertuduh pertama iaitu Muhammad Akmal hilang dan ayah tertuduh ke-17, Noriznan Izzairi Noor Azhar, menelefon serta mengesahkan tiga suspek termasuk mangsa sebagai individu yang mencuri komputer riba itu.

“Pada 21 dan 22 Mei 2017, Zulfarhan Osman telah dibawa ke bilik 03-05 Blok Jebat pada jam 2.30 pagi dan bermula sesi memukul mangsa oleh tertuduh bertujuan untuk mendapatkan pengakuanya.

“Pada 22 Mei 2017, jam 4.45 pagi hingga hampir Subuh, mangsa mula diseksa dengan menggunakan seterika wap oleh Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif, Mohamad Shobirin atas arahan Muhammad Hasif apabila mangsa tidak mengaku mencuri komputer riba berkenaan,” kata hakim itu.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa je ada parents in denial ni
Ank dia baik hormat ibubapa, xkan la nak membunuh
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Haaa la, mesti dorang kata kalau Paan tak curi laptop ni semua takkan jadi
Bukan kena teruk pun, tekap sikit2 ja dah arwah yang lembik kulit sensitif kurang minum air bla bla bla
Biasa sangat dengar parents in denial
Anak dia yg paling baik kekdahnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2021 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 3-11-2021 08:49 AM
Haaa la, mesti dorang kata kalau Paan tak curi laptop ni semua takkan jadi
Bukan kena teruk pun, tek ...

So sebenarnya paan curik ke laptop tu?jumpa balik tak laptop tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 09:00 AM | Show all posts
KIM.K replied at 3-11-2021 08:33 AM
Yang acik maafkan tu kenapa..
Kalau minta maaf tandanya makbapak dia mengaku la anak buat taik

Maybe dia dah dah pasrah dah...Dia tau peluang untuk keadilan memang tipis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2021 09:00 AM | Show all posts
“Jika mangsa memakai baju lengan panjang dan umur mangsa panjang maka parut tidak akan kelihatan, begitulah betapa telitinya orang yang menekap seterika wap panas di tubuh mangsa.

“Tertuduh-tertuduh menyatakan mereka sayang kepada mangsa, kalau mereka tidak rasa sayang, muka Zulfarhan Osman akan ditekap juga dan lebih daripada 90 tekapan akan dikenakan,” katanya.


eh geramnya boleh lak kata sayang mangsa sbb tak tekap kat muka dgn tapak tangan.. saitonnya
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 09:05 AM | Show all posts
Bila mak pak perangai cam haramjadah merurun ke anak. Apa jadi kat bapak bomoh tu? ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 3-11-2021 08:43 AM
Biasa je ada parents in denial ni
Ank dia baik hormat ibubapa, xkan la nak membunuh

Kaaaan.. asalkan anak dia baik ngn pemeli tiap minggu blk kg tiap bulan bg duit dan hadiah kat  maknpak kira baik.
Hubungan sesama manusia lain langsung tak jagaa.
Kalau nak tau bersepah2 ok org gini bukan org lain pun kawan2 kita gak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 10:13 AM | Show all posts
ni sume level2 anakkku sazali la ni...

nmpk anak sendiri baik mcm malaikat

dah kena hukum gini pon xreti2 nk dtg minta maaf..

org tu hilang anak sbb ank ko kot...

blh plak ko bt dekkk...

padan la muka pasni org ckp fmly ko fmly samseng...fmly pembunuh!

kejam gila 90 kali seterika panas just for tuduhan curik laptop yg xlgsg proven pon...

sadist ye masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 10:14 AM | Show all posts
mesti keluarga tertuduh tahan je jari memasing dari nak balas kenyataan ayah arwah. nak reveal kan diri kat social media pun mesti takut. kepada parents yang ada anak dara umur belasan tahun. pls hafal senarai muka2 ni. jangan dibuat menantu. kot sok2 diseterikanya anak2 korang
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyeterika budak satu badan.. laptop nya tak jumpa jugak. Syaitonnn betol.. termasuk lah bapaknya tu patut kena penjara sekali. Termasuk doktor klinik tu patut kena tindakan rampas lesen ke apa...baran lah dgn kes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 10:17 AM | Show all posts
moga berganda2 kebaikan pd keluarga arwah atas kemurniaan hati mereka memaafkan.

sedih laaa isu ni. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 10:19 AM | Show all posts
dan menjawab persoalan kenapa budak2 tu sanggup membuli sampai meninggal mangsa...blh nmpk dari sikap mak bapak masing2...org kata asuhan dari umah...so paham2 je la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2021 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 03:18 PM

..........
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu anak jahat, parents pun setan kan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 10:27 AM | Show all posts
Edited by Normabaru at 3-11-2021 03:01 PM

lps kes ni viral baru tahu klinik yang terlibat tu owner dia kwn kaka…hmmm…seriously doktor yang merawat tu patut didakwa bersubahat dalam menyembunyikan kegiatan jenayah pukul dan dera

doktor sepatutnya jadi pelindung bukan pikir periuk nasi sendiri je

ni sebabkan 500 ko senyap

apa jadi dgn hippocratic oath?

do no harm remember?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
tak boleh saman ke keluarga pembunuh dan mintak blood money..geramm aku tgk kes ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.088611 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list