CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2164|Reply: 19

Pejuang Desak Tubuh Inkuiri Siasat Punca Pihak Universiti Lambat Tindak

[Copy link]
Post time 3-11-2021 08:07 AM | Show all posts |Read mode
Pemuda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendesak satu inkuiri diadakan bagi mengenal pasti punca menyebabkan tiada sebarang tindakan awal daripada pihak universiti bagi menghalang berlakunya insiden melibatkan kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain.


Naib Ketuanya, Nik Fathurahman Nik Rasli berkata, langkah tersebut penting untuk meningkatkan tahap keselamatan pelajar serta menghalang insiden sama berlaku pada masa hadapan.




Kredit foto: The Malaysian Reserve




“Harus diingatkan bahawa Allahyarham Zulfarhan meninggal dunia selepas 10 hari menderita keseorangan di bilik asramanya akibat didera tanpa disedari pihak universiti.


“Sehubungan itu, inkuiri ini hendaklah menyiasat peranan yang dimainkan atau tidak dimainkan pihak keselamatan atau warden asrama universiti serta mengenalpasti jika wujud kecuaian pihak pentadbiran universiti dalam menjamin keselamatan pelajarnya.


“Pihak berwajib tidak boleh lepas tangan serta harus sama-sama dipertanggungjawabkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Seramai 18 penuntut UPNM didapati bersalah pada Selasa atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah ketika membacakan keputusan itu berkata, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan atas tuduhan menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh Allahyarham.


Mengulas lanjut, Nik Fathurahman berkata, Pejuang Muda menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi dan menyifatkan situasi menakutkan terpaksa dihadapi Zulfarhan dalam menghadapi seksaan dan penderaan ekstrim dalam insiden tersebut adalah sangat menyedihkan.


“Rakyat seluruhnya berasa amat dukacita dan marah. Kami juga berharap dengan keputusan mahkamah ini, keluarga Allahyarham Zulfarhan mendapat keadilan serta pembelaan sewajarnya,” ujarnya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2021 09:41 AM | Show all posts
Ye. Memang universiti tak boleh lepas tangan. Dari ke warden sampai ke doktor klinik tu. Tapi jangan nak plot twist sangat. Rakyat lebih marah kat 18 orang lehnat tu termasuk mak apak mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 03:17 PM

..........
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 09:51 AM | Show all posts
yes...please
universiti lemah...x sistematik...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 09:59 AM | Show all posts
universiti fail! mohon siasat dan buang semua yg makan gaji buta tu!
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 10:59 AM | Show all posts
samseng kg dusun betul ye masing2 dlm uni tu…

dah tau ko nk siksa mcm tu punya kejam..

baik ko bunuh dr awal

apak tertuduh ke 12 klu xsilap yg sebut nama arwah ni as suspek pon patut dikutuk yach..

ko xde bukti sukati je menuduh..klu nk sgt tuduh sgt pergila report polis sana..

ni masing2 buat undang2 sendiri

now 3thn je meringkuk..aiyooo

ptt kasi 10thn laa…biar gelap masa depan

eh passport dorg ni ritu ada amik x..ada bg g jln2 oversea x..ke duduk je meringkuk dlm penjara sementara hukuman bjalan?

klu meringkuk..then yang 3thn sume tu sah2 la lps ni lepas bebas sbb dh lbih 4thn kes ni kan…

mohtep bg hukuman secoet utk kes2 jenayah gini?..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2021 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kapten haryani yg pendek akal.. patut turun pangkat jadi cleaner je la. Cleaner pun lagi bijak guna otak sebab benda ni common sense je. Dah ada pemberi maklumat. Seolah musuh ada kat kawasan A, dia pegi announce kuat2 nk pegi serang kawasan A. Gileeee
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 12:12 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 3-11-2021 11:00 AM
Kapten haryani yg pendek akal.. patut turun pangkat jadi cleaner je la. Cleaner pun lagi bijak guna  ...

Mana muka haryani tu nak tengok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2021 12:22 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 3-11-2021 03:00 AM
Kapten haryani yg pendek akal.. patut turun pangkat jadi cleaner je la. Cleaner pun lagi bijak guna  ...

betul tu..kapt haryani ni patut turut dipertanggungjawabkan..

xboleh fikir macamana nak tangani krisis.. pemberi maklumat dah bagi info.. xkan xtahu mcmana nak handle..


tindakan paling bodoh bila dia xsiasat pastu pegi post plk info kat whatsapp group..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 12:51 PM | Show all posts
takde yang meronda bilik ke??

aku masa kat U dulu, at least seminggu sekali fellow asrama akan datang mengejut bilik ke bilik, check penghuni. ada la bawak list nama dia. kalau ada member asrama lain datang tumpang bilik, buat assignment, dia akan catit detail budak tu dalam kertas lain

sapa yang buat perangai pelik2 dalam bilik memang kantoi la
dia ketuk, kalau tak bukak, pakai master key
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 12:56 PM | Show all posts
Aku setuju... siasat sehabis2nya.. smua yg terlibat tu.. banyak persoalan dalam kepala dh ni.. kenapa gitu.. kenapa gini.. nak tulis panjag sgt ni smbil hati membara ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 12:58 PM | Show all posts
Adrif replied at 3-11-2021 12:51 PM
takde yang meronda bilik ke??

aku masa kat U dulu, at least seminggu sekali fellow asrama akan data ...

Tak ada, warden tak jalankan tggjwb yg spatutnya.. kalaulah... haaaa.. kalaulahhhhh!!! mesti arwah dpt diselamatkan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga hidup kapten haryani tu sentiasa x keruan..termasuk Dr azfar husin klinik assalam bangi tu..semoga tido malam korang pun x lena..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 01:07 PM | Show all posts
Pensyarah warden pihak uni buat nohen je ker? Duit yuran nak.. caprut punya uni
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
this sentencing will be a reference for future sentencing. so pembuli2 pun ade idea la lepas ni.. seksa je sikit sorg.. kalau mati takpe takkan kene gantung ke hapa. paling tinggi pun 18 tahun je penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb kes ni la dulu masa adik laki dpt offer upnm ayah i xgalakan...so heols p smbg kt london jurr..
ramai lg ke yg berminat anto ank study situ lps kes ni..semoga semua yg terlibat tu xblh tdo mlm seumo hidup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2021 08:46 PM | Show all posts
dah unibesiti pembunuh negara malaysia ko ghaser?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 08:50 PM | Show all posts
bukan lambat tindak tapi memang takde langsung tindakan pon? nak kena tunggu mangsa mati lepas tu viral baru menggelabah tetek ko kan babi? tu pon takat nak cover2 tutop kes sapu bawah kapet bukannya nak siasat lepas tu hukum babi2 yang hanat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 08:53 PM | Show all posts
lepas tu ko mula lah bagi alasan bodoh buli tu biasa kalau tak boleh jentik sikit cemana nak masuk perang nanti kan babi? eh sial kalau dah sampai mati mangsa semua tu sapa jah yang ko hantar ke perang nanti hah babi? hantu mangsa yang mati tu ke hanat?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ada kifarah berat buat korang 7 keturunan pun elok.. tak tenang hidup siang malam terbayang arwah mengerang terseksa sakit. ngeri nak di bayangkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.596296 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list