CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9668|Reply: 100

Nadiya Nisaa Teruja Sabalik Baju Popular Di Netflix

[Copy link]
Post time 2-11-2021 09:01 AM | Show all posts |Read mode
Nadiya Nisaa berkongsi rasa gembira dengan sambutan menggalakkan yang diberikan penonton tempatan terhadap filem lakonannya, Sabalik Baju.


Nadiya dihubungi berkata, Sabalik Baju terbitan Red Communications yang kini ditayangkan di platform penstriman Netflix itu bertepatan dengan isu semasa membabitkan wanita.




Foto: IG




"Sebenarnya, saya memang secara diam-diam meletakkan harapan agar filem ini mendapat sambutan. Penonton di Netflix berbeza daripada penonton di kaca TV dan mereka 'dahagakan' karya-karya yang berlainan.


"Tiba-tiba sejak ditayangkan, banyak pula komen positif dan ramai yang 'tag' saya di media sosial sekali gus membuatkan saya rasa bersyukur kerana ia diterima baik.




Foto: Redcomm




"Kebetulan, tema yang diperjuangkan dalam filem Sabalik Baju adalah mengenai isu-isu  wanita yang kini cukup hangat diperkatakan," katanya kepada Harian Metro.


Nadiya yang memegang watak sebagai Dahlia dalam Sabalik Baju berkata, filem itu sepatutnya ditayangkan di platform lain dan perlu melalui banyak pemonton. Namun, Red Communications sanggup menunggu masa tayangan lebih sesuai.


"Mungkin ada hikmahnya apabila penerbit, Lina Tan dari Red Communications menunggu dan bersabar. Jadi, Sabalik Baju dapat ditayangkan di Netflix dan pada masa sama, ia ditayangkan pada waktu yang sangat sesuai.


"Apabila ditayangkan di Netflix, jadi capaiannya lebih meluas dan ramai penonton boleh mengakses dan menonton filem ini dengan lebih mudah," katanya.




Foto: redcomm




Sabalik Baju dipecahkan kepada beberapa cerita iaitu Hak Peribadi, Love Clicks, Dalam Kain, Bukan Salah Ibu Mengandung, Aset dan Angkat Kaki.


Selain Nadiya, Sabalik Baju juga dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Mira Filzah, Joanne Kim, Kaka Azraff, Che Puan Juliana Evans dan ramai lagi. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2021 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik pulak lingerie merah tu.. Nak kena berlazada la warna lingerie tu[em:4:]
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 09:51 AM | Show all posts
iols suka watak Kaka dlm cerita ni, selamba, naive and klakar..
red communication tak prnh mengecewa kan kalau buat movie.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 10:10 AM | Show all posts
lasagna replied at 2-11-2021 09:51 AM
iols suka watak Kaka dlm cerita ni, selamba, naive and klakar..
red communication tak prnh mengecew ...

cemana crite best ke? komen skittt
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 10:12 AM | Show all posts
Best cerita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 10:20 AM | Show all posts
iolss baca komen kat FB, ada la yg komen. "macam best, tapi sebab ada MF tak jadi lah nak tengok." pastu ada sorang tu reply. "aku masa scene dia aku tak tengok pun. aku buat kerja lain. ko mute kan je la part dia tu"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2021 10:22 AM | Show all posts
Ok la cerita dia. Cerita dia open. Tak rasa offensive, walau depa dok bercakap/pegang pasal bra breast etc. lol but ada input. Kalau dia susun cantik lagi plot dia, rasa lagi vavavoom.

ai tak fan miwa, tapi watak miwa dalam tu, dalam scene bila member dia naik pangkat tu, ai feel you.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 10:30 AM | Show all posts
best cerita ni...even ada mf pun mzz layan je. Annoyed betul mzz dgn bapa dia tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2021 10:44 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 2-11-2021 10:10 AM
cemana crite best ke? komen skittt

p laa tgk ok ke tak, lain org lain citarasa, tapi ok laa laa cite ni jenis selamba.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 10:50 AM | Show all posts
mmg agak open cite ni, esp scene kaka tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka cerita niy..
Isu taboo selamba jer diceritakan
Benda betol kot..
Dah macam ala-ala 3R punya sketsa jer  
Tetiba rindu rancangan 3R
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
choki choki huhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 11:29 AM | Show all posts
Gumball replied at 2-11-2021 11:08 AM
Suka cerita niy..
Isu taboo selamba jer diceritakan
Benda betol kot..

Production ni mmg ada kena mengena dgn 3R dulu kan
Sbb ada nampak nama Rafidah Abdullah tu


Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Best cite ni. Membuatkan weols lebih aware psal isu2 wanita. Miwa tu ok je blakon. Anti2 sgt kt celebrity ni x ke mana pon kan. Sepatutnya cite cmni ad kt mainstream tv, tp rasanya kaum2 fb akan kecam kot.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
cap_ayam replied at 2-11-2021 11:13 AM
choki choki huhu

Acik bedekah gelak bila jantan meleis tuh sentap dengan choki choki heshe
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 11:48 AM | Show all posts
pd aku ceritanya biasa2 je..
tp hype kat media sosial.

aku suka part sarancak tu..
dgn par alif satar mcm laki biawak hidup tu..

part sarancak best sbb relatable.. semua benda nak share kat medsos sampai takde privacy..
pastu self-claimed coach bagai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2021 11:56 AM | Show all posts
suka tgk cite ni sbb takde pasal megah holding..takde pasal nak jodoh2kan anak2 kawin sesama kufu...takde set nak punah ranahkan hidup org. cinematography pun cantik..bahasa mcm rakyat marhein..takde lah baku sgt.

Joanne Kam Po Po paling selamber!

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 12:04 PM | Show all posts
iols baru tgk sikit, pastu mcm bohsaaannn... berenti sampai scene birthday dia kot.. pastu menguap tk berenti so iols tido jek..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 2-11-2021 11:37 AM
Acik bedekah gelak bila jantan meleis tuh sentap dengan choki choki heshe

nasib skrip diorang tak guna istilah pensil 2B .. kalau tak,  sah penulis skrip forumer cari hahah
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
meols belum tgk sbb ada mira haha. husband kata ok best citer, acting mira pun dia kata ok not bad.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.160030 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list