CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1338|Reply: 13

[Borneo] Naikkan i-Citra daripada RM5,000 ke RM10,000, ramai lagi masih terkesan

[Copy link]
Post time 2-11-2021 07:48 AM | Show all posts |Read mode
Najib Razak berharap kerajaan dapat mempertimbangkan menaikkan had pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada RM5,000 kepada RM10,000 kerana masih ramai yang terjejas dan terkesan akibat Covid-19.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, rakyat Malaysia yang terjejas umumnya mahu menggunakan wang tersebut untuk membayar hutang dan memulakan perniagaan kecil-kecilan.

“Dua hari lepas dan semalam, saya berkesempatan berjalan-jalan di Melaka. Seperti biasa saya berkongsi gambar-gambar aktiviti saya di akaun media sosial saya.

“Walau bagaimanapun, agak menghairankan apabila boleh dikatakan hampir sebahagian besar komen-komen daripada followers Facebook saya membangkitkan soal i-Citra yang tidak disentuh semasa pembentangan Bajet 2022.

“Saya dapati ramai yang bersuara dan mendesak, sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan atau pun berniat untuk mengumpul modal untuk memulakan perniagaan kecil mereka. Mereka bukan sukaa-suka nak keluarkan caruman mereka,” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan Belanjawan 2022.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, diharapkan pengeluaran i-Citra RM10,000 adalah skim pengeluaran khas terakhir kerana ia sangat dituntut rakyat.

Katanya, langkah itu tidak boleh disifatkan sebagai langkah populis, tetapi ia adalah disebabkan keperluan mendesak rakyat. Katanya, bagi mengimbangi pengeluaran itu, beberapa perkara boleh dilakukan kerajaan untuk membantu KWSP.

“Kerajaan perlu memberi keutamaan untuk memulihkan simpanan rakyat dalam KWSP. Seperti yang saya pernah bangkitkan dalam perbahasan bajet tahun lepas, ini boleh dilakukan.

“Kerajaan boleh bantu KWSP meraih pendapatan lebih dengan memberi projek lebih lumayan kepada KWSP, contohnya sebelum ini, projek KWASA Land atas tanah Lembaga Getah Malaysia dan projek di United Kingdom serta pemilikan 49% di dalam syarikat PLUS,” katanya.


credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2021 10:25 AM | Show all posts
bg betis nk peha...pastu nk drumstick ehh...sama je...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 10:59 AM | Show all posts
bijak sangat la tu suruh orang tarah simpanan sendiri..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 10:59 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 2-11-2021 02:25 AM
bg betis nk peha...pastu nk drumstick ehh...sama je...

last pengeluaran tu..hope lepas ni jangan ada lagi.. kang tak ada duit untuk hari TUA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 11:17 AM | Show all posts
umuq la 30 lebih laaa dh sakit itu ini...apptmt doctor berderet...xdenye dpt tggu 50 tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 11:18 AM | Show all posts
kenapa nk rakyat kuar duit sendiri?duit gomen mana…patut gomen la bantu…hish

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2021 05:24 PM | Show all posts
Rasanya dah cukup diberi peluang keluarkan sekali. Ni nak minta keluarkan lagi, habislah simpanan tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2021 02:08 AM | Show all posts
Bagi kita2 yang takde masalah ...mungkin rasa ... buat apa jer nak keluarkan lagi ...

Ramai kat luar tu dah kebuntuan ikhtiar ... ramai yang dah mati akal camne nak terus kan hidup...

Yang rasa tak perlu tu ... tak yah keluar kan ...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2021 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 3-11-2021 04:08 AM
Bagi kita2 yang takde masalah ...mungkin rasa ... buat apa jer nak keluarkan lagi ...

Ramai kat lua ...

Kaka masih bpandangan govt patut bg duit.. Bkn paksa rakyat pki saving sendiri..

Bila minta xdpt...tp
Duit utk prn ada pulak.. Byk plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 11:00 AM | Show all posts
Normabaru replied at 3-11-2021 07:06 AM
Kaka masih bpandangan govt patut bg duit.. Bkn paksa rakyat pki saving sendiri..

Bila minta xdpt ...

masa tu tauke2 besar/hasil balak/judi/etc nk cuci duit bro...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 11:18 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 2-11-2021 03:17 AM
umuq la 30 lebih laaa dh sakit itu ini...apptmt doctor berderet...xdenye dpt tggu 50 tu...

yer betul..
hehe sukahati memasing nak kuar ke tidak kan

terus terfikir nak pi umrah
dulu ingat nak tunggu anak2 besar skit
tapi ni.. kita tak tau esok lusa dah tak ada
bagus pi sekarang

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 11:22 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 2-11-2021 06:08 PM
Bagi kita2 yang takde masalah ...mungkin rasa ... buat apa jer nak keluarkan lagi ...

Ramai kat lua ...

yup betul.. kalo rasa mampu
dapat gaji bulan2
keja tetap tak ada potong gaji
so biar jerlah duit tu

tapi yg ada masalah tu bagi jerlah
memang dorang perlu duit tu
dah skrg ni byk yang tak ada kerja, kena benti kerja
dan ada yang masih kerja tapi harap makan gaji pokok
semua elaun dah tak ada..
kes rumah teruk kena banjir lagi
sakit tetiba lagi... seribu satu masalah

semoga dipermudahkan semua urusan kita

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 11:25 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 3-11-2021 01:00 PM
masa tu tauke2 besar/hasil balak/judi/etc nk cuci duit bro...

Apa yang menarik perhatian ramai ialah anggaran kos perbelanjaan mengendalikan PRN sekitar RM46 juta seperti yang diumumkan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh pada 18 Oktober lalu.
Perkara tersebut sekali lagi menjadi buah mulut rakyat kerana keutamaan perbelanjaan negara ketika ini ialah mengembalikan ekonomi negara ke landasan terbaik, membantu keluarga di luar sana meneruskan kehidupan dan memastikan sektor perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana dapat terus bertahan dalam keadaan penuh mencabar.
Jumlah perbelanjaan tersebut hanyalah anggaran kos langsung dan belum mengambil kira kos-kos lain termasuklah kos yang perlu dikeluarkan kerajaan bagi tujuan rawatan sekiranya tercetusnya gelombang jangkitan Covid-19 akibat kempen secara fizikal dan keluar masuk jentera parti dari negeri-negeri lain.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... oikah-kos-RM46-juta
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf



dalam artikel ni terang2 sebut kos tu dtg dr govt...
so celah mana cuci duit? tunjuk sikit info...jgn pakai petikkkk pls


Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 11:26 AM | Show all posts
Vellfire replied at 3-11-2021 11:22 AM
yup betul.. kalo rasa mampu
dapat gaji bulan2
keja tetap tak ada potong gaji

terbaik wak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.089349 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list