CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1057|Reply: 0

[Borneo] [ informasi ] Remaja perempuan disuntik HPV 2022

[Copy link]
Post time 1-11-2021 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Remaja perempuan berusia 13 hingga 14 tahun yang belum menerima suntikan vaksin virus papilloma manusia (HPV) bagi mencegah kanser serviks akan diberikan suntikan vaksin itu melalui perkhidmatan kesihatan sekolah pada tahun depan.

Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata suntikan itu akan diberikan selepas bekalan vaksin itu diperoleh pada 2022 memandangkan pemberian suntikan vaksin berkenaan tidak dapat diberikan pada 2020 dan tahun ini disebabkan kekangan pandemik COVID-19.

“Buat masa ini Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan perolehan bagi tender pembekalan (vaksin) HPV, perolehan ini masih dalam peringkat penilaian,” katanya.

Beliau menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) yang bertanyakan komitmen kerajaan dalam memastikan semua pelajar berusia 13 dan 14 tahun yang terlepas vaksinasi HPV diberikan vaksin tersebut dalam masa terdekat.

Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah sama ada kerajaan bersedia memberikan suntikan vaksin HPV kepada remaja lelaki berumur 13 dan 14 tahun, beliau berkata buat masa ini, kerajaan belum mempunyai dasar bagi memvaksin remaja lelaki.

Aaron berkata bagi ujian saringan kanser serviks melalui kaedah ujian HPV DNA, KKM menyasarkan semua wanita warga tempatan berumur 30 hingga 65 tahun yang pernah menjalani hubungan seksual, belum pernah menjalani ujian saringan HPV atau menjalani ujian pap smear untuk tempoh lebih tiga tahun layak disaring di klinik kesihatan.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.069620 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list