CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1074|Reply: 1

[Borneo] Penerima Sinovac kini boleh dapatkan dos penggalak sebelum tunai umrah

[Copy link]
Post time 1-11-2021 04:41 PM | Show all posts |Read mode


Penerima vaksin COVID-19 Sinovac yang bakal berlepas ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah dalam masa terdekat, kini boleh membuat permohonan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berhampiran untuk mendapatkan dos penggalak.

Ia adalah sebahagian daripada syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi membenarkan jemaah yang menerima suntikan vaksin keluaran syarikat China itu untuk menunaikan umrah.

Pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) memberitahu, permohonan itu boleh dilakukan bila-bila masa sebelum mereka berlepas dengan syarat suntikan kedua vaksin berkenaan telah melebihi tempoh yang ditetapkan

Katanya, bagi penerima vaksin Sinovac, mereka boleh mendapatkan suntikan penggalak, sekurang-kurangnya tiga bulan menerima suntikan dos kedua.

"Kita sarankan mereka untuk membuat permohonan bila-bila masa untuk mendapatkan suntikan penggalak ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Isnin.

Sebelum ini hanya mereka yang menerima suntikan vaksin Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja yang dibenarkan untuk menunaikan umrah dan haji.

Namun baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi membenarkan individu yang mengambil suntikan vaksinasi Sinovac menunaikan umrah, dengan syarat mendapatkan dos penggalak seperti mana ditetapkan.

Syarat pengambilan dos penggalak itu hanya dikenakan kerajaan Arab Saudi kepada vaksin jenis Sinovac, sementara Pfizer dan Astra Zeneca tidak memerlukan dos penggalak.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2021 11:27 AM | Show all posts
dah full umrah dalam awal tahun dan tengah tahun deng
yang ada tok ujung tahun 2022

belum tanyak gik agensi yang kat semenanjung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.061786 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list